DIY : Cili Jeruk

Assalamualaikum.
Selamat malam. Sempena CNY sekolah sini dah cuti arini sampai hari isnin. Jadi budak-budak ni riuh rendah la kat umah.
Petang tadi dapatlah dorang buat aktiviti dekat kebun, bersih-bersih sampah. Kemas kebun, cabut rumput. Maklum nak raya..hahaa.
Nenek kata banyak cili hijau dah boleh petik. Pokok tu kire sebaya gaklah dengan hafiz. Sejak nenek datang mulalah dibelai, dibaja, tambah tanah itam siap siram. Kalau petang-petang penat nak turun cucu lah yang kene siram. Terapilah tu nak noreh tak dapat.
Masa mama mandikan baby nenek pon dah kutip, cuci dan potong cili tu. Dapatlah sebekas tapewer. Bau menusuk ke idung.
Biasalah nenek kan suka suprise, kalau mam masuk dapo mesti ade je lauk best tersedia. Tapi yang ni tunggu mama abis pantanglah baru boleh rasa. Hehee.. meh rr layan resepi simple arini.


 Bahan2:

Cili 
Cuka
Garam
Gula


Cara2:
-Cuci cili bersih2
- buang tangkai
-hiris bulat2 atau serong
-masuk dalam bekas
-letak cuka sehingga menutup cili tadi
-letak garam dan gula
-simpan sehingga nak dimakan
-sedap kalau makan bersama mee goreng dsb nya.

SELAMATMENCUBA



No comments:

Post a Comment

hanizarujhanfamily blog