Assalamualaikum.
Entry ni dah lama peram atas sebab line internet yang macam siput. Slow. Kadang masuk gambar pon tak lepas. Kali ni pon dah berapa kali cuba baru bole update.
Zaman kecik-kecik dulu memang suka betul makan roti siput. Macam terkene mandrem je, dalam seminggu mesti nak beli sebiji dua kadang-kaadang berbiji tau. Syiok layan, lagipoon nenek tak marah bukan makan jajan.
Dah ramai anak ni kene la buat pemakan lebih kalau beli berebut tak berbaloi jugak..apa kata buat sendiri. Bahan dah ada..alatan pon ada tak salah di cuba.
Resepi roti hanya guna basic resepi roti manis. Jadi pelbagaikanlah untuk kene dengan tekak.
Tapi nak share kat sini teknik dan resepi krim. Mabeles jugak resepi ni macam kat kedai. Ahaksss.
Teknik ada dekat pic ye. Bacalah satu-satu.
Resepi krim roti
Sumber asal : rakan alam maya
Dicuba : haniza homemade
125gm krimwell
125gm marjerin
200gm gula aising
100gm susu pekat
Sedikit esen vanilla
Campurkan semua sebati, lembut.
Paipkan dalam roti.
Boleh tabur kekacang atau coklat rice jika suka
Acuan roti siput yang dibuat sendiri.
Ambil kadboard buat potongan yang dikehendaki. Gulung seperti kon. Staplerkan dan kemaskan dibahagian tepi.
Balut dengan aluminium foil.
Siap untuk digunakan
Pic selepas bakar..sebelum lupe nak snap.
Ambil doh 45gm gulung memanjang dan lalukan rolling pin di atasnya.
Lilitkan pada acuan kon tadi kemas-kemas.
Naikkan doh ,sapu dengan eggwash dan bakar ikut suhu oben.
Bakar sehingga keemasan.
Angkat dan sapu dengan butter @ marjerin yang dicampurkan dengan sedikit madu lebah.
Kita dah paipkan dengan krim
Pandangan sisi
Separuh buat roti pizza
Guna doh 45gm leperkan tekap dengan muncung gelas. Bahagian tepi di bahagi dua dan dipintalkan.
Kemudian letak di atas bulatan tadi.
Sapukan sos dan taburkan sosej yang ditumis, parutan cheese serta taburan daun rosemary
Yesss..apa lagi hidangan minum petanglah.
Alhamdulillah..kenyang
Hubungi kami untuk menempah
013-7711702
Sedap nya,,,dah lama xmkn roti nie
ReplyDelete