DIY : Asam Gupal @Sagupal

Assalamualaikum.
Selamat petang. Cuti sekolah dah bermula. Maka tangan pon tak pernah kering. Arini terajin sikit. Simpan lama dah resepi ni tapi baru tergerak ati nak buat. Itu pon sebab check bahan ade je kat dapo.
Biasenya kalau beli memang berebut dapat rasa sipi2 je. Hehee. Resepi asal resepi amik dekat wall kak Taharunnisa Jali. Suka tengok hasil kerja akak ni. Kemas dan siap step by step. Semoga rezeki kak mencurah-curah sebab berkongsi resepi. Saya abadikan dalam blog ni ye. Kot anak-anak dah besor nak masak nanti boleh refer sini.


Resepi asam gupal (10-14biji)

Bahan A (inti )
1 cwn kacang hijau
1 keping gula Melaka
3/4 cawan gula
Air secukupnya

Masak bahan2 diatas sehingga empuk dan kering. Sejukkan dan bulat2kan

Bahan B
1 1/2 cawan biji sagu
1 cawan air panas

Bersihkan sagu dan toskan hingga kering.. Masukkan air panas ke dalam biji sagu dan kacau sebati sehingga biji sagu agak kental dan boleh dikepal. Isi air sedikit demi sedikit ye... Dah ok stop isi air lagi takut nanti terlembik  nanti susah nak kepal..

1 1/2cawan sagu eh. Bersihakan dulu lepas tu toskan

Toskan sebelum letak air panas

Kepal kepalkan biji sagu dan masukkan inti dan tutup dengan kemas.

Alas plastik ye tak lekat kat tangan
Da siap tinggal kukus

Kukus adunan ni selama 15-20 mnt

Bahan C
1 cawan Santan pekat
1 cawan air
1sudu kecil halba
3 biji bawang merah kecik (mayang)
Sedikit garam
Sedikit gula
1/2 inci halia (dipotong nipis memanjang)

Masak bahan2 C hingga mendidih ...sentiasa kacau supaya santan tak berketul... Kemudian letak asam gupal dalam kuah santan


Siap tuk di makan

DIY : Pindang Ikan Aye

Assalamualaikum. 
Salam Maulidur Rasul. 
Dah makan ke? Kami dah 2x makan nasi arini. Memang masak nasi lebih. Tau dah nanti mesti nak ngulang jugak.
Awal jugak masak tadi. Cuma pindang ikan aye @ikan kayu@ ikan tongkol. Banyak betul panggilan ikan ni.
Ni kire masak campak-campak ketuk-ketuk jadik lauk. Antara lauk paling senang mak ajor mase kecik dulu. 


Bahan:
Sekor ukuran sederhana ikan aya
Bawang merah di ketuk
Bawang putih di ketuk
Halia di ketuk
Cili merah nak ketuk bole campak je pon takpe
Sedikit garam
Kunyit serbuk atau kunyit hidup diketuk
Sedikit asam keping
Air secukupnya

Cara.:
Main rebus je ye bukan tumis. Jadi kite lebur semua bahan masuk sekali dalam periuk. 
Ikan cuci bersih tau. 
Panaskan guna api sederhana. 
Masuk garam dan rasakan. 
Siap untuk dihidang. 
Kalau ade anak kecik janganler ketuk cili tu masuk je sebiji-sebiji.

Makan lauk ni dengan sambal belacan dan telur dadar. Memang menambahlah kalau kene gaya. 
Nak tambah tomato dengan bendi pon ngam weh. Terangkat. 

Selamat mencuba. 

DIY : Kuih Kasturi

Assalamualaikum.
Dari semalam nak makan kuih ni tapi disebabkan badan sakit macam nak demam. Lepas siap inti terus masuk fridge. Arini baru proses.
Pestaim ye buat ni. Alhamdulillah menjadik.

Gugel rujuk resepi bawah ni ye. Kredit kat tuan punye memang sedap. Cuma kalau tak suka manis sukatan gula jangan letak sampai 130gm.😍😘

Resepi asal: Dari Dapur Puan Azah
Dicuba : Haniza Homemade



RESEPI KUIH KASTURI

- 200 g kacang hijau, direndam 6 jam (guna PC Ewant untuk rebus kacang ijau 15 minit je siap masuk daun pandan-kacang tak rendam pon)
- air utk merebus
- 120-130 g gula pasir (ikut suka manisnya)
- 30 g kelapa parut (putih)*
- 3 camb tepung gandum

Da siap bulatkan dan leperkan sikit. 

Tepung gandum
Serbuk penaik
Tepung beras

Air 120ml

Dah jadik batter
Tak pekat tak cair tau. 

Bahan Batter
- 90 g tepung gandum
- 1 camb tepung beras
- 1 camt serbuk penaik
- 110-120 ml air
- sedikit garam
- minyak utk menggoreng

Cara-cara :-

1. Rebus kacang dengan air hingga empuk dan pecah-pecah. Pastikan airnya kering atau sejatkan dgn penapis utk membuang airnya itu.
2. Kembalikan ke dalam kuali/periuk, masukkan gula, kelapa parut dan tepung gandum.
3. Kacau atas api perlahan hingga kental dan sebati (ia akan lembik tetapi bila sejuk, bertambah keras).
4. Ambil sedikit, bentukkan leper dan bulat, setebal 1.5 cm.

Utk batter:
1. Satukan semua bahan menjadi adunan yg melekat pada belakang sudu.
2. Celup kuih di dlm batter dan goreng hingga keemasan.

*Jika menggunakan desiccated coconut, kurangkan sedikit. Pastikan air dari pes kacang kering sebelum memasukkan gula kerana air yg berlebihan akan membuat pes menjadi lembik.

SELAMAT MENCUBA

DIY : Pulut Kuning

Assalamualaikum.
Semalam 13 nov 2018. Genap 13 tahun ulang tahun perkahwinan kami. Puas dah buat kek. Kali ni tukar menu potong pulut kuning.

Resepi asal kak Lailatul Munira kongsi dalam grup pressure cooker ewant.
Meh kite layan resepi yang buat semalam ye.

Bahan:

1 kilo beras pulut ( cuci dan rendam kejap bersama asam keping dan kunyit serbuk)

200ml santan pekat
Sedikit garam dan gula
1 sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun pandan carik sikit dan simpulkan

Cara:


1. Masukkan pulut yang dah direndam dan ditoskan tadi ke dalam periuk ewant.

2. Letak air separas pulut je.

3. Masuk garam, gula, serbuk kunyit dan gaul sekata. Campakkan simpulan daun pandan.

4. Tutup periuk. Tekan button RICE set masa 5 minit sahaja. Butang wap hala ke SEAL

5. Bila dah cukup masa keluarkan wap.
Alih dari SEAL ke EXHAUSTED

6. Buka penutup periuk dan masukkan santan pekat. Karu pulut tadi sekata dengan santan. Tutup semula penutup dan tekan button RICE setkan 2 minit sahaja.

7. SIAP. Boleh dihidangkan bersama rendang atau kari.

SELAMAT MENCUBA

DIY : Tosei

Assalamualaikum.
Selamat malam.

Petang tadi masak gulai koboi. Mane tak koboi tak cukup bahan mengikut piawaian yang ditetapkan. Tapi sedap jugak koboi pon. Siap dah makan nasi. 

Sekali malam ade je soalan MALAM NI TAKDE MAKAN KE?.Memandangkan ade nasi lebih dengan gulai ni maka malam ni terhasillah tosei. Ni bukan tosei ekspres nama die. Pernah share sebelum ni dari page RASA. 
Kalau betul-betul tosei pakai kacang khas.



Ni dah dalam blender.

2 cawan nasi
2 cawan air
1 cawan tepung beras
1 biji telur
1sdt baking powder
1sdt garam

Blend sampai hancur ye.😊😊

Panaskan kuali. Kacau dulu tau adunan tu baru cedok 1 senduk dan lengser atas kuali non stik.

Ni 1 senduk je. Macamana nak bulatkan. Ala guna belakang senduk je.

Ok dah siap. Boleh makan dengan kari, sambal atau ape2 je.

Oklah nak sambung makan lepas ni nak layan movie Hantu Kak Limah.
Selamat mencuba.


DIY : Roti Canai Frozen

Assalamualaikum.
Minggu ni cuti sekolah sambung sampai selasa sempena DEEPAVALI.
Rasanya arini paling banyak aktiviti budak-budak ni bukak tutup peti sejuk.
Pagi dah sedia roti dengan bihun goreng. Tengahari pulak lempeng telor. Petang siap dah nasi dengan lauk pauk untuk dinner. Lepas maghrib makan pulak roti cicah bubur kacang.
Tak kering tangan. Sebenarnya tak abis lagi keje kat dapo ni. Tergendala sebab hafizah ajak tido. Update aktiviti tertangguh. Petang sambil masak lauk tadi uli tepung dah nak buat roti canai frozen. Memang kene buat ape2 je untuk frozen. Gugel resepi..tq tuan tanah. Tapi kite derhaka sket.

Roti canai frozen

500gm tepung
1 sudu makan susu pekat
1 sudu kecil garam
20gm marjerin
1biji telur (tambah tadi dalam resepi asal takde)
250ml air sejuk peti (pakai air coway je tadi)

Cara buat:

Tepung dan marjerin disatukan dalam besen. Gaul sampai jadi serbuk roti.

Masuk garam, susu pekat dan telur.

Masuk air sikit-sikit dan gaul sampai tak lekat tangan. Tak abis pon airnya tadi.

Uli sampai lembut.

Bahagi doh 60gm. Salut doh dengan marjerin dan sedikit minyak. Supaya doh senang nak canai.

Simpan doh kat bekas bertutup biar 5 jam.

Canai. Kerana takde skil mencanai kite buat style nenek ajar pakai dulang dan tarik doh sampai nipis. Canai sampai abis.
Main tarik atas dulang je. Janji jangan sampai koyak rabak.

Goreng kejap untuk matikan tepung (yeke ayat ni). Sejukkan dan frozenkan.

Esok nak makan goreng sampai masak. Pakai magik pan. Tak perlu letak minyak.

Da siap canai
Dah siap goreng sekejap
Dah boleh makan

Jom makan. Nak sedap lagi kene paduk ngan kari serta sambal tumis.

Sampai Hujung Tahun Je Tau

Assalamualaikum

Yeay🎉 Welcome November 
.
Jangan lupa tau.
.
PROMO RM20 KELAS PJJ ASAS BUAT CAKE

SEHINGGA HUJUNG TAHUN 2018 INI SAHAJA.
.
Tinggal dua bulan sahaja lagi untuk 'grab' promosi ini.
.
Bermula 1 Januari 2019, yuran kelas akan kembali asal, RM80.
.
Jangan tunggu lama lama, lekas klik link ini untuk dapatkan promo RM20.
👇👇👇

www.wasap.my/60137711702/pjjabc 










hanizarujhanfamily blog