DIY : Bubur Sumsum Lembut

Assalamualaikum
Arini buat bubur sumsum lembut. Betul memang betul-betul lembut. Sedap. Segar je rasa. Teringat time mak suruh buat bubur sumsum ni mase bulan puasa. Asal bulan puasa je mesti ada menu ni. Cuma mase tu main campak-campak je. Tapi yang ni ade sukatan. Kalau nak buat banyak letak lah 3x adunan. Siyes memang best dan akan guna selalu.

Sumber : dapurspatula
Dicuba : Haniza Homemade.


Bubur Sumsum Lembut

Bahan-bahan
50 gr tepung beras
500 ml santan (sy 2 bungkus santan instan + air total 500ml)
1/2 sdt garam
1/2 sdt vanili
2 lbr daun pandan


Langkah
Campur tepung beras dengan setengah bagian santan. Sisihkan.
Masak sampai mendidih sisa santan, garam, vanili dan daun pandan.
Tuang larutan tepung beras, aduk-aduk sampai mengental. Matikan api.


Sajikan bubur sumsum dengan saus gula merah (saya pakai saus santan dan pelengkap lainnya).

Air gula
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
Daun pandan

Satukan semua.. Masak atas dapur. Api kecil sahaja.
Sejukkan sebelum sedia untuk di makan

Selamat mencuba tau.

DIY : APAM BERAS @ APAM NASI

Assalamualaikum.

Selamat malam semua. Petang tadi teragak nak makan apam beras ni. Tengok bahan pon ade. Meh kite tengok resepi. Ambik kat fb je ni. Terima kasih kat penyumbang resepi. Resepi ni pernah viral di kalangan blogger tempatan. Lembut, gebu, sedap.




Sumber : fb Amy Mi Amor
Dicuba : Haniza Homemade
Apam nasi @ apam beras

1 cawan nasi
1 cawan gula (tak sampai 1 cawan pon tadi)
11/2 cawan air

Blend dulu semua ni

11/2 cawan tepung beras
1/2 cawan gandum
1 sudu teh yis (any brand)

Campurkan dengan yang dah siap blender.Saya kaub balik je.perap 2-3 jam
Sapu acuan dengan sedikit minyak
Kukus 10-15 minit

***tak kisahlah cawan apa yang korang guna.as long as korang guna cawan yang sama untuk sukat semua bahan

***alas penutup pengukus dengan kain supaya air tak menitik atas apam.Tak cantik jadinya nanti

****kukus sekejap kelapa tu supaya tahan lama.gaul dengan sedikit garam

Try tau.. Tak rugi punye.. Sodap nih...


hanizarujhanfamily blog