Semalam try roti coklat. Sepatutnya kalau letak raisin lagi naik rasa dia.. Apa pon tetap ummmph. . Kredit pada penyumbang resepi.. Kite dah try.. Sedap.. Makan panas2 dengan kopi kaw.
Korang trylah... Best tau.. Kite ambik kat fb kak Lina Thomas.. 😍😍😍💕💕Tq2.. Ujan2 ditambah pulak cuti sekolah bolehlah buat aktiviti ni dengan anak2.
Sumber: fb Kak Lina Thomas
Dicuba : Haniza Homemade
Chocolate Raisin Bun
Bahan-bahannya
Bahan A
200ml air suam
1 paket yis (11gm)
4 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
*Campur semua dan tunggu kembang dalam 10 minit.
Yis dan bahan lain baru dicampurkan
Selepas beberapa minit. . Ni lebih 10 minit tau.
Bahan B
3 cawan setengah tepung roti
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil bread improver (takde pun tkpe)
2 sudu besar butter/marjerin
1 sudu kecil garam
1 biji telur
*Masukkan semua dalam bread maker
Campur semua bahan B
Telur sebiji
Bahan A pon dah masukkan sekali
Uli dah hampir siap masukkan cip coklat.. Ni je ade.. Raisin takde dalam stok.
Bulatkan dan rehat sampai naik 2x ganda
Sempat gi sidai baju 😆😆 naik tengok dah kembang setaman.
Lepas tumbuk keluarkan angin.. Bahagikan.. Rounding cun2..
Ni tak timbng ye.. Main agak2 je
Separuh letak coklat coin kat dalam. Tutup kemas.. Bulatkan sikit dn masuk dalam loyang dah gris
Ade 3 loyang 8 biji.. 1 loyang lagi 5 biji
Dah sedia untuk di bakar. Oben panaskan dulu tau. Sebelum bakar cuma oleskan susu cair je kat atas... Kes sayang nak pecahkan telur 😅😅
Nampak tak.. Ikut resepi gun api bawah 10 minit dulu.. Lepas tu baru api atas bawah minit lagi. Disebabkan kaler die coklat kene tgk banyak kali, kangbtak pasal rentung.. 🤣 🤣
Dah angkat terus sapu marjerin
Ni baru je keluarkan dr loyang tapi tak sempat sejuk.. Mereka pakat serbu ramai2
Hasilnya.. Korang kalau nak tau macamana rasa... Silalah buat. . Berbaloi.. Tunggu lama.. Sekejap licin.. Eh macam tag line je... Gasak...
Cara membuatnya :
1. Selepas bahan A kembang, masukkkan ke dalam bahan B. Set fungsi Dough pada bread maker. Kemudian, biarkan bread maker melakukan kerja menguli.
2. Apabila bread maker berhenti menguli kali pertama, masukkan chocolate chips dan kismis (kalau taknak letak inti). Kemudian tunggu sampai habis.
3. Cukup masa, keluarkan adunan dari bread maker. Bulat-bulatkan. Kalau ada inti, masukkkan inti waktu ini. Susun atas baking tray yang sudah disapu butter. Tunggu 30 minit lagi sampai roti naik sekali ganda.
4. Bakar 170c api bawah selama 10 minit. Kemudian bakar suhu 150-160c api atas bawah selama 10 minit lagi. Selepas masak, keluarkan dan sapu butter atas permukaan roti. Siap!
Cubalah, gerenti puas hati. Sedap dan lembut sangat. 😘👍🏽
Tq atas resepinya. Kite letak dalam ni step by step senang nt untuk anak2 nak bjat rujukan. 😊😊