Diy : Ayam Percik

 


 ASSALAMUALAIKUM .

Hai semua dah masak ke untuk dinner. 

Kami nak buat ayam percik sebab anak-anak dah tanya bila nak bakar-bakar.. 


Oklah arini kite buat ye.. Kejap lagi kite bakar.. Bahan-bahan ade kat di bawah gambr ye.. Ni cara cikliza.. Ikutlah selera masing-masing kene masin lemaknya.. ๐Ÿ˜˜


Bahan-bahan untu dikisar halus:
Bawang
Bawang putih
Serai
Lengkuas
Ketumbar
Jintan
Cili hijau
Cili kering
Dah kisar halus
Ayam yang dah dibersihkan perlu diperap. 
Bahan-bahan perap:
Ayam
Garam
Perasa
Sedikit bahan kisaran
Kunyit
Tepung gandum

Perap sebentar ye
Untuk kuah percik
Bahan-bahan:
Bahan kisaran
Santan
Garam
Gula atau gula melaka
Cukup rasa
Asam keping
Masak ayam dalam kuah percik tu sehingga separuh masak. Nanti ambil ayam tu dan bakar.. 


Nak makan nanti siram kuah tu. 
Siap.. ๐Ÿ˜Š

Makan dengan nasi panas.. 
SELAMAT MENCUBA











Roti mexican


Assalammualaikum kawan2 semua..
Mesti ramai suka mexican bun@ roti boy bun ni kan. 
Kami pon suka. Kalau nak beli memang takkan cukup sebab dorang ni tengah sedap makan. Jadi kite buat je bagi mereka makan. 


Resepi doh

500 gm tepung gandum atau roti
70gm gula kastor
1 tbsp yeast
1 tsp garam
50gm margerin 
10gm pelembut roti ( saya tak letak  )

280 gm air sejuk 

- gabungkan kesemua bahan dan mix hingga elastik dan licin.......


Topping mexican bun

200gm butter
200gm gula perang
180gm tepung gandum
20gm tepung kastard
2 biji telur gred A 
2 tbsp coffe emulco atau nescafe

- mix butter dan gula sampai pucat
- masukkan telur mix sekejap
- masukkan tepung dan perasa coffe @ nescafe mix sampai sebati dalam 5 minit 


Filling mexican bun

150gm gula perang
130gm butter
50gm tepung gandum

- mix kesemua bahan sampai boleh di kepal2 timbang 20 ke 25 gm untuk sebiji doh 
Lepas letak filling terus rounding kemas-kemas ye. Jangan sampai inti terkeluar masa bakar nanti
Dah siap paipkan topping terus je boleh dibakar. Bakar sampai masak tau
Dah siap bakar. ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹. 
Dah nampak tengahnya๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š. 

Selamat mencuba tau.. Sesungguhnya ia memang sedap

 

 resepi Irfan Syazwanshah
Dicuba : Haniza Homemade

Kalau rasa nak share silakan.. Semoga bermanfaat๐Ÿ˜˜

Diy: Boko ubi kayu

 Assalamualaikum. 

Sihatke semua.. Lama rasanya tak masuk sini. Hari ni jauh sikit jalan sambil singgah bakeri cari bahan buat kek. Siap cari barang terus pergi hala ke bandar. On the way tu ade gerai jual ubi. Sekarang kan musim ujan kat sini jadi banyaklah gerai jual ubi. Macam-macam jenis ada. 

Beli ubi kayu dan keledek. Malam tadi sempat buat boko ubi. Makan sejuk baru best. 

Resepi ni ambil kat fb. 


Sumber : fb Liza Hashim

Dicuba : Haniza Homemade


2 cawan ubi kayu yang diparut

3 cawan air gula

3 cawan santan

1/3 cawan tepung beras

Sedikit garam


Cara buat: 

Parut ubi kayu dan sukat 2 cawan. 

Perahkan ubi kayu tadi tapis tau. 

Ubi tu dan  mendapan tadi dimasukkan dalam bekas.. 


1 1/2 ketul gula melaka

3 cawan air

Masakkan air gula ni jadikan 3 cawan. 


Campurkan 3 cawan air gula dan 2 cawan ubi kayu tadi. 

Kacau rata. 

Letak dalam bekas. Jangan penuh tau hanya 3/4 bahagian sahaja. 

Kukus sehingga masak dalam 10- 15 minit. Nak tau dah masak ubi tadi menjadi jernih. 

 1 cawan santan

2 cawan air

1/3 cawan tepung beras

Sedikit garam

Satukan semua bahan ke dalam periuk. 

Masak semua di atas api perlahan sehingga pekat. 

Tuang adunan santan atas ubi yang siap di kukus. 

Sejukkan dalam peti sejuk. 

Siap.  Selamat mencuba๐Ÿ˜




Gigih tak, nampak betapa kecik pemarut tu. ๐Ÿ˜….. Jangan lupa 2 cawan tau.. Kalau nak buat 2 adunan doublekan je la.. ๐Ÿ˜
Lepas parut.. Tapiskan tau. mendapan tu ambil nak guna untuk buat kuih. 

Satukan ubi dan air gula tu๐Ÿ˜

Dapat 6 bekas je ni.  Kukuskan sampai masak. 

Yang ni untuk santan. 
1 cawan santan 2 cawan air dan 1/3 cawan tepung beras.. Masak sampai pekat tau. 
















 



DIY: Nasi Kerabu Tumis

               Assalamualaikum.
              
               Nasi Kerabu By Hanizarujhan
          
Sumber : fb Sharinaz Redwan

RESEPI NASI KERABU
==================
3 cawan beras
3-4 helai daun limau purut
1 batang serai diketuk
Pewarna biru (saya guna purple๐Ÿคญ)
Air sukat macam biasa

Masak je macam biasa.

RESEPI SAMBAL KELAPA IKAN
=========================
7 ekor ikan kembung direbus (masuk sekali 2 keping asam keping, guna 5 ekor je untuk sambal, lagi 2 ekor nanti guna untuk solok lada)
250g kelapa parut goreng keperangan
5 batang serai di potong halus
1/2biji bawang besar
2 ulas bawang putih
20 biji lada hitam hitam 
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Perisi ikan dari tulang. Goreng isi ikan tanpa minyak sampai kering, blend halus guna blender kering.

2) Blend pulak lada hitam guna blender kering sampai hancur, masuk bawang besar, bawang putih, serai. Blend lagi tak perlu letak air. (kalau rajin boleh tumbuk semua ni)

3) Gaul semua dalam kelapa goreng tadi, letak garam sikit. Dah gaul letak atas pan kejap, panaskan bagi kering. Bagi tahan lama.

RESEPI KUAH TUMIS
==================
3 sb cili blend
1 biji bawang besar
1 inci kunyit
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang serai
Santan - agak2 ye nak kuah banyak mana
1-2 senduk nasi, air rebusan ikan tadi
Blender semua bahan diatas

Gula kabung secukupnya
4-5 sudu makan budu
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Masuk semua bahan blend dalam periuk. Saya tak tumis dengan minyak ye. Masak api pelan je masuk asam keping & gula kabung.

2) Agak-agak dah pekat, masuk budu, garam secukupnya. Panaskan kejap, tutup api.

RESEPI LADA SOLOK
==================
2 ekor ikan kembung rebus tadi, ambil isi.
kelapa parut putih agak-agak untuk 5 biji cabai
1 bj bawang besar
Sedikit halba
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa
5 biji cabai hijau dibuang biji, belah tepi.
Santan 

Cara-cara:
1) Tumbuk halba & lada hitam. Dah hancur, masuk bawang dan tumbuk.

2) Gaul masuk dalam kelapa. Kepal-kepal sumbat masuk dalam cabai hijau. 

3) Susun dalam periuk, masuk santan agak2 tenggelam separuh, tutup. Masak sampai santan kering. Siap. Dah sejuk baru angkat.

RESEPI SAMBAL CILI
==================
1 bj cili merah besar
10 bj cilipadi
1 bj limau nipis - amik jus
Sedikit cuka
Madu/gula
Sedikit garam

Blend je semua. Siap.

RESEPI DAGING BAKAR
===================
1/2 kilo daging 
Sos tiram
Sos bbq
Sos blackpepper
Kicap pekat

Cara-cara:
Gaul je semua, perap dalam 30 minit. Masuk dalam over sampai masak. Lepas tu keluarkan, letak atas pan panaskan sampai kuah pekat salut daging. Dah sejuk boleh potong nipis2.

RESEPI AYAM BAKAR
==================
1/2 ekor ayam
Serbuk paprika
Garlic powder
Mix herbs
Blackpepper - tumbuk
Garam

Cara-cara:
Gaul semua dengan ayam. Perap kejap. Lagi lama lagi sedap. Masak dalam oven. Sebelum tu sapu sikit olive oil atas kulit ayam. Baru crispy nanti. 

Masak dalam sejam api 230°c / ikut oven masing2. Siap.

ULAM
=====
Taugeh
Ulam raja
Kobis
Timun
Carrot
Kacang panjang

Add on : Telur masin & budu (perah limau je / masak kejap masuk air dan gula kabung sikit)

Keropok ikan jangan lupa. Lupa pulak goreng tadi. ๐Ÿ˜†

Ok setel. Lenguh jari taip. Semoga bermanfaat. Tq Cik Limah ajar aku buat. Nanti takyah beli kat pasar malam dah. ๐Ÿคฉ




Rebus ikan sampai masak

Selepas ikan diperisi panaskan dalam kuali


 






Resepi tiktok pemes dalam IG.

 

Resepi tiktok pemes dalam IG.

Malas nak kaler kite tabur choc chip dengan hirisan badam.

Bila makan terasa macam naik awan terbang agithewwww ๐Ÿ˜๐Ÿ˜.

Bahan :

3 biji putih telur

30gm gula kastor

10gm tepung jagung

Cara-cara:

Putar putih telur sampai kembang masuk sedikit gula kastor.

Putar lagi dan habiskan gula..

Putar sampai betul-betul kembang.

Masuk tepung jagung. Putar sebati.

Masa ni nak bahagikan kaler pon boleh.

Alas dulang pembakar dengan baking paper.

Letak semua adunan tadi.. Ratakan dan tabur hiasan.

Bakar 160°c sampai masak.

Siap.. ☺️☺️

Selamat mencuba.








Tepung Choc Chip Cookies

Assalamualaikum.. Salam sejahtera semua.. Semoga sihat hendaknya. 
Cikliza ada jual tepung choc chip cookies tau. Dengan sepeket tepung hanya perlukan campuran cecair. Bancuh... Adun.. Bakar dan siap๐Ÿ˜๐Ÿ˜☺️. 
Krukk krakk dengan kekacang dan chip choc di dalamnya. 

Nak cuba jangan lupa hubungi:
Haniza Homemade
0137711702 

Sebekas ni beratnya - +630gm

Testimoni

Cookies dah siap bakar.. 

Macamana Nak Oder

Cheesetartcute

Nak oder sila whatsApp kat no di atas ye
Cheese leleh
Strawberry cheese cake

Tepung choc chip cookies
Choc chip cookies

Choc chip cookies

Kulit tart

Nak oder bole hubungi kami
0137711702 
Haniza Homemade

hanizarujhanfamily blog