DIY : buo loy @ pengat labu

Assalamualaikum. 
Selamat petang. Pernah dengar tak pencuci mulut "buo loy" ala tu kalau kat siam kat sini pengat labu. Eh ke bubur labu. 
Arini buat pengat labu. Memang terpanggil sebab lalu je kat i.g.. Mana bole tahan. Ade pulak lavu dalam fridge. Tepung pulut pon ngam-ngam je. 

Comel tak

Resepi 
Sumber : I.g
Dicuba: Haniza Homemade

Bahan:

2 cawan labu yang dikukus dan dilecek halus
4 cawan tepung pulut
Santan
Gula
Garam

Cara:

Kukus labu, lenyek halus
Tambahkan tepung uli sampai sebati
Cubit sedikit, bulatkan, leperkan sedikit. 
Lalukan lidi dibahagian tepi membentuk alur labu. 
Cucuk dengan lidi di tengah pulak untuk tangkai
Ambil sedikit doh kalerkan dengan hijau. 
Doh hijau tadi bentukkan dan letakkan untuk tangkai labu
Celur labu tadi sampai timbul
Dah timbul letak dalam air berais
Buat kuahnya pula ye..
 Satukan air, garam, gula  Daun pandan dan santan. 
Masukkan labu tadi dalam kuah. 
Didihkan sebentar
Siap
😍😍😍💓💓😍😍😍

Labu dah dikukus

Labu dah disatukan dengan tepung pulut dan dah uli rata

Bentukkan guna lidi je tau

Letak kaler hijau untuk tangkai

Celurkan sampai timbul

Sama je step buat bubur candil

Dah timbul angkat ye

Letak dalam bekas berais

Buat kuah die tau. Air, santan daun pandan dan gula putih

Jangan lupa masukkan labu tadi
Didihkan ye.. 
Ok siap
Selamat mencuba

DIY: Pau kukus

Assalamualaikum
Selamat petang semua. Lama tak update. Harini buat guna resepi salah seorang idola cikliza. Kak Isma Maisarah. Kalau pau die lalu mesti ramai tergoda. Resepi ni dah lama pemes tau. Sejak 2012 lagi.. Bermula zaman pengenalan dengan blogger terkenal. Kak isma pernah share dekat wall die. 
Nak try ke? Jangan lupa follow cikliza rapat-rapat. 

Pau 

Saya guna resepi yg dikongsikan di blog ni...t.kasih pd tuan punya blog atas perkongsian resepi yg  best ni.

http://kurniaanmu.blogspot.my/2012/02/pau.html

PAU(RED BEANS BUN) 
Source: JANE CHEW 


Bahan A 
300gm tepung hongkong (saya guna tepung pau)
150g Susu>> susu segar  (yg ni saya guna air + susu tepung)
50g Gula caster 
1 1/2 Tbs Shortening 
1 tsp yis (saya guna 1/2 sudu teh yis)
1/2 sudu teh bread improver (yg ni saya tambah)
Sedikit garam 

Bahan B
 1 tsp Double Acting Baking Powder + 1 tbs Air

Satukan semua bahan A dan uli sehingga licin tak melekat di tangan. Tutup dgn tuala lembap atau cling wrap dan penaikkan doh 2 kali ganda(lebih kurang 45min-1jam). Satukan pula bhn B dan uli doh kembali sehingga sebati dan licin. Rehatkan lagi selama 15 min sebelum dibentukkan bulat. Kemudian, bahagikan doh kepada 16 bhgn iaitu berat setiap 1 anggaran 35g. Isikan dgn inti merah tadi atau inti kesukaan dan tutup doh rapat2 utk mengelakkan inti terkeluar semasa mengukus nanti. Buat sampai habis dan susunkan di atas tray pengukus. Rehatkan kembali lebih kurang 30minit. Panaskan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus pau. Apabila air kukusan telah mendidih, kukuskan doh yg telah disusnkan didalam tray td dgn menggunakan api yg besar selama 10 minit dan renggangkan sedikit penutup pengukus dan biarkan lagi selama 5minit. Tutupkan api dan biarkan sebentar di dalam pengukus lebih kurang 3-5minit, hidangkan panas2.

Cara saya:

Masukkan semua bahan dn uli hingga lembut dan x lekat ditgn dan bekas..kemudian bahagikan doh.timbang doh..biarkan 10minit kemudian isi inti. Susun dlm loyang dan biarkan doh naik lebih kurang 45-50 minit...kukus 7-8 minit dgn api kuat..air betul2 mendidih.






SELAMAT MENCUBA

hanizarujhanfamily blog