DIY : Roti Canai Frozen

Assalamualaikum.
Minggu ni cuti sekolah sambung sampai selasa sempena DEEPAVALI.
Rasanya arini paling banyak aktiviti budak-budak ni bukak tutup peti sejuk.
Pagi dah sedia roti dengan bihun goreng. Tengahari pulak lempeng telor. Petang siap dah nasi dengan lauk pauk untuk dinner. Lepas maghrib makan pulak roti cicah bubur kacang.
Tak kering tangan. Sebenarnya tak abis lagi keje kat dapo ni. Tergendala sebab hafizah ajak tido. Update aktiviti tertangguh. Petang sambil masak lauk tadi uli tepung dah nak buat roti canai frozen. Memang kene buat ape2 je untuk frozen. Gugel resepi..tq tuan tanah. Tapi kite derhaka sket.

Roti canai frozen

500gm tepung
1 sudu makan susu pekat
1 sudu kecil garam
20gm marjerin
1biji telur (tambah tadi dalam resepi asal takde)
250ml air sejuk peti (pakai air coway je tadi)

Cara buat:

Tepung dan marjerin disatukan dalam besen. Gaul sampai jadi serbuk roti.

Masuk garam, susu pekat dan telur.

Masuk air sikit-sikit dan gaul sampai tak lekat tangan. Tak abis pon airnya tadi.

Uli sampai lembut.

Bahagi doh 60gm. Salut doh dengan marjerin dan sedikit minyak. Supaya doh senang nak canai.

Simpan doh kat bekas bertutup biar 5 jam.

Canai. Kerana takde skil mencanai kite buat style nenek ajar pakai dulang dan tarik doh sampai nipis. Canai sampai abis.
Main tarik atas dulang je. Janji jangan sampai koyak rabak.

Goreng kejap untuk matikan tepung (yeke ayat ni). Sejukkan dan frozenkan.

Esok nak makan goreng sampai masak. Pakai magik pan. Tak perlu letak minyak.

Da siap canai
Dah siap goreng sekejap
Dah boleh makan

Jom makan. Nak sedap lagi kene paduk ngan kari serta sambal tumis.

No comments:

Post a Comment

hanizarujhanfamily blog