DIY : Roti Jala Lembut


 Assalamualaikum. 
Selamat petang semua. 
Arini terlebih rajin. 2 kali buat roti jala. Bangun pagi dah buat bekal untuk anak-anak. Dorang balik sekolah mintak lagi. 
Meh layan resepi. 


Roti Jala


Sumber: Azie Kitchen
Dicuba : Haniza Homemade

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.


SELAMAT MENCUBA

DIY : Kuih Sagu

Assalamualaikum. 
Salam jumaat semua. 
Pagi ni awal masuk dapo. Tapi belum boleh makan lagi. Tunggu minum petang nanti la ye. 

Sumber : page fb Pen Hitam Dot Com
Dicuba : Haniza Homemade

KUIH SAGU MATA IKAN

Bahan-bahan membuatnya:
3 cawan air
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
6 titik sirap pekat
sedikit kelapa putih + sedikit garam (untuk digaulkan bersama kuih)

Cara-cara membuatnya:
1. Didihkan air bersama perasa sirap. Kacau sebati.
2. Bila air dah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.
3. Kemudian bila dah nampak pekat sikit, masukkan gula pasir.
jangan masuk gula pasir awal-awal.. nanti susah nak ilang putih2 biji sagu tu.
4. Kacau sehingga pekat.
5. Bila dah likat sikit...Masukkan ke dalam bekas/loyang.
6. Kukus sehingga sagu kembang and tiada lagi putih-putih. (kaedah kukus digunakan bagi mendapatkan struktur sagu yang berbiji-biji).. memang lama gak ahh masa yang diambil.so bersabar bebanyak k.
7. Sejukkan sagu di luar.
8. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama-sama kelapa putih.
9.Siap untuk dihidangkan

Sagu biji guna yang berwarna
Gula pasir

Didihkan air. Letaklah daun pandan bagi wangi. 

Cuci dulu ye.. Lepas tu tapiskan. 

Loyang yang dioles dengan minyak kite kukus sekejap. 

Lepas air mendidih baru masukkan sagu. Kacau ye kalau tak nanti tak masak sekata. 
Jangan masuk gula dulu tau. 

Ok masukkan gula.. Kacau sebati. 

Masukkan dalam loyang tadi dan kukus sampai masak. 
Dah siap kukus. Lembut2.. Perghhhh. Rugi kalau tak makan

Sagu gula melaka. Sedap makan bile sejuk. Sejukkan dulu dalam fridge. 
Kelapa parut ni jangan lupe kukus dulu.  Letak sikit garam dan gula. 

Yang ni sagu yang dah golek dengan kelapa parut. Sedap oiii. Tak caya cubalah. Memang tak nampak orang lalu kalo makan kat dapo sorang-sorang😜😜😜. 

SELAMAT MENCUBA



NAK ODER BUKU MUDAHNYA BELAJAR BAHASA INGGERIS 
⤵️⤵️⤵️⤵️
www.wasap.my/60137711702/mbbi 


DIY : Kuih Lompang

Assalamualaikum.
Korang suka tak makan kuih lesung pipit. Suka versi gula merah bukan yang kalerful tu. Selagi pokok pandan tu melebar besar. Kita ambik buat kuih. Nasi lemak dah siap tinggal lauk je tak buat lagi. Hajat nak buat sambal paru sambal bilis dengan telur rebus.
Teragak nak buat ni lepas gugel jumpa yang tak perlu guna kapur. Jom tengok resepi. Copy paste letak sini je.. Kredit kat tuan punya resepi. 😍😍🌹🌹🌹🌹🌹

Sumber : Sis Shakirah Izham
Dicuba : Haniza Homemade


πŸ“KUIH LOMPANG GULA MELAKAπŸ“
Recipe by : SHAKIRAH IZHAM
.
BAHAN A
---------------
½ cwn Gula Merah
½ cwn Gula Pasir
2 ½ cwn Air
1 helai Daun Pandan .
.
BAHAN B
---------------
1 ¾ cwn Tepung Beras
½ sdb Tepung Jagung .
.
BAHAN C.
---------------
Kelapa Parut(putih)
Garam secukup rasa *digaul bersama dan kukus sebentar
.
.
Masak kesemua "bahan A" sehingga semuanya larut..padamkan api dan sejukkan.

Masukkan "bahan A" ke "bahan B" dan kacau sebati kemudian tapiskan.

Panaskan kukusan.
Oleskan acuan lompang dengan sedikit minyak dan kukus acuan lompang telebih dahulu dlm 2-3mint.

Masukkan bancuhan lompang ke dlm acuan dan kukus selama 15-20 mint.
Keluarkan kuih dari acuan setelah sejuk dan letakkan "bahan C"diatasnya.
.
πŸ“ŒP/S : Kukus dengan menggunakn api sederhana.
Balut penutup kukus dengan kain utk mengelakkan air dari penutup kukus masuk ke dlm kuih.
Bancuhan ni blh dpt 28-30 biji lompang jika guna acuan mcm sis guna tu.


Lepas acuan dipanaskan. Isikan adunan yang dah ditapis ke dalam acuan. 

Nampak tak lesung pipit tu. Sukanya tengok. Manis je. 

Letaklah kelapa parut yang dikukus dan digaulkan dengan garam dan gula. 

Dah. Selamat mencuba. 

DIY: Puteri Salad

Assalamualaikum.
Ade yang pernah dengar nama kuih Puteri Salad?. Memang jarang orang panggil tapi kami memang panggil Puteri Salad. Kalau orang lain panggil Pulut Serimuka. 😍😍😘😊😊..
Memang best resepi ni. Rugi kalau tak cuba. Manis pon takdelah manis sangat. Memang kredit kat tuan asal dan Sis yang share resepi ni kat fb siap step by step.

Resepi di ambil : Sis Habibah Badar Bajrai
Dicuba: Haniza Homemade

RESEPI PUTERI SALAD

BAHAGIAN PULUT (LAPIS BAWAH)

2 cawan beras pulut (rendam 30min)
2 1/2 cawan santan cair(1/2 kotak Kara +air)
secubit garam
1 helai daun pandan
1 sudu makan minyak masak

Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak seperti masak nasi. Utk hasil yg lebih cantik, masukkan dlm loyang & kukus. Bila sudah masak, lapik loyang empat segi 7"x7" dengan plastik (Saya guna bekas plastik jadi tak perlu alas lagi). Mampatkan pulut dalam bekas. Tepikan seketika. Siapkan kukusan. Balut penutup  dengan kain untuk elak airnya menitis.

Pulut ni tadi masak guna periuk pressure cooker Ewant. Cuci beras pulut masukkan santan garam dan daun pandan.
Masak 8 minit.
Padatkan semua pulut dalam loyang yang telah dialas dengan plastik.

BAHAGIAN KAYA (LAPIS ATAS)

2 cawan santan pekat (2 kotak Kara + air)
1 cawan jus pandan (kisar 10 helai pandan)
¾ cawan tepung gandum
¾ cawan gula pasir
1 sudu makan bumbung tepung jagung 
1 biji telur
secubit garam

Santan, jus pandan, telur (dipukul sedikit) & gula dimasukkan ke dalam periuk, whisk perlahan. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati. Bila dah rata, kacau atas api dapur yang sederhana hingga naik wap. Pastu tuangkan kedalam bekas@loyang yang telah dibubuh pulut. Kukus selama ½ jam. Selepas itu, jangan tutup api dan terus kukus tanpa tudung selama 15 minit untuk keringkan bahagian atasnya. Ini rahsia penting utk dapatkan permukaan yg licin.
Satukan telur, gula, tepung jagung, tepung gandum, garam. Gaulkan. 

Masukkan jus pandan. Kacau sebati. 

Tapiskan dalam periuk 

Masakkan di atas api kecil. Kacau sehingga adunan berwap. 

Letakkan adunan didalam loyang yang berisi pulut tadi

Kukus sampai masak. Penutup kukusan tu kene balut dengan kain tau. Ni untuk elak air menitik kat kuih. 
Bukakan penutup kukusan dan biarkan loyang tadi sehingga 15 minit

Sejukkan betul2 baru dipotong. Saya guna pisau potong kek plastik untuk potong.
Potong cun-cun sikit. Hahaaa


Selamat mencuba. 

DIY : Kuih Lopes

Assalamualaikum.

Selamat petang dn salam berhujung minggu.

Sejak ade pressure cooker Ewant semua masakan kalau boleh nak letak dalam tu. Bancuh. Tekan suis tunggu "tettt" dah siap.

Masa bukak grup masak ade tengok satu post tu buat lopes. Pakai rice cooker je pon. Terus terase nak buat. Tengok bahan yang ringkas ade dalam dapo. Pandan pon banyak je kat kat belakang rumah.  Ni yang kite buat untuk minum petang keluarga.

Bahan:

2 3/4 cawan beras pulut
3 cawan air pandan (blend 5 helai daun pandan bersama 3 cawan air)
Sedikit garam

Cara:

Sukat pulut ade la dalam 2  3/4 cawan. Cuci dulu. Blend je daun pndan dengan 3 cawan air. Letak garam sikit. Masuk dalam pressure cooker ewant dan setkan button RICE valve pon kite letak pada SEAL. Set dalam 7 minit. Siap.

Sementara pulut dimasak. Kukus kelapa parut secukupnya bersama sedikit gula dan garam.

Jangan lupa buat air gula:

Bahan air gula:

Suku gula nisan pior
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
Sedikit air untuk melarutkan gula
Daun pandan yang disimpul.

Cara-cara:

Masukkan semua dalam periuk dan panaskan sehingga larut.

Lepas pulut siap masak padatkan dalam loyang 10x10 yang dialas dengan plastik supaya senang untuk proses pemotongan.
Tekan padat-padat. Kemudian potong jadikan empat segi.. Dan kemudian jadikan segitiga.. Gaulkan pulut yang dipotong dengan kelapa parut. Makan bersama air gula pekat.

Selamat mencuba. Sedap tau nak pulak sejukkan dalam peti. Laju je masuk tekak. 😘😘😍😍

hanizarujhanfamily blog