DIY : Roti Jala Yang Kekal Lembut Sampai ke Petang

Assalamualaikum.

Selamat petang semua.
Malam tadi buat roti jala dengan panaskan kari ayam pencen masa lunch. Rasanya roti jala dah buat banyak dah rupanya lama dah tak buat. Laju pulak dorang ni makan. Mana taknya lembut cicah kari pulak tu. Tak toleh kiri kanan. Tukang jala pon merasa sekeping je tu pon kongsi dengan hafiz.
Mehlah kita tengok resepinya. Senang je korang boleh hafal. Janji cukup bahan, ade blender.. jalan. Haha.


Roti Jala Yang Kekal Lembut Sampai Ke Petang

Roti Jala

Sumber: Azie Kitchen
Dicuba : Haniza Homemade

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.


SELAMAT MENCUBA


DIY mayonis homemade

Assalamualaikum.
Dah pernah cuba buat sendiri mayonis? Ni gara-gara anak nak makan roti pizza la ni mayonis takde. Jadi jalan-jalan grup masak jumpalah resepi ni. Tengok bahan ada, jadi kite onzzzlah. Haha.

Yeayy..Alhamdulillah,menjadi jugak akhirnya homemade mayonis nie..pasnie nk wat coslow ke..cicah nugget ke..nk wat sandwich ke...nk guna mayonis da bole wat sndiri je..macam beli jugak rasa dia. :)

Sumber : Resepi  Ringkas
Dicuba : Haniza Homemade

Resepi mayonis homemade

Bahan2:
2 biji telur sy guna saiz sederhana
1 1/2 sudu besar gula
2 sudu besar cuka makan
1 sudu kecil garam
1cawan minyak masak

Caranya:
-kisar semua bahan hingga btukar mnjadi putih
-panaskan kuali menggunakan api yg paling perlahan dan masukkan bahan blend tadi
-masak seketika dan gaul selalu hingga adunan mnjadi pekat dan kelihatan berketul-ketul...pastikan api perlahan supaya tidak hangit
-tutup api,masukkan balik dalam blender td dan kisar semula hingga adunan mnjadi benar-benar halus.
-siap dan bole dimasukkan ke dalam bekas bersesuaian...
-simpan dalam peti ais.
Selamat mencuba :)

Da siap dah mayonis
Da letak atas pizza. Sedap tau


Selamat mencuba. Saya dah cuba sedap



DIY Roti Sosej

Assalamualaikum,
Sejak ada mak jemah tolong uli ni, kalau boleh tiap hari nak meroti. Best tau nak-nak bila rounding doh. Menguji tahap kesabaran okeh. Dulu pernah kene sound roti keras rupa pon tak ade. Tapi masa tu gelojoh giler tau tak bila dapat buat roti, padahal rupa kelaut eh. Sekarang tak lagi, kita tak masuk kelas formal pon. Puas tanya dekat grup masak kita tanyalah acik gugel. Semua hujung jari je kan. Dek kerana anak-anak suka makan roti jadi jatuh cinta buat roti, pizza, donut, pau. Bangga dia tahap kembang idung tau bila hasil tangan licin je tiap kali buat. Komen membunuh tetap dapat jugak semua tu penting kalau tak nanti lupa diri.

 Kali ni cuba buat dengan resepi lain. resepi ni dah banyak kali kat dinding muka buku. Lembut, gebu bukan takat roti sosej je guna resepi ni siap jadi pau goreng dengan donut sekali. Kita pelbagaikan la ek. jangan marah na chef. Silap-silap esok uli lagi. Meh layan resepi mabeles. Kredit kat tuan punya resepi. Terima kasih ye saya abadikan dekat blog ni.



Sumber : Chef Irfan
Dicuba : Haniza Homemade

Resepi doh
***********
500gm bread flour
70gm gula kastor
1 tbsp yeast
1 tbsp susu tepung
1 biji kuning telur
1 tsp garam
50gm margerin
10gm pelembut roti
280 ke 300gm air sejuk

- gabungkan kesemua bahan dan mix hingga elastik dan licin

pau ini kacang merah
biarkan dia berenang di dalam minyak panas
panjang kali ni
bila naik kembang ni memang seronok giler.
teruja bila tengok menjadi.
korang terliur tak? apa lagi..gi uli..
nanti jangan lupa share link ni. (^.*)


SELAMAT MENCUBA

Roti sosej gendut @ sosej bite gendut

Assalamualaikum.
Selamat malam. Malam ni beroti sosej. Memang kegemaran anak-anak. Sementara anak-anak main dekat laman laju je la masuk dapur selongkar bahan-bahan. Siap timbang lebur semua masuk BM. Roti hanya guna resepi sweet bun. Cuma kat sini nak kongsi cara buat macam chef irfan tunjuk dalam fb. Memang terbaik ideanya. Tq ye semoga rezeki chef melimpah ruah. Doakan kejayaan saya jugak. (^.*)

Rounding doh. Yang ni buat untuk saiz kecil je. 
Ambil doh yang dah kembang. Rollingkan separuh.
Kemudian terbalikkan
Gulungkan ye.
Jadikan seperti bentuk ini. Gulung bahagian tepi je. Tengah jangan usik tau
Potong sosej kepada 3 bahagian. Ambil doh tadi gulung pada sosej tadi
Dah jadi sosej bite gendut. Sebelum bakar tu sapu atas doh dengan bancuhan susu tepung
Bakar ikut suhu oven sehingga keemasan.
Tak keciklah jugak. Bila dah bako setaman kegendutannya
Siap. Apa tunggu lagi kite baca doa makan. Ngap.
Alhamdulillah. Macam rupa siput pon ade. Acececeeeee. Muji sendiri pulak.

Selamat mencuba.
Share jika bermanfaat.

hanizarujhanfamily blog