DIY : Chocolate Raisin Bun

Assalamualaikum.
Semalam try roti coklat. Sepatutnya kalau letak raisin lagi naik rasa dia.. Apa pon tetap ummmph. . Kredit pada penyumbang resepi.. Kite dah try.. Sedap.. Makan panas2 dengan kopi kaw.
Korang trylah...  Best tau.. Kite ambik kat fb kak Lina Thomas.. 😍😍😍💕💕Tq2.. Ujan2 ditambah pulak cuti sekolah bolehlah buat aktiviti ni dengan anak2.


Sumber: fb Kak Lina Thomas
Dicuba : Haniza Homemade

Chocolate Raisin Bun

Bahan-bahannya

Bahan A
200ml air suam
1 paket yis (11gm)
4 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
*Campur semua dan tunggu kembang dalam 10 minit.
Yis dan bahan lain baru dicampurkan

Selepas beberapa minit. . Ni lebih 10 minit tau. 


Bahan B
3 cawan setengah tepung roti
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil bread improver (takde pun tkpe)
2 sudu besar butter/marjerin
1 sudu kecil garam
1 biji telur
*Masukkan semua dalam bread maker
Campur semua bahan B

Telur sebiji

Bahan A pon dah masukkan sekali

Uli dah hampir siap masukkan cip coklat.. Ni je ade.. Raisin takde dalam stok. 

Bulatkan dan rehat sampai naik 2x ganda

Sempat gi sidai baju 😆😆 naik tengok dah kembang setaman. 
Lepas tumbuk keluarkan angin.. Bahagikan.. Rounding cun2.. 
Ni tak timbng ye.. Main agak2 je

Separuh letak coklat coin kat dalam. Tutup kemas.. Bulatkan sikit dn masuk dalam loyang dah gris

Ade 3 loyang 8 biji.. 1 loyang lagi 5 biji

Dah sedia untuk di bakar. Oben panaskan dulu tau. Sebelum bakar cuma oleskan susu cair je kat atas... Kes sayang nak pecahkan telur 😅😅

Nampak tak.. Ikut resepi gun api bawah 10 minit dulu.. Lepas tu baru api atas bawah  minit lagi. Disebabkan kaler die coklat kene tgk banyak kali, kangbtak pasal rentung.. 🤣 🤣 

Dah angkat terus sapu marjerin

Ni baru je keluarkan dr loyang tapi tak sempat sejuk.. Mereka pakat serbu ramai2

Hasilnya.. Korang kalau nak tau macamana rasa... Silalah buat. . Berbaloi.. Tunggu lama.. Sekejap licin.. Eh macam tag line je... Gasak... 


Cara membuatnya :

1. Selepas bahan A kembang, masukkkan ke dalam bahan B. Set fungsi Dough pada bread maker. Kemudian, biarkan bread maker melakukan kerja menguli.

2. Apabila bread maker berhenti menguli kali pertama, masukkan chocolate chips dan kismis (kalau taknak letak inti). Kemudian tunggu sampai habis.

3. Cukup masa, keluarkan adunan dari bread maker. Bulat-bulatkan. Kalau ada inti, masukkkan inti waktu ini. Susun atas baking tray yang sudah disapu butter. Tunggu 30 minit lagi sampai roti naik sekali ganda.

4. Bakar 170c api bawah selama 10 minit. Kemudian bakar suhu 150-160c api atas bawah selama 10 minit lagi. Selepas masak, keluarkan dan sapu butter atas permukaan roti. Siap!

Cubalah, gerenti puas hati. Sedap dan lembut sangat. 😘👍🏽

Tq atas resepinya.  Kite letak dalam ni step by step senang nt untuk anak2 nak bjat rujukan. 😊😊

DIY : Roti Tawar Tanpa Telur (Eggless Bread)

Assalamualaikum. 
Ade kerajinan lebih bole cuba buat roti ni. Enjoy.. Berbekalkan tengok youtube. 

Sumber : youtube (bebenooom) 
Dicuba : Haniza Homemade



ROTI TAWAR TANPA TELUR
(Eggless bread) 

Bahan:
250gm tepung protein tinggi
25gm / 2 sdm gula
15gm / 2sdm susu tepung
3.5gm / 1sdt yis

Campurkan  kesemua bahan dulu

~Masuk 
150ml air sejuk peti sejuk

Uli 5 minit. Kelajuan sederhana

~Masuk
25gm / 2 sdm shortening
3gm garam

Uli sampai betul elastik
15-25 minit


Bahan diuli sampai elastik

Sediakan loyang sesuai

Letak minyak pada dasar mangkuk. Biarkan doh rehat 😁. 


Doh dah naik 2x ganda. 
Tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. 

Bahagi 4 bahagian. Bulatkan doh dan naikkan 10 minit. 
uli nipis memanjang dan gulungkan. 
Kemaskan gulungan dan masukkan dalam loyang 20x10x10 (seeloknya ade penutup) 

Naikkan lagi lepas masukkan dalam loyang sesuai
Nampak tak dah kembang

Spray dengan air bakar sehingga kekuningan. 

Dah siap bakar.. Sapukan dengan butter/marjerin. 

Potonglah.. Takkan tengok je kan. 

Sedia di makan.. Ni makan dengan mushroom soup. 

hanizarujhanfamily blog