DIY : Kuih Bakar Pandan

Assalamualaikum, selamat malam.

Masa kecik-kecik memang jatuh cinta dengan kuih bakar pandan. Mabeles nak pulak dapat yang bahagian garing. Dulu kan bako guna periuk, api sabut kelapa atas bawah. Harum giler baunya. Rugi betul tak menuntut dengan mak jah, cukup sedap manis lemak masinnya. Sekarang nak jumpa yang serupa macam tu memang tak dapat.

Jalan-jalan dalam grup fb jumpa satu resepi. Kite testlah..disebabkan acuan takde nak makan punye pasal sanggup bako dalam pressure cooker ewant. Guna mode CAKE 40minit. Alangkah bagusnya kalau dapat bako macam dulu tu.
Sedap jugak tau kuih ni walau hanya guna susu cair. Korang kene try resepi ni.

Resepi disertakan di bawah.
Wangi bau pandan tapi sayang kaler tak berapa menyerlah sebab tak letak kaler. Hehe

Gambar step by step tak dan nak amik bateri out pulak mase tu. Sedih betul.. tengok resepi pon boleh buat dahkan. Main campur-campur je. Tapis, bako..mudah kan..hahaa


Sumber : Misz MAHN
Dicuba : Haniza Homemade

KUIH BAKAR PANDAN
1tin susu cair
1tin air pandan (blend 7helai daun pandan/guna perase pandan pon boleh)
secubit garam
4biji telur gred A
1cwn gula kastor
2 cwn tepung gandum
bijan(hiasan)
pewarna hijau (xnk pon xpe)

-panaskan acuan atas dapo dgn sesudu minyak msk.(supaya adunan x melekat).
-blend/mix semua bahan sehingga sebati kecuali bijan..n tapis.
-masukkan adunan dlm acuan .bakar suhu 190° selama 50minit.

Selamat mencuba.

Kek Harijadi Zahirah

Assalamualaikum, salam menjemput rezeki,
Salam jutawan dermawan buat semua.

Pagi ni mendung je sesekali hujan turun menyimbah bumi. Sejuk sangat nak mandi pon rase malas, tapi kene mandi jugak. Kalau tak bau asyeeeemmm..hahaa.

Semalam buatkan sebiji kek besday untuk zahirah. Anak ketiga kami. Boleh dikatakan zahirah @ tiyah ni suka betul tengok rancangan buat kek, deko kek dan apa- apa saja yang berkaitan dengan kek. Dah banyak kali jugak suruh buatkan keke untuk die, saje tak layan..biar je dulu..kih3.

Memandangkan tarikh besday dia 29hb ni terpaksa di awalkan pembikinan kek. Sebab tarikh tu memang ada hal yang tak boleh dielakkan. Jadi kite buatkan kek simple je hanya untuk makan bersama keluarga. KEK CHEESE LELEH yang mana di dalamnya terselit filling kiwi. Jelas terpancar kegembiraan bila terpamer namanya atas kek. Dia sanggup tak tido lepas balik sekolah semata- mata nak tengok kek siap. Itu pon siap bagi idea letak katun atau coklat.. hahaaa..semangat betul.

"ALLAH selamatkan kamu"
"ALLAH selamatkan kamu"
"ALLAH selamatkan NUR AMIRA ZAHIRAH"
"ALLAH selamatkan kamu"

6tahun dah anak kami ni
Semoga Allah lindungi kamu dari anasir jahat. Jadilah anak solehah kebanggaan kami. Aamiin.



Dari sepotong ke sepotong habis, kek lembut di lapisi cheese dan filling kiwi. Dilimpahi cheese serta taburan cheese parut. Lagi laju dorang makan sampai ni je ditinggalkan.hehe.. alhamdulillah
Gambar husna je ada. Ni ketinggalan keretapi orang dah abis makan die baru celik mata. Gambar tiyah tak boleh nak ambik susah betul sebab die jenis tak tau diam :)


Nanti kita open oder untuk kek ni ye..tunggu..minggu depan terpakse bercuti sementara. Tapi insyaAllah kite update lagi walaupon dalam bercuti. (^.^) . Tolong doakan segala urusan kami sekeluarga dipermudahkan.. aamiin.
Tq juga kerana sudi membaca coretan entry kali ini.

DIY: Homemade Roti Canai

Assalamualaikum,
Salam menjemput rezeki.
Sebelum tu minta tolong sedekah Al-fatihah buat mak Fatimah binti Ithnin, semoga murah rezekinya dan dipanjangkan usianya boleh ajar anak bongsu die ni masak-masak yang sedap-sedap. Semalam belajar dengan mak buat roti canai turun temurun.
Dah lama nak cuba tapi ada je halangan. Kali ni nekad je masuk kelas.hahahass.
Makan sekeping ni menyandor tau, nak-nak ada kari ngan sambal tumis. Laju je..
Lainkali kalau kerajinan menebal kite buat lagi ye...
Kite tengok resepi je la.


Sumber : mak kite la
Dicuba : Haniza Homemade

1 kilo tepung
1 botol kecik air mineral
Sebiji telur
2sdb susu pekat
1 sdb shortening
Sedikit garam
1sdb marjerin

Masuk semua bahan dalam mangkuk.
Terpulang kalau nak sado uli tangan je la
Mixer sampai doh licin , lembut dan tak lekat di tangan.

Perap 2 jam

Keluarkan dan bulat-bulat anggaran dapat 15-19 biji doh kecil.
Sapukan doh tadi dengan marjetin. Perap semalaman.

Canai doh (torak ) guna dulang..takder la canai macam kat kedai..tarik senipis yang boleh jangan sampai koyak.
(Bila sendiri buat dah macam rupe roti kirai. Keh3. Padan muke dulu-dulu masa tangan lembut taknak belajo.)

Sapu minyak dan lipatkan.

Tengok mak demo.

Leperkan doh yang dicanai.
Boleh goreng untuk makan terus atau goreng separuh masak untuk disejukbekukan

Selamat mencuba

DIY : Homemade Puff Pastry

Assalamualaikum.
Salam hujung minggu. Buat apa tu dah semestinyalah berulit dengan famili ye tak. :)
Terpanggil-panggil untuk laksanakan pembuatan homemade puff pastry. Memandangkan  asyik lalu je..lagipon dah lama dalam simpanan resepi apa kata kita cabar kebolehan diri ini. Poyo ayat. Takpelah ilmu yang kita cuba kita abadikan dalam blog ni. Mane tau kot anak cucu rajin pulak nak buat lepas ni dah boleh rujuk dalam ni. Verangan..hahaa..tq la sape yang sudi singgah komen dan follow blog ni ye.

Marjerin yang dibekukan
Doh yang siap diuli. Mak jemah tolong uli.
Letak marjerin beku atas doh tadi
Lipatkan
Balut dengan plastik wrap dan simpan fridge 10 minit
Lepas beberapa kali proses canai. Betul ke tak ek?hihii


Sumber dan kredit untuk : Cikgu Rosli Hj. Awang
Dicuba : HanizaHomemade

uli,canai dan bakar.maka terhasil la puff tuna.buat secara manual tanpa mesin2 mcm kat kedai bakeri.

bahagian A
500gm tepung gandum
250gm air
50gm margerin

bahagian B
250gm pastry margerin(masuk dlm plastik 7 x 9 dan canai nipis.simpan dlm peti sejuk)

* setiap kali lipatan simpan dalam peti sejuk 10 minit

harap2 boleh membantu

Lepas isi inti sardin homemade

Dua bentuk berbeza. Isi tetap sama
Cukuplah sorang sebiji
Yang ni lebihan tabur gula je
Potong nak tengok tahap kelajuan anak-anak makan

Memandangkan semalam masak sardin lebih untuk lunch kite tambahkan kentang untuk buat inti dalam puff.
Ni buat separuh je. Lagi separuh simpan dalam freezer kot teragak nak buat inti lain kulit puff dah ada.
Puas rasanya dapat cuba resepi ni walau memerlukan cukup banyak kesabaran dalam proses mempersiapkan minum petang.
Salute kepada sesiapa je yang buat pastry homemade ni sebagai sumber pendapatan keluarga. Korang memang ohsem.
Salam menjemput rezeki.
Tq jumpa di lain entry (^.^)


Hubungi kami untuk menempah
013-7711702



DIY : Sardin Homemade

Assalamualaikum.
Selamat pagi. Memandangkan sekarang ni musim tak menentu lauk paling mudah dah tentu ikan kurung @ diluar ayam di dalam ikan tak pon lebih dikenali dengan ikan sardin. Hahaaa.
Dah lama terpanggil nak buat sendiri tapi konpiden tu takde. Almaklum ikan sardin sekilo pon melambung dah harga. Kalau tak jadi menangis oiiii..
So google punye google, tengok grup2 masak ade yang kongsi cara-cara buat sardin homemade. Bahan pon tak susah nak dapat.
Kite tengok resepi la ye pada yang nak buat.

Sumber : kak lailatul munira (fb) 
Dari kelab pengguna pressure cooker EWANT
Dicuba : haniza homemade


Bahan-bahan:
Sos tomato
Tomato puree
Air
Ikan sardin

Tu je bahannya? Haaah..ye la itu je..

Cara-cara:

-Bersihkan ikan sardin yang dah di buang kepala
(Kepala tu rebus bagi kucing)
- masukkan sos tomato dan tomato puree dalam periuk pressure cooker ewant ni. Panaskan sebentar dengan letak sebarang mode set timing 1 minit. 
- lepas menggelegak, tambahkan air sedikit
-masukkan ikan sehingga tenggelam di dalam sos tadi
-tutup periuk
-laraskan valve ke SEAL
-Tekan button tendon/bean setkan sehingga 60 minit
-dah masak laraskan valve ke exhausted
-Tunggu sehingga wap abis dikeluarkan
-siap
 :)
SELAMAT MENCUBA

Tekan pada butang tendon atau bean. Set masa 60 minit. Kalau tak empuk lagi tulangnya bole tambah masa sehingga 10 minit
Panas lagi baru keluar dari periuk
Ambil ikan sahaja. Gorengkan dahulu.
Kemudian tumis macam biasa. Letak hirisan bawang, bawang putih dan cili. Letak kembali sos yang dimasak bersama ikan sardin tadi. Perasakan sebelum dihidangkan. Siap. Sardin anda kini sudah boleh dimakan. Cubalah kalau ade pressure cooker lagi memudahkan kerja memasak anda. (^.^)

Dah jadikan puas ati, lepas ni tak perlu dah beli ikan kurung..kita buat sendiri je. Lebih jimat bagi yang anak ramai macam kami. :)

Tempahan Mousse Chocolate Brulee Cake SR

Assalamualaikum
Terima kasih kerana menempah dan mempercayai kami :)


Mousse Chocolate Brulee Cake Secebis Rasa
Di buka untuk tempahan
Harga bermula dari rm45 - tertakluk pada hiasan
Saiz 7"



Hubungi kami untuk menempah
013-7711702

DIY : Roti Siput Berkrim

Assalamualaikum.
Entry ni dah lama peram atas sebab line internet yang macam siput. Slow. Kadang masuk gambar pon tak lepas. Kali ni pon dah berapa kali cuba baru bole update.
Zaman kecik-kecik dulu memang suka betul makan roti siput. Macam terkene mandrem je, dalam seminggu mesti nak beli sebiji dua kadang-kaadang berbiji tau. Syiok layan, lagipoon nenek tak marah bukan makan jajan.
Dah ramai anak ni kene la buat pemakan lebih kalau beli berebut tak berbaloi jugak..apa kata buat sendiri. Bahan dah ada..alatan pon ada tak salah di cuba.
Resepi roti hanya guna basic resepi roti manis. Jadi pelbagaikanlah untuk kene dengan tekak.
Tapi nak share kat sini teknik dan resepi krim. Mabeles jugak resepi ni macam kat kedai. Ahaksss.
Teknik ada dekat pic ye. Bacalah satu-satu.

Resepi krim roti
Sumber asal : rakan alam maya
Dicuba : haniza homemade

125gm krimwell
125gm marjerin
200gm gula aising
100gm susu pekat
Sedikit esen vanilla

Campurkan semua sebati, lembut.
Paipkan dalam roti.
Boleh tabur kekacang atau coklat rice jika suka
Acuan roti siput yang dibuat sendiri.
Ambil kadboard buat potongan yang dikehendaki. Gulung seperti kon. Staplerkan dan kemaskan dibahagian tepi.
Balut dengan aluminium foil.
Siap untuk digunakan
Pic selepas bakar..sebelum lupe nak snap.
Ambil doh 45gm gulung memanjang dan lalukan rolling pin di atasnya.
Lilitkan pada acuan kon tadi kemas-kemas.
Naikkan doh ,sapu dengan eggwash dan bakar ikut suhu oben.
Bakar sehingga keemasan.
Angkat dan sapu dengan butter @ marjerin yang dicampurkan dengan sedikit madu lebah.
Kita dah paipkan dengan krim
Pandangan sisi
Separuh buat roti pizza
Guna doh 45gm leperkan tekap dengan muncung gelas. Bahagian tepi di bahagi dua dan dipintalkan.
Kemudian letak di atas bulatan tadi.
Sapukan sos dan taburkan sosej yang ditumis, parutan cheese serta taburan daun rosemary 
Yesss..apa lagi hidangan minum petanglah.
Alhamdulillah..kenyang



Hubungi kami untuk menempah
013-7711702



hanizarujhanfamily blog