DIY: Pau kukus

Assalamualaikum
Selamat petang semua. Lama tak update. Harini buat guna resepi salah seorang idola cikliza. Kak Isma Maisarah. Kalau pau die lalu mesti ramai tergoda. Resepi ni dah lama pemes tau. Sejak 2012 lagi.. Bermula zaman pengenalan dengan blogger terkenal. Kak isma pernah share dekat wall die. 
Nak try ke? Jangan lupa follow cikliza rapat-rapat. 

Pau 

Saya guna resepi yg dikongsikan di blog ni...t.kasih pd tuan punya blog atas perkongsian resepi yg  best ni.

http://kurniaanmu.blogspot.my/2012/02/pau.html

PAU(RED BEANS BUN) 
Source: JANE CHEW 


Bahan A 
300gm tepung hongkong (saya guna tepung pau)
150g Susu>> susu segar  (yg ni saya guna air + susu tepung)
50g Gula caster 
1 1/2 Tbs Shortening 
1 tsp yis (saya guna 1/2 sudu teh yis)
1/2 sudu teh bread improver (yg ni saya tambah)
Sedikit garam 

Bahan B
 1 tsp Double Acting Baking Powder + 1 tbs Air

Satukan semua bahan A dan uli sehingga licin tak melekat di tangan. Tutup dgn tuala lembap atau cling wrap dan penaikkan doh 2 kali ganda(lebih kurang 45min-1jam). Satukan pula bhn B dan uli doh kembali sehingga sebati dan licin. Rehatkan lagi selama 15 min sebelum dibentukkan bulat. Kemudian, bahagikan doh kepada 16 bhgn iaitu berat setiap 1 anggaran 35g. Isikan dgn inti merah tadi atau inti kesukaan dan tutup doh rapat2 utk mengelakkan inti terkeluar semasa mengukus nanti. Buat sampai habis dan susunkan di atas tray pengukus. Rehatkan kembali lebih kurang 30minit. Panaskan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus pau. Apabila air kukusan telah mendidih, kukuskan doh yg telah disusnkan didalam tray td dgn menggunakan api yg besar selama 10 minit dan renggangkan sedikit penutup pengukus dan biarkan lagi selama 5minit. Tutupkan api dan biarkan sebentar di dalam pengukus lebih kurang 3-5minit, hidangkan panas2.

Cara saya:

Masukkan semua bahan dn uli hingga lembut dan x lekat ditgn dan bekas..kemudian bahagikan doh.timbang doh..biarkan 10minit kemudian isi inti. Susun dlm loyang dan biarkan doh naik lebih kurang 45-50 minit...kukus 7-8 minit dgn api kuat..air betul2 mendidih.






SELAMAT MENCUBA

2 comments:

  1. Wah.. Putih licin gebu, inti pun nampak sedappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq2.. Tq sangat2 kak seri Kandi Tanah Jauhar.. 😊😊😊

      Delete

hanizarujhanfamily blog