Kek Harijadi Zahirah

Assalamualaikum, salam menjemput rezeki,
Salam jutawan dermawan buat semua.

Pagi ni mendung je sesekali hujan turun menyimbah bumi. Sejuk sangat nak mandi pon rase malas, tapi kene mandi jugak. Kalau tak bau asyeeeemmm..hahaa.

Semalam buatkan sebiji kek besday untuk zahirah. Anak ketiga kami. Boleh dikatakan zahirah @ tiyah ni suka betul tengok rancangan buat kek, deko kek dan apa- apa saja yang berkaitan dengan kek. Dah banyak kali jugak suruh buatkan keke untuk die, saje tak layan..biar je dulu..kih3.

Memandangkan tarikh besday dia 29hb ni terpaksa di awalkan pembikinan kek. Sebab tarikh tu memang ada hal yang tak boleh dielakkan. Jadi kite buatkan kek simple je hanya untuk makan bersama keluarga. KEK CHEESE LELEH yang mana di dalamnya terselit filling kiwi. Jelas terpancar kegembiraan bila terpamer namanya atas kek. Dia sanggup tak tido lepas balik sekolah semata- mata nak tengok kek siap. Itu pon siap bagi idea letak katun atau coklat.. hahaaa..semangat betul.

"ALLAH selamatkan kamu"
"ALLAH selamatkan kamu"
"ALLAH selamatkan NUR AMIRA ZAHIRAH"
"ALLAH selamatkan kamu"

6tahun dah anak kami ni
Semoga Allah lindungi kamu dari anasir jahat. Jadilah anak solehah kebanggaan kami. Aamiin.



Dari sepotong ke sepotong habis, kek lembut di lapisi cheese dan filling kiwi. Dilimpahi cheese serta taburan cheese parut. Lagi laju dorang makan sampai ni je ditinggalkan.hehe.. alhamdulillah
Gambar husna je ada. Ni ketinggalan keretapi orang dah abis makan die baru celik mata. Gambar tiyah tak boleh nak ambik susah betul sebab die jenis tak tau diam :)


Nanti kita open oder untuk kek ni ye..tunggu..minggu depan terpakse bercuti sementara. Tapi insyaAllah kite update lagi walaupon dalam bercuti. (^.^) . Tolong doakan segala urusan kami sekeluarga dipermudahkan.. aamiin.
Tq juga kerana sudi membaca coretan entry kali ini.

No comments:

Post a Comment

hanizarujhanfamily blog