DIY : Puding Roti Sos Kastad

Assalamualaikum.

Jom buat puding roti yang curah dengan sos kastad.. Yummey.. Taip pon dah terase masuk tekak.. Nak pulak baru keluar peti sejuk... Fuh mengancam abis diet... Diet... Hehheee mane ade...

Sumber : fb June Ahmad
Dicuba : Haniza Homemade


Bahan:

12 keping roti
1/2 tin susu pekat
4 biji telur
1/2 cawan susu cair
2 1/2 mug air panas
Esen vanilla
Sedikit garam

Cara:
Guntingkan je.. Senang

Letak air panas dalam bekas roti

- carikkan kecil-kecil roti tadi. Masuk dalam bekas dan di tuang air panas.
Masuk telur dan esen vanilla

Masuk susu cair

Masuk susu pekat

- satukan telur, susu pekat, susu cair dan garam.
-masukkan adunan telur ke dalam roti tadi.
Panaskan butter dalam loyang

-cairkan butter lepas tu masukkan dalam adunan.
Tuang butter cair dalam adunan

-masukkan semua bahan dalam loyang.
Yang ni  tabur cip coklat dan kepingan badam

-taburkan kismis atau cip coklat.. Atau apa sahaja kekacang.
Alamak.  Mengembang pulak bila bakar.. 🤣 🤣 

-bakar 45minit 175°c.


Sementara adunan puding dibakar.. Kita buat sos kastad.

2 sudu besar tepung kastad
1/2 tin susu cair
1/2 cawan air panas
2 sudu besar susu pekat
Sedikit garam
Satukan semua bahan

-Satukan air panas dan tepung kastad
-masukkan susu cair, garam dan susu pekat.
-masak di atas api perlahan sehingga pekat sedikit.
-biarkan sejuk
-makan bersama puding roti
Siyes sedap... Korang cubalah.. Tq sis resepi simple tapi sedap ni...

No comments:

Post a Comment

hanizarujhanfamily blog