DIY : Pulut Kuning

Assalamualaikum.
Semalam 13 nov 2018. Genap 13 tahun ulang tahun perkahwinan kami. Puas dah buat kek. Kali ni tukar menu potong pulut kuning.

Resepi asal kak Lailatul Munira kongsi dalam grup pressure cooker ewant.
Meh kite layan resepi yang buat semalam ye.

Bahan:

1 kilo beras pulut ( cuci dan rendam kejap bersama asam keping dan kunyit serbuk)

200ml santan pekat
Sedikit garam dan gula
1 sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun pandan carik sikit dan simpulkan

Cara:


1. Masukkan pulut yang dah direndam dan ditoskan tadi ke dalam periuk ewant.

2. Letak air separas pulut je.

3. Masuk garam, gula, serbuk kunyit dan gaul sekata. Campakkan simpulan daun pandan.

4. Tutup periuk. Tekan button RICE set masa 5 minit sahaja. Butang wap hala ke SEAL

5. Bila dah cukup masa keluarkan wap.
Alih dari SEAL ke EXHAUSTED

6. Buka penutup periuk dan masukkan santan pekat. Karu pulut tadi sekata dengan santan. Tutup semula penutup dan tekan button RICE setkan 2 minit sahaja.

7. SIAP. Boleh dihidangkan bersama rendang atau kari.

SELAMAT MENCUBA

2 comments:

  1. Cantik sangat pulutnya. Akk ada jugak acuan mcm ni baru guna sekali lps tu jadi tukun, hahahah

    ReplyDelete
  2. Nak tunggu kejadian akak punya pulut pulak.. Mesti cantik. 😍😍😘😘

    ReplyDelete

hanizarujhanfamily blog