Diy: Boko ubi kayu

 Assalamualaikum. 

Sihatke semua.. Lama rasanya tak masuk sini. Hari ni jauh sikit jalan sambil singgah bakeri cari bahan buat kek. Siap cari barang terus pergi hala ke bandar. On the way tu ade gerai jual ubi. Sekarang kan musim ujan kat sini jadi banyaklah gerai jual ubi. Macam-macam jenis ada. 

Beli ubi kayu dan keledek. Malam tadi sempat buat boko ubi. Makan sejuk baru best. 

Resepi ni ambil kat fb. 


Sumber : fb Liza Hashim

Dicuba : Haniza Homemade


2 cawan ubi kayu yang diparut

3 cawan air gula

3 cawan santan

1/3 cawan tepung beras

Sedikit garam


Cara buat: 

Parut ubi kayu dan sukat 2 cawan. 

Perahkan ubi kayu tadi tapis tau. 

Ubi tu dan  mendapan tadi dimasukkan dalam bekas.. 


1 1/2 ketul gula melaka

3 cawan air

Masakkan air gula ni jadikan 3 cawan. 


Campurkan 3 cawan air gula dan 2 cawan ubi kayu tadi. 

Kacau rata. 

Letak dalam bekas. Jangan penuh tau hanya 3/4 bahagian sahaja. 

Kukus sehingga masak dalam 10- 15 minit. Nak tau dah masak ubi tadi menjadi jernih. 

 1 cawan santan

2 cawan air

1/3 cawan tepung beras

Sedikit garam

Satukan semua bahan ke dalam periuk. 

Masak semua di atas api perlahan sehingga pekat. 

Tuang adunan santan atas ubi yang siap di kukus. 

Sejukkan dalam peti sejuk. 

Siap.  Selamat mencuba😍




Gigih tak, nampak betapa kecik pemarut tu. 😅.. Jangan lupa 2 cawan tau.. Kalau nak buat 2 adunan doublekan je la.. 😁
Lepas parut.. Tapiskan tau. mendapan tu ambil nak guna untuk buat kuih. 

Satukan ubi dan air gula tu😁

Dapat 6 bekas je ni.  Kukuskan sampai masak. 

Yang ni untuk santan. 
1 cawan santan 2 cawan air dan 1/3 cawan tepung beras.. Masak sampai pekat tau. 
















 



No comments:

Post a Comment

hanizarujhanfamily blog