Hari ni nak share resepi mushroom soup. Resepi campak-campak je selepas refer beberapa resepi dalam gugel dalam fb.
Ni pon guna bahan yang kebetulan ada dalam dapo. Bau tumisan tu harum sangat. Bila dah masuk semua bahan lagi rr mesti dah sedia sudu. Ada yang nangis tau dekat tepi dapo semata nak rase mushroom soup ni. Heheee...
Nampak tak ketidaksabarannya di situ.
Jom bismillah
Apalagi dah siap set ni. Kite santaplah di taman astakona.😋😍😂
BAHAN-BAHAN
😉shitake mushroom
😉bawang besar dihiris
😉bawang putih diketuk
😉sedikit isi ayam
😉kiub pati ayam
😉susu tepung
😉sedikit tepung gandum
😉air secukupnya
😉lada hitam ditumbuk halus
😉secubit garam
CARA-CARA
😊tumis bawang-bawang sampai naik bau
😊masukkan isi ayam
😊masukkan cendawan shitake
😊masukkan tepung gandum. Sebatikan
😊masukkan air
😊masukkan kiub ayam dan garam. Jangan lupa lada hitam yang ditumbuk halus.
😊masak sampai semua siap dan masukkan dalam blender.
😊kisar jangan sampai lumat.
😊panaskan dan pekatkan sedikit.
😊siap untuk dihidangkan bersama garlic bread.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment