DIY : Roti Canai (tanpa telur)

Assalamualaikum.
PKP hari ke 11..
Rindu dah nak ngeteh roti canai kat kedai. Tak dapat ngeteh kat kedai.. Kite Belajar menebar. Jadilah.. 9 keping je.. 😊😊Roti canai banjir..+ teh tarik.
Kredit pada pemberi resepi.. Terima kasih.. Sedap gak walau tak letak telur pon.

Resepi : ROTI CANAI (tanpa telur)
Sumber : Rohani Ibrahim
Dicuba : Haniza Homemade

*1 sb gula
*1 sb susu pekat
*1 sb planta ( cairkn dlm kuali )
*1 sudu kecil kfc garam
*1 cawan air sejuk dr peti
4 cwn gandum

sebatikan smua bahan bertanda utk bg gula larut, pastu masuk kan gandum sdikit2 sambil tu uli.... Uli sampai sampai doh jd licin... Lps tu bulatkn ikut besar mana kita nak... Agak2 la... sy buat dpt 10 biji... nk besar lg blh buat 8 biji je... Lps tu sapu minyak, sebenarnya minyak tu skit je, tp bila dh tengelam roti tu nampak mcm banyak...dlm 3-4 jam dh blh goreng.
Gula, susu pekat, marjerin, garam dan tepung disatukan. Masuk air sejuk yang ditambah ais.. 

Dapatlah 9 biji

Salutkan dengan marjerin. Letak minyak sket

Dah siap tebar. Siputkan.. 😁😁Ade rupe tak?? 

Nipiskan.. 

Half cook

Dah siap goreng.. Banjirkan dengan kuah kari.. 😘
Bismillah

Cara cikliza:
Masuk semua bahan dalam mangkuk mixer. Uli sampai jadi doh.
Bulatkan doh kecil2 dapat 8 biji.
Salut dengan marjerin.. Letak sikit minyak.
Biar sampai pagi.
Canai dan goreng.
Siap

#alhamdulillah

DIY : KEK KAREMEL OMBAK RINDU


Assalamualaikum. 
Baru-baru ni besday papa.. Sempena besday papa kite buatkan sebiji kek karemel ombak rindu. 
Resepi ambil kat fb. Cubalah.. Menarik tertarik.. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹.. Terima kasih pemberi resepi.. Kite letak dalam ni.. 

sumber: fb Noah Asfa
Dicuba : Haniza Homemade



Bahan-bahan untuk  :

2 ½ sudu makan gula
2 biji telur kuning dan putih
3 biji kuning telur
1 tin susu cair
1/2  cawan susu pekat
1 sudu makan penuh tepung kastard
1 sudu the esen vanilla
Tabur gula ke dalam loyang 9 inci.Masak di atas api kecil sehingga gula cair dan bertukar keperangan.Sengetkan loyang supaya karamel rata. Sejukkan.

Untuk puding karamel pula,kacau semua bahan menggunakan garfu sahaja supaya sebati.Jangan biarkan berbuih.Tapis ke dalam loyang tadi. Biarkan seketika lebih kurang 15 minit untuk puding mula membeku.

Bahan-bahan Resepi Kek Karamel Pelangi :
3 biji kuning telur
1/2 cawan gula putih
1/2 cawan air
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu the esen vanilla
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
Pewarna pilihan
Serbuk koko/milo secukupnya
Bahan-bahan meringue :

6 biji telur putih sahaja
3/4 cawan gula putih
1 sudu teh cream of tartar
Cara penyediaan meringue : 

#1: Pukul semua bahan pada kelajuan pelahan dahulu supaya sebati dan naikkan kelajuan laju untuk 2-3 minit dan mula perlahankan semula sehingga adunan mula bertanduk soft peak.Maksudnya tanduk mula terbentuk dan bila terbalikkan bekas, adunan tidak tumpah.

Untuk kek karamel pelangi ini, bahagian atas menggunakan puding gula hangus dan lapisan bawah bukan kek coklat tapi kek pelangi.Jom buat dengan berpandukan resepi penuh kek karamel ini.


Cara penyediaan kek karamel pelangi :

#1: Pukul telur,gula,air,minyak dan esen vanilla hingga berkrim.Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak bersama.Pukul lagi hingga kembang.

#2: Masukkan meringue dalam 3 peringkat.Kaup balik dari bawah ke atas perlahan-lahan sehingga sebati.

Bahagikan adunan kepada tiga bahagian secara sekata.2 bahagian dicampur pewarna manakala 1 bahan lagi warna asal.Boleh mula panaskan oven pada suhu 170’C selama 10-15 minit.

#3: Dengan gunakan sudu, tuang adunan hijau ke dalam Loyang berisi pudding tadi dengan perlahan dan berhati. Ratakan dengan sudu dan tak perlu rata sangat untuk dapatkan corak beralun ya.Adunan akan terapung.Kemudian ayak serbuk koko atau milo membentuk satu lapisan nipis.Ulang proses yang sama dengan 2 lapisan tadi.Lapisan terakhir tak perlu ayak serbuk koko atau milo.

#4: Bakar menggunakan kaedah water bath iaitu letak loyang kek ke dalam loyang 10 inci yang berisi air panas sehingga loyang tenggelam pada paras suku.Bakar selama 45 minit  pada api atas bawah suhu 170’C dan  15 minit pada api atas sahaja.

Setelah kek caramel pelangi anda masa,sejukkan 20 minit hingga kek lekang daripada loyang.Terbalikkan dan siap.Siap dan selamat mencuba

Awal step.. Karemelkan gula. Jaga tau jangan hangus sangat. 

Satukan telur, gula

Susu cair.. Susu pekat.. Telur.. Esen vanilla.. Tepung kastad.. Satukan.. Sebatikan.. Nanti tapiskan masuk dalam loyang

Telur putih.. Yang ni nak buat meringue.. Nanti kene letak gula. 

Tepung, soda bikabonat, baking powder diayak

Bahan yang diperlukan
Dah tuang campuran telur dalam loyang yang ada gula karemel

Buat meringue

Meringue yang dah kental.. Ngiring.. Sendeng.. Telangkup pon tak jatuh punya

Campurkan meringue ke dalam adunan tepung.. Yang ni buat 3 bahagian.. Atau 3x..kaup balik.. Buat rata ye

Dah siap.. Masukkan dalam loyang.. Atas adunan telur.. Adunan kek akan terapung. 
Setiap lapisan taburkan dengan serbuk koko yang diayak rata

Dah siap.. Tunggu sejuk sikit tepi kek akan lekang daripada loyang

Terbalikkan.. Maka ini hasilnya. 
Dah nama pon kek karemel ombak rindu, permukaan pon berombak🀣🀣.. Jangan risau itu seni

Deko la sikit. Hehee.. Spesel sikit sebab buat untuk besday papa

Potong la

Ini hasil akhir.. Sebab kaler ni je yang ade kat umah.. 😘😘😍

Bole licin dalam sekelip mata.. 
Tau tak kek ni just nice.. Tak manis leting tahap kincing suwit.. 😍

hanizarujhanfamily blog