DIY : Sardin Homemade

Assalamualaikum.
Selamat pagi. Memandangkan sekarang ni musim tak menentu lauk paling mudah dah tentu ikan kurung @ diluar ayam di dalam ikan tak pon lebih dikenali dengan ikan sardin. Hahaaa.
Dah lama terpanggil nak buat sendiri tapi konpiden tu takde. Almaklum ikan sardin sekilo pon melambung dah harga. Kalau tak jadi menangis oiiii..
So google punye google, tengok grup2 masak ade yang kongsi cara-cara buat sardin homemade. Bahan pon tak susah nak dapat.
Kite tengok resepi la ye pada yang nak buat.

Sumber : kak lailatul munira (fb) 
Dari kelab pengguna pressure cooker EWANT
Dicuba : haniza homemade


Bahan-bahan:
Sos tomato
Tomato puree
Air
Ikan sardin

Tu je bahannya? Haaah..ye la itu je..

Cara-cara:

-Bersihkan ikan sardin yang dah di buang kepala
(Kepala tu rebus bagi kucing)
- masukkan sos tomato dan tomato puree dalam periuk pressure cooker ewant ni. Panaskan sebentar dengan letak sebarang mode set timing 1 minit. 
- lepas menggelegak, tambahkan air sedikit
-masukkan ikan sehingga tenggelam di dalam sos tadi
-tutup periuk
-laraskan valve ke SEAL
-Tekan button tendon/bean setkan sehingga 60 minit
-dah masak laraskan valve ke exhausted
-Tunggu sehingga wap abis dikeluarkan
-siap
 :)
SELAMAT MENCUBA

Tekan pada butang tendon atau bean. Set masa 60 minit. Kalau tak empuk lagi tulangnya bole tambah masa sehingga 10 minit
Panas lagi baru keluar dari periuk
Ambil ikan sahaja. Gorengkan dahulu.
Kemudian tumis macam biasa. Letak hirisan bawang, bawang putih dan cili. Letak kembali sos yang dimasak bersama ikan sardin tadi. Perasakan sebelum dihidangkan. Siap. Sardin anda kini sudah boleh dimakan. Cubalah kalau ade pressure cooker lagi memudahkan kerja memasak anda. (^.^)

Dah jadikan puas ati, lepas ni tak perlu dah beli ikan kurung..kita buat sendiri je. Lebih jimat bagi yang anak ramai macam kami. :)

No comments:

Post a Comment

hanizarujhanfamily blog