Muffin chip coklat

Assalamualaikum. 
Salam tengahari. Dah lunch ke?
Memandangkan line dah ok bolelah update entry.
Baru ni buat muffin choc chip.
Muffin ni cukup best sebab moist je, gebu nak pulak lepas disimpan semalaman. Nanti kita buka untuk tempahan. Tunggu. (^.^)





DIY : Muffin Pisang

Assalamualaikum.
Selamat malam. Korang dah dinner ke...kami kejap lagi baru nak dinner. Tunggu anak-anak siap ngaji dulu. Petang tadi mikir apalah menu nak bagi anak-anak makan. Bila dalam pantang ni masak pon hanya menu yang ringkas dan tak memerlukan kudrat yang banyak. Nampak pisang yang dah terlalu menguning jadinya kita buat muffin je la. Godek-godek pakcik gugel jumpa resepi paling simple. Main campak-campak dan yang penting hasilnya lembut. Abang haris jadi asst petang tadi. Bagi arahan je, die sediakan bahan jadi mama tak gerak banyaklah. Mama jugaknyang bancuh. Kite layan teruslah bahan-bahannya.

Sumber asal :  Kak June Ahmad
Dicuba : HanizaHomemade



Bahan A:
2 cwn tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Ni bahan B..

Bahan B:
1 cwn pisang (dilecek)
2 bj telur (pukul sedikit dgn garfu)
1 cwn gula perang (gula putih pun blh je)
1 cwn minyak masak
Sedikit garam

Utk hiasan:
Badam n coklat chip

Cara:
Ayak bahan A... masuk dlm mangkuk...
Pastu masuk bahan B... kacau rata...
Masuk dlm paper cup... tabur badam
Bakar 25 - 30 minit... suhu 160c...

** kalau nak buat pisang je... xyah boh serbuk koko ye...

Korang trylah..memang kredit kat kak June Ahmad ni..sedap resepi die..lembut je..gerenti jadik punye..lagipon kacau2 masuk cup bako.

SELAMAT MENCUBA


DIY : Cili Jeruk

Assalamualaikum.
Selamat malam. Sempena CNY sekolah sini dah cuti arini sampai hari isnin. Jadi budak-budak ni riuh rendah la kat umah.
Petang tadi dapatlah dorang buat aktiviti dekat kebun, bersih-bersih sampah. Kemas kebun, cabut rumput. Maklum nak raya..hahaa.
Nenek kata banyak cili hijau dah boleh petik. Pokok tu kire sebaya gaklah dengan hafiz. Sejak nenek datang mulalah dibelai, dibaja, tambah tanah itam siap siram. Kalau petang-petang penat nak turun cucu lah yang kene siram. Terapilah tu nak noreh tak dapat.
Masa mama mandikan baby nenek pon dah kutip, cuci dan potong cili tu. Dapatlah sebekas tapewer. Bau menusuk ke idung.
Biasalah nenek kan suka suprise, kalau mam masuk dapo mesti ade je lauk best tersedia. Tapi yang ni tunggu mama abis pantanglah baru boleh rasa. Hehee.. meh rr layan resepi simple arini.


 Bahan2:

Cili 
Cuka
Garam
Gula


Cara2:
-Cuci cili bersih2
- buang tangkai
-hiris bulat2 atau serong
-masuk dalam bekas
-letak cuka sehingga menutup cili tadi
-letak garam dan gula
-simpan sehingga nak dimakan
-sedap kalau makan bersama mee goreng dsb nya.

SELAMATMENCUBA



DIY Kuih Nagasari

Assalamualaikum
Selamat petang...dah ngeteh ke..selalu petang-petang macam ni mesti ade makan petang..kuih ke, kek, goreng-goreng. ye tak.

Petang ni menu best nenek buat. Kuih nagasari. Korang pernah dengo tak? Alah orang melayu panggil lepat pisang. Kebetulan minggu lepas tokma dengan maklong datang bawak pisang. Tapi muda lagi. Harini baru banyak yang masak ranum.
Kali ni tak sempat snap pic step by step sebab sibuk melayan budak dua ni nyusu. Kita layan resepi je la ye.

Sedapnya kalau lawan ngan teh o panas

Bahan2:


Pisang- kalau bole pisang berangan
Tepung beras
Santan
Gula
Garam
Air
Daun pisang secukupnya -dilayukan dulu

Cara2:

Pisang di belah-belah. Masukkan tepung bancuh dengan air, garam, gula, santan.
Masak atas api perlahan. Kacau sehingga kental sedikit dan berminyak.
Angkat. Sudukan atas daun pisang dan lipat.
Buat sehingga habis.
Panaskan kukusan. Kukus semua sehingga masak.
Angkat dan hidangkan.
Sedia untuk dimakan.


SELAMAT MENCUBA



DIY kurma ayam, acar timun, sup ikan haruan

Assalamualaikum,.
Arini berpantang hari ke 11. Masih ambik bau je bile mak masak sedap-sedap untuk ahli keluarga yang lain.
Takpe kesempatan ni dapatlah mama update 2 blog sekali. Tetiba je mencurah idea nak letak dalam entry kali ni.


Kurma ayam..( gambar belum siap sepenuhnya ye)
haaaaa yang ni dah tentu-tentulah untuk orang sihat.

Bahan2:

Ayam secukupnya
Rempah 4 beradik
Bawang besor, bawang merah hiris
Bawang putih hiris
Halia
Rempah kurma
Rempah kari
Susu cair
Garam 
Gula
Perasa
Bawang dipotong diamond
Cili untuk hiasan

Cara2:

Tumiskan 4 beradik, bawang hiris, bawang putih hiris, halia sampai naik bau.
Masukkan rempah kari beserta rempah kurma. Tumis sehingga naik minyak. Masuk ayam bagi sebati rempah ratusnya. Masuk air..renehkan sehingga empuk. Masuk susu cair dan perasakan garam gula..
Tabur bawang besar di potong diamond dan cili.
Pekatkan sedikit kuahnya dan sedia untuk dihidang. :)


Acar timun
Timun hiris
Tomato racik
Bawang hiris
Cili hiris
Garam
Gula
Sedikit cuka
Campurkan semua sekali. Siap


Yang ni baru lauk orang dalam pantang. Korang kenal tak ikan ape ni? Ni ikan haruan.
Nak buat sup je.

Bahan2:

Ikan haruan
Bawang besar, bawang merah dihiris
Halia sikit
Bawang putih hiris.

Cara2:

Tumiskan bawang2 dan halia sampai garing sedikit. Masuk air biarkan sehingga menggelegak.
Masukkan ikan haruàn
Letakkan garam.
Siap..
Lauk pantang kene sempoi je tak boleh la nak letak rempah sangat sebab bb masih ade kuning lagi.

Korang nak try..cubalah resepi yang di kongsi ni. Yang mabeles tetaplah air tangan mak..syiok oooo..

SELAMAT MENCUBA


DIY bubur putih bubur merah

Diy bubur putih bubur merah
Semalam 7 feb..ulangtahun mama. Kali ni spesel sikit la takde kek, takde pizza, takde pulut kuning, takde KFC. Maklumlah dalam pantang. memandangkan nenek ade kat sini, mama mintak nenek buatkan bubur putih bubur merah kebetulan baby pon dah tanggal pusat subuh 6 feb tu.
Korang pernah dengor tak? Menu ni kebiasaannya pemes di kalangan masyarakat jawa. Ni pon salah satu peberet mama.
Kitorang panggil banchaan, selalunya buat kalau ade keraian, kesyukuran, besday, yassinan atau apa-apa saja yang menggembirakan.

Meh kite layan resepi. Ringkas je sebenonya.
Yang ni just guna beras biasa bukan pulut. Orang pantang mane bole makan pulut lagi..hahaaa


Sepiring makan panas-panas


Untuk sekeluarga


Cara untuk hidangkan. 

Bahan2:

Beras secukupnya
Air
Gula merah
Gula melaka
daun pandan
Santan


Cuci beras, masuk air dan daun pandan. Masak seperti nak masak bubur nasi.


Masak bubur sehingga kembang kemudian masukkan garam dan santan. Rasakan masin lemaknya.
Asingkan suku untuk bahagian putih.
Bakinya masukkan air gula tadi
Tunggu sebati dan sejukkan dalam mangkuk atau piring untuk dihidangkan.
Letakkan di tengah2nya bagian bubur bewarna putih

Satukan gula merah dan gula melaka di dalam periuk kecil.
Letak air dan panaskan periuk sehingga gula melarut.
Tapiskan air gula ke dalam bubur tadi.

SELAMAT MENCUBA

hanizarujhanfamily blog