Assalamualaikum.
Sekejap je dah masuk hari khamis.
Konon petang-petang nak berkarya sensorang dalam dapo. Alih-alih kene serbu dengan anak-anak. Soalan utama yang diajukan kita punya ke orang punya.?
Bila mama jawap je kita punye, masing-masing laju je cuci tangan keringkan dan bersedia kat meja makan. Tau dah dorang memang akan mintak doh nak jugak menggentel.
Oklah bagi sorang beberapa ketul dan asingkan daripada mama punya. Jadi yang dorang buat sendiri dorang akan makan lepas mama gorengkan.
Belum citer lagikan mama buat kuih apa petang ni. Semalam adalah orang tu tunjuk-tunjuk kuih bom siap gambar, resepi video sekali okey.
Takpelah buatkan je..sedap kita buat lagi. Resepi ni ambik yang paling simple dan berderet komen.keh3 demand. Bukan apa kalau tak jadi sayang bahan kan.
Kita tengok resepi mudah tu ye.. terima kasih pada empunya resepi. Akak memang ohsem
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air ( tambah sikit je lagi tadi sebab peroi je adunannya)
Sedikit gula
Sedikit garam
Cara-cara:
Satukan semua bahan
Masuk air sikit-sikit
Uli sampai tak lekat tangan
Rehatkan kejap
Gentelkan dan isi inti
Golekkan atas bijan
Biar sebentar
Goreng dengan api perlahan
Siap
Hasilnya. Belum goreng
Hasil kerja anak-anak. Yang dah siap goreng tak sempat snap. Dorang ni laju betul makan. Panas-panas pon licin.
Apa lagi makanlah
Jemput-jemput
Mabeles sekali. Sedap tau..lembut je.
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment