DIY : Kuih Kasturi

Assalamualaikum.
Dari semalam nak makan kuih ni tapi disebabkan badan sakit macam nak demam. Lepas siap inti terus masuk fridge. Arini baru proses.
Pestaim ye buat ni. Alhamdulillah menjadik.

Gugel rujuk resepi bawah ni ye. Kredit kat tuan punye memang sedap. Cuma kalau tak suka manis sukatan gula jangan letak sampai 130gm.😍😘

Resepi asal: Dari Dapur Puan Azah
Dicuba : Haniza Homemade



RESEPI KUIH KASTURI

- 200 g kacang hijau, direndam 6 jam (guna PC Ewant untuk rebus kacang ijau 15 minit je siap masuk daun pandan-kacang tak rendam pon)
- air utk merebus
- 120-130 g gula pasir (ikut suka manisnya)
- 30 g kelapa parut (putih)*
- 3 camb tepung gandum

Da siap bulatkan dan leperkan sikit. 

Tepung gandum
Serbuk penaik
Tepung beras

Air 120ml

Dah jadik batter
Tak pekat tak cair tau. 

Bahan Batter
- 90 g tepung gandum
- 1 camb tepung beras
- 1 camt serbuk penaik
- 110-120 ml air
- sedikit garam
- minyak utk menggoreng

Cara-cara :-

1. Rebus kacang dengan air hingga empuk dan pecah-pecah. Pastikan airnya kering atau sejatkan dgn penapis utk membuang airnya itu.
2. Kembalikan ke dalam kuali/periuk, masukkan gula, kelapa parut dan tepung gandum.
3. Kacau atas api perlahan hingga kental dan sebati (ia akan lembik tetapi bila sejuk, bertambah keras).
4. Ambil sedikit, bentukkan leper dan bulat, setebal 1.5 cm.

Utk batter:
1. Satukan semua bahan menjadi adunan yg melekat pada belakang sudu.
2. Celup kuih di dlm batter dan goreng hingga keemasan.

*Jika menggunakan desiccated coconut, kurangkan sedikit. Pastikan air dari pes kacang kering sebelum memasukkan gula kerana air yg berlebihan akan membuat pes menjadi lembik.

SELAMAT MENCUBA

2 comments:

  1. Baru hr tu Pak Inche beli kuih ni. Ni kuih kesukaan dia, dia tnya akk pndi buat tak? Akk kata, tak pandai, nak mkn sila beli, hehehehe

    ReplyDelete

hanizarujhanfamily blog