Salam kekayaan, kejayaan dan kebahagiaan semua.
Semalam una merengek nak pau sebab dia tengok inti kacang merah ada dalam peti sejuk.
Punyalah tak larat jadi bertangguh semua keŕja. Malam tadi pon awal-awal da mengantuk masa tidokan hafiz hafizah. Memandangkan makan mee goreng je awal pagi dah sedor dan cuba buat pau resepi lain. Risau tak sempat di tambah kekalutan menyiapkan anak-anak siap jugak paunya. Cuma keadaan batch pertama memang out. Kerepot, versi warga emas, kedut-kedut. Dalam resepi tok guru dah kabo 8 minit je kukus. Rupanya terlebih waktu. Gtu pon setel jugak. Tak sempat nak snap. Korang kalau buat jangan gatal gi buat kerja lain karang terlupa kedutler pau tu.
Belum kukus lagi
Batch kedua. Yang pertama tadi dah abis.
Ni bekpes untuk papa. Kopi pekat dengan pau ploles.
Resepi pau. Kredit untuk tuan punya resepi. Berbaloi mencuba. Boleh uli lagi. Tadi cuba ikut resepi, jadi cuma dapat 16 biji. 100% guna tepung gandum cap bakers choice.
PAU
Resepi:
250g tepung gandum
3g@ 3/4sudu teh yis kering
2g@ 1/2 sudu teh baking powder
50g @4sudu mkn gula kastor
20g@ 1 sudu mkn lemak
sayuran@shortening,tp sy( ganti minyak)
1 sudu mkn susu tepung (ni sy tambah dr resepi asal)
1 sudu kecik garam (ni pun tambah dr resepi asal)
2g @ 1sudu teh -bread softener
1/2 cawan air suam (sy guna air sejuk peti, tp kena tambah air sikit2 msa uli tu sbb klu ikut resepi tu, bm xleh nak putar)
Lps bm dh siap uli, terus bahagikan n rounding, letak inti... Rehatkan dlm pengukus 45minit.
Panaskan kukusan, dah betul-betul panas bru kita letak kukus yg ada pau td,
Kukus 8 minit
Dah ckup 8 minit, angkat pengukus tu skali ngn tudung dia tu, tunggu skejap, baru bukak tudung cepat-cepat supaya air tak menitik.
Selamat mencuba.
Tempahan rakan sekelas anak-anak
Choco bubble rice
No comments:
Post a Comment