DIY : Kuih Bom Superb

 Assalamualaikum.
Salam Jumaat penuh barokah.
Arini teragak je nak makan kuih bom. Selalu ari jumaat papa gi beli kat pasar.. Arini tak gi.. Jadi kite buat je la..

Sumber : fb Mardia Kitchen
Dicuba : Haniza Homemade



RESEPI KUIH BOM

Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum
2 cawan air suam
Secubit garam halus
Bijan secukupnya untuk salutan kuih bom

Tepung gandum, tepung pulut, garam dan air
Bahagikan doh.. Yang ni 30gm

Guna ready-made red bean 11gm

Bijan secukupnya.. Ni sepekat.. Ngam2 untuk adunan ni

Dah siap bulatkan lepas balut bijan

Nak goreng terus bole.. Tak pon simpan kejap dalam fridge

Sambil goreng sambil ngap kalau tak tak merase.. 


Cara membuat doh:
Masukkan semua bahan-bahan diatas iaitu tepung pulut, tepung gandum dan garam. Kemudian,
masukkan air secawan dahulu. Gaul dengan garpu you all.
Apabila sebati tepung sedikit keras, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli dengan tangan untuk rasa dan mendapatkan doh yang tak melekat di tangan. Ingat! jangan guna air sejuk.
Doh jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Memadai boleh membaluti inti.

#air tak sampai 2 cawan


INTI
Kacang Hijau
250gm kacang hijau
1/2 cawan gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan kelapa parut putih/muda
3 sudu besar tepung gandum
secubit garam

Cara membuat Inti:
Gula melaka di masak dan buat air, tapiskan.
Kacang hijau di rendam selama 6jam
Masak kacang hijau bersama air secukupnya ( Jangan terlalu banyak ) hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering. Selow api.
Kemudian, masukkan kelapa parut, air gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula.
Last masukkan tepung.
Kacau tanpa henti supaya tidak berketul.
Tutup api supaya tidak hangus.
Setelah sejuk, buatkan bentuk bulat inti tersebut.

Setelah siap salutkan dengan tepung dan golek diatas bijan.

Goreng dengan api sederhana-perlahan.

Untuk Frozen, goreng sekejap sahaja sehingga menampakkan texture bijan terus angkat.
Sejukkan dan simpan dalam tempat beku.
Untuk menggoreng semula perlu defrost terlebih dahulu.


Siyeslah.. Memang sedap.. Cubalah.. Tq tuan resepi.. Saya abadikan disini.. Senang nak buat rujukan.. 😊😊

No comments:

Post a Comment

hanizarujhanfamily blog