DIY: Nasi Kerabu Tumis

               Assalamualaikum.
              
               Nasi Kerabu By Hanizarujhan
          
Sumber : fb Sharinaz Redwan

RESEPI NASI KERABU
==================
3 cawan beras
3-4 helai daun limau purut
1 batang serai diketuk
Pewarna biru (saya guna purple🤭)
Air sukat macam biasa

Masak je macam biasa.

RESEPI SAMBAL KELAPA IKAN
=========================
7 ekor ikan kembung direbus (masuk sekali 2 keping asam keping, guna 5 ekor je untuk sambal, lagi 2 ekor nanti guna untuk solok lada)
250g kelapa parut goreng keperangan
5 batang serai di potong halus
1/2biji bawang besar
2 ulas bawang putih
20 biji lada hitam hitam 
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Perisi ikan dari tulang. Goreng isi ikan tanpa minyak sampai kering, blend halus guna blender kering.

2) Blend pulak lada hitam guna blender kering sampai hancur, masuk bawang besar, bawang putih, serai. Blend lagi tak perlu letak air. (kalau rajin boleh tumbuk semua ni)

3) Gaul semua dalam kelapa goreng tadi, letak garam sikit. Dah gaul letak atas pan kejap, panaskan bagi kering. Bagi tahan lama.

RESEPI KUAH TUMIS
==================
3 sb cili blend
1 biji bawang besar
1 inci kunyit
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang serai
Santan - agak2 ye nak kuah banyak mana
1-2 senduk nasi, air rebusan ikan tadi
Blender semua bahan diatas

Gula kabung secukupnya
4-5 sudu makan budu
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Masuk semua bahan blend dalam periuk. Saya tak tumis dengan minyak ye. Masak api pelan je masuk asam keping & gula kabung.

2) Agak-agak dah pekat, masuk budu, garam secukupnya. Panaskan kejap, tutup api.

RESEPI LADA SOLOK
==================
2 ekor ikan kembung rebus tadi, ambil isi.
kelapa parut putih agak-agak untuk 5 biji cabai
1 bj bawang besar
Sedikit halba
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa
5 biji cabai hijau dibuang biji, belah tepi.
Santan 

Cara-cara:
1) Tumbuk halba & lada hitam. Dah hancur, masuk bawang dan tumbuk.

2) Gaul masuk dalam kelapa. Kepal-kepal sumbat masuk dalam cabai hijau. 

3) Susun dalam periuk, masuk santan agak2 tenggelam separuh, tutup. Masak sampai santan kering. Siap. Dah sejuk baru angkat.

RESEPI SAMBAL CILI
==================
1 bj cili merah besar
10 bj cilipadi
1 bj limau nipis - amik jus
Sedikit cuka
Madu/gula
Sedikit garam

Blend je semua. Siap.

RESEPI DAGING BAKAR
===================
1/2 kilo daging 
Sos tiram
Sos bbq
Sos blackpepper
Kicap pekat

Cara-cara:
Gaul je semua, perap dalam 30 minit. Masuk dalam over sampai masak. Lepas tu keluarkan, letak atas pan panaskan sampai kuah pekat salut daging. Dah sejuk boleh potong nipis2.

RESEPI AYAM BAKAR
==================
1/2 ekor ayam
Serbuk paprika
Garlic powder
Mix herbs
Blackpepper - tumbuk
Garam

Cara-cara:
Gaul semua dengan ayam. Perap kejap. Lagi lama lagi sedap. Masak dalam oven. Sebelum tu sapu sikit olive oil atas kulit ayam. Baru crispy nanti. 

Masak dalam sejam api 230°c / ikut oven masing2. Siap.

ULAM
=====
Taugeh
Ulam raja
Kobis
Timun
Carrot
Kacang panjang

Add on : Telur masin & budu (perah limau je / masak kejap masuk air dan gula kabung sikit)

Keropok ikan jangan lupa. Lupa pulak goreng tadi. 😆

Ok setel. Lenguh jari taip. Semoga bermanfaat. Tq Cik Limah ajar aku buat. Nanti takyah beli kat pasar malam dah. 🤩




Rebus ikan sampai masak

Selepas ikan diperisi panaskan dalam kuali


 






No comments:

Post a comment

hanizarujhanfamily blog