Lama dah peram resepi ni.. Punya lama cam siput bergerak nak mulakan langkah.. Padahal takde la amik masa lama cuma bahan ade sikit pricy. Itu yang menyebabkan percintaan tertangguh nak buat sambil ambil gambar step by step.
Basque Burnt Cheesecake
Sumber : Rita Zara
Dicuba : Haniza Homemade
Bahan2 :
250g cream cheese
125ml whipping cream DAIRY cth anchor, emborg, arla
(TAK BOLEH PAKAI NON DAIRY WHIPPING CREAM/FRESH CREAM sbb perlukan fat yg cukup)
85g gula
1 sudu besar esen vanila
2 butir telur B (Nak A pun boleh, asal bukan C, D, E, F, G, H eh korang nyanyi lah sendiri dgn anak2π)
9g tepung gandum diayak
Step by step di gambar.
Bahan-bahannya ye..
Satukan cream cheese dan gula
Telur
Tepung
Krim
Kite kembangkan cream cheese dan gula.. Mixerkan sampai gula sebati. Dalam 2 minit gitu
Masuk telur sebiji.. Sebiji.. Tapi ni masuk sekali arung sebab dah ade yang mula mengacau
Mixerkan sebati ye
Masuk tepung.. Yang ni kacau dengan whisk.. Sebati je tau
Masukkan krim dan kacau guna whisk
Yeyyyy.. Dah siap
Tuangkan dalam loyang 6".. Sapu gris dan letakkan baking paper. Lebihkan tau baking paper tuq
Dah siap bakar.. Suhu 200°c
Orang kata lagi tentung lagi sedap
Dah potong.. Bole ngap
Mabeles okeh..
Loyang size 6, tapi saya xde, sy pakai 7. Pakai lah 6, cantik, tinggi.
Bakar suhu 200 degree, api atas bawah. 1Jam. Dah tinggal 10min terakhir tu, korang naikkan lah suhu jd 210 camtu. Jadi lg hitam lagi sodappp.
TAK PERLU WATER BATH. lagi hitam, lagi geseng orang jawa cakap lagi sedap.
Jangan lupa like, follow dan share fb ===> Haniza Rujhan
Selamat mencuba.. Kalau yang berdekatan nak oder bole wasap dengan ciklizaπππππ
nyummm terasa di lidah kami sekarang ni, hehe
ReplyDelete