DIY : KEK MARBLE LUKIS

Assalamualaikum
Pernah dengar kek butter marble? Selalu je kan lalu lalang kat fb tu.. Tapi wak kali ni kite guna marjerin.. Marjerin pelangi.. Wangi.. Harum.. Lembut.. Moist.. Ape lagi ek.. Sesedap rasa.. Tak manis sangat.. Macam kek orang dulu-dulu jugaklah.. Cuma ade penggunaan ovallete.
Dah 2 kali buat dan akan buat lagi... Sebab tertarik sangat dengan kek ni bile tengok akak tu buat siap lukis gambar atas kek.. 😍😍Sumber inspirasi gitu.

Jom tengok resepi.. Kredit kat tuan resepi kite abadikan dalam ni.kopipes. . Tq tau kak..

KEK MARBLE


Sumber : fb kak Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
Dicuba : Haniza Homemade

Kek pertama

Alamak terbelah pulak🀣🀣

Besday 2 amira bulan jan.. 29&30hb


(Sukatan menggunakan cawan dan sudu metrik)

Bahan-bahan:
⅔ cawan (160g) marjerin/butter- cairkan
¾ cawan (150g) gula castor
1 sudu besar ovalette
5 biji telur gred A
¼ cawan (60 ml) susu cair/segar
1 sudu teh esen vanilla
1 ½ cawan (220 g) tepung superfine/gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar serbuk koko

Cara membuatnya:
Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk pengadun.

Masukkan gula castor, ovalette, telur, susu cair/segar dan vanilla.

Pukul dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Kemudian naikkan kelajuan mixer dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi pekat dan putih.

Perlahankan semula kelajuan mixer dan masukkan marjerin/mentega yang telah dicairkan. Adun hingga sebati tapi jangan terlebih adun.

Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu adunan dibiarkan kosong dan satu adunan lagi digaul bersama serbuk koko hingga sebati.

Masukkan kedua-dua adunan secara rawak ke dalam loyang bersaiz 8 x 8 inci yang bergris dan dialas dengan kertas minyak.

Gunakan lidi atau chopstick untuk melorek adunan supaya mendapat corak marble.

Hentakkan loyang perlahan-lahan 2-3 kali dan bakar pada suhu 170 darjah selama 50 - 75 minit bergantung kepada oven masing-masing.

Bila kek telah masak, terlangkupkan loyang berisi kek di atas permukaan yang dialas dengan tuala dapur yang bersih dan biar hingga suam. Kemudian baru keluarkan kek dari loyang. (Atau terus sahaja keluarkan kek dari loyang ke atas redai sebaik sahaja keluarkan kek dari oven). Ini adalah supaya permukaan kek tidak berkedut dan kek tidak mengecut bila sejuk.
Kek kedua.. Saiz 8" bulat

Dah siap bakar.. Selamat tak merekah.. Terbelah

Dah potong

Sayang

Gigih tarah tepi2πŸ˜…πŸ˜…

Belangkan dengan coklat je😍😍😍😍

SELAMAT MENCUBA!

Nota:
*Melalui pengalaman membuat kek ini, penggunaan mentega menghasilkan kek yang lebih gebu tetapi agak kering berbanding menggunakan marjerin (biasanya saya guna marjerin Seri Pelangi).

*Adunan kek ini juga boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan beberapa warna berlainan jika ingin hasilkan kek marble yang berwarna warni.

*Jika inginkan permukaan kek yang kurang garing/gelap, letakkan sekeping kertas timah di atas permukaan loyang setelah 25 - 30 minit kek dibakar dan sambung bakar hingga kek masak.

1 comment:

hanizarujhanfamily blog