DIY : DONUT GEBU

Sumber : fb Azimah Chebu
Dicuba : Haniza Homemade

Kredit kat tuan punya resepi.. terima kasih bagi resepi ni.. Best.. Sedap.. Lembut.. Lemak.. Kite tepek kat sini senang nanti nak buat lagi

RESEPI DONUT GEBU

Bahan-bahan :
265gm (ais ketul + susu + 2 kuning telur) 

Lepas uli.. Doh dah ready timbang terus dan rounding. 
35gm tau

Leperkan dan tebuk. Tunggu sebentar

Goreng

Dah salut gula aising

Nampak tak tekstur tu.. Lembut.. Gebu.. Lemak😊😊😍

✅265 g cecair ( telur kuning 2 biji + ais kiub + susu segar). Suka hati la nak bubuh ais dan susu banyak mana Pandai-pandai agak, yang penting masuk telur kuning dulu 2 biji. Kalau xda susu nak buh ais + air masak pon boleh, boleh letak susu tepung 2 sudu besar susu anak pun boleh (fungsi susu nak bagi lemak).
Kalau uli bread maker guna air sejuk dari peti ais, kalau uli tangan guna air suam.
✅60g gula pasir / kastor.
✅5 g garam halus.
✅500 g tepung (Nak guna tepung high protein lagi bagus.) extra 50g tepung incase takut kawan-kawan tak pandai nak handle doh lembut, tambah sikit-sikit ikut keperluan.
✅8 g bread improver.
✅80g marjerin (Nak guna butter pun boleh.)
✅ 1 peket yis kering.

Cara-cara :

✅Masukkan cecair dalam mangkuk adunan.
✅Masukkan gula dan garam.
✅Di ikuti dengan tepung + improver, last masukkan yis.
✅Uli sampai jadi doh yang bergumpal baru masukkan marjerin. Uli sampai lincin.
✅Nak test doh dah ready atau belum, ambil sikit tepung, regangkan bagi nipis macam nak buat roti canai tu. Kalau elok ja tak koyak dah boleh stop uli.
✅Siapkan alatan untuk rounding doh.
✅Timbang doh 35g each. Rounding atau bunjutkan kemas2 bagi lincin dan bulat.
Step ni PENTING untuk donut yang CANTIK.
✅Buat sampai habis doh. Kemudian mula canai dan tebuk lubang (rujuk vedio).
✅Susun dalam dulang yang di lapik kertas dan tabur sikit tepung.
✅Kembangkan dalam 20-30 minit, cmah masukkan dalam oven yang di panaskan terlebih dahulu (Konon2 proofer lah ni). 😅 Panaskan dalam suhu 50 ja, terlebih kang yis MATI KEJUNG (kalau yis mati tunggu sampai esok pun tak kembang).
Bila oven dah panas, buka pintu oven tunggu kejap, bagi keluaq haba panas dulu baqu bubuh donut. 😁

#edited resipi ni buat dapat +- 27 biji doh seberat 35g (lubang tengah tu ambik kumpul dan timbang semula 35g). Kalau buat berat kurang dari tu boleh dapat banyak biji lagi. Terserah kalian nak buat besaq mana, ni sekadar panduan, donut cmah memang antara 30-35g selalunya.

#edited proses proofing hanya sekali sahaja. Cepat boleh makan, hihihihi. Hasil sama ja macam kembangkan 2 kali. Lebih senang nak handle doh, dan elakkan doh bau masam lagi2 kalau guna yis brand mauripan, kuat sikit bau yis ni.

#edited doh ni boleh buat aneka bun, roti loyang, base pizza, burger Malaysia juga ya kawan-kawan.

#hanizahomemade

DIY : Kuih Lapis Boleh Kopek

RESEPI KUIH LAPIS YANG SANGAT MUDAH DAN SEDAP!!!!

Bahan-bahan kuih lapis:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara buat kuih lapis:
3 jenis tepung
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2cawan tepung gandum
Sedikit garam

3 jenis tepung dan 1 cawan gula dicampurkan

Masuk santan dan air
1 cawan santan pekat
3 cawan air

Ratakan adunan sampai rata

Bahagi 2 kaler
3 cawan kaler putih
3 cawan kaler hijau /merah

Awal kaler putih akhir kaler hijau

Cun wo..  Maka berebutlah mereka sebelum sempat tunggu betul2 sejuk

Nampak tak boleh kopek selai2

📝Masukkan santan dalam periuk dan panaskan sebentar hingga suam-suam kuku. Tutup api.
📝Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
📝Masukkan santan dalam mangkuk. Gaul hingga tidak berbintil.kemudian tapis..
Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian.
📝(1)Warnakan dengan warna merah
   (2)plain + perisa ros.
Tuang 1/3 adunan tanpa warna ke dalam loyang berukuran 8 inc yang telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Kukus selama 5 minit dengan api kuat.
📝Lepas lapisan pertama masak, tuang 1/3 adunan merah. Kukus lagi.
Ulangi proses hingga dapat 6 lapisan dengan diakhiri lapisan merah.
📝Angkat dan sejukkan sebelum di potong.

Jom share ramai2.

Sumber: Fb Aznie Khasri
Dicuba : Haniza Homemade

Psst: ni Pakai kaler ijau epal dan coconut pandan.
Siap bole kopek sekeping sekeping tau

Jom like, share dan follow ===> Haniza Rujhan

hanizarujhanfamily blog