Pagi tadi jamuan raya dekat tadika tiyah. Punyelah abis idea nak bagi apelah untuk jamuan tu. Teringag sejak dua menjak ni asyik je lalu marble susu. Lastnya buat gak sebiji, bangun awal semata nak buat kek. Lepas solat subuh terus keluarkan alatan dan bahan. Ade gak yang intai-intai, petang buat lagi sebijik. Menunaikan hasrat anak-anak pulak.
Mehlah kita layan resepi, sedap, mabeles lagi lembut macam spongebob..sedap tau..
DIY : KEK SPAN MARBLE SUSU
Sumber Resepi : member ( FB Irfan syazwanshah )
Dicuba : Haniza Homemade
Bahan-bahan
1 cup tepung gandum
1/2 cup tepung jagung
1/3 cup tepung susu nespray ( wajib pakai )
3/4 cup gula kastor ( nak manis letak 1cup k)
1/4 cup fresh milk
6 biji telur gred A
40gm ovallet
80gm butter. Lepastu dicairkan ( nak sedap guna butter )
Cara2
Campak semua bahan kecuali butter cair
Mix hingga gebu Dan kaup balik adunan dengan butter cair tadi.
Bakar : 180, API atas bawah selama 35 minit mengikut oven masing2
Kalau tengok video yang adik ni share, banyak jugaklah tips yang di ajar. Alhamdulillah kalau ikut betul-betul hasilnya memang terbaik, gebu, lembut, moist.
Tips:
mixer kelajuan tinggi sampai gebu.
Macamana nak tau gebu? Ambil sudu 'selamkan' ke dalam adunan laju-laju. Kalau adunan lambat nak turun, bermakna adunan tersebut dah gebu. :)
Tips:
Letakkan beberapa sudu ke dalam butter cair. Kacau sampai sebati
Tips:
Campurkan adunan yang bercampur butter cair tadi dengan adunan selebihnya tadi. Kaupbalik adunan sebati.
(Tujuannya mengelakkan ade lebihan butter cair tidak sebati di dasar besen atau mixer bowl)
Masukkan dalam loyang dan hentakkan loyang 3-4 kali
Letakkan pewarna 9 titik atau ikut suka
Guna lidi buat lorekkan.
Hentak lagi sebelum bakar.
Bakar ikut oven masing-masing.
Oven ni guna suhu 190○c masak dalam 30-40 minit
Cantik pulak naik elok. ;)
Tak sabar, panas-panas mintak potongkan sebab nak bawak pergi tuisyen.
Tinggal suku je dalam tuppewer..tinggalkan untuk esok.
Ni untuk orang rumah.
Yang ni dibawa jamuan tadi.
Cubalah. Kalau nak oder ngan kami pon boleh jugak. :)
Kek Span Marble Susu ni..adalah antara post yang paling tinggi dilihat.... Terima kasih..semoga bermanfaat untuk anda semua.....
ReplyDelete