DIY : PAU GEBU

Assalamualaikum.
Memandangkan inti kelapa banyak lebih lepas tu ada antara kawan-kawan tadi suggest buatlah pau. Kali ni cuba resepi lain. Best jugak gebu je. Korang cubalah. Sesuai untuk keluarga kecil kalu nak banyak bole double triple kan adunan ye. Tadi guna BM. Perkhidmatan mak jemah diperlukan. Ahakss.
Cun tak?

Sumber : Resepi Citarasa Nita
Dicuba : Haniza Homemade

Resepi Pau Gebu :
2½ cawan tepung pau
1 sk yis
½ sk baking powder
3 sb gula castor
1 sb shortening/majerin
1 sk softener (tak bubuh x pa)
1 sb susu tepung
secubit garam
¾ sehingga 1 cawan air suam

1. campur sebati semua bahan kecuali air.
2.masukkan air sikit demi sikit.
3.uli doh sampai tidak lekat pada tangan dan lembut.
4.rehatkan 5mnit.
5.timbang doh 50g dan letak inti
6.perap sehingga naik 2x ganda.(10-15mnit)
7.kukus 7 minit.

Hasil dapat 12pcs :)

Husna dengan Zahirah je makan sorang 4 ketul. Yang lain dapatler rase seketul 2 sorang.😍😍😎🤗😘🤩

SELAMAT MENCUBA


No comments:

Post a Comment

hanizarujhanfamily blog