DIY : Mini Burger

Assalamualaikum.
Selamat sejahtera semua.
Semalam kejadian uli roti paling tragis.
Mana taknya punyalah semangat. Lepas uli, masuk dalam fridge hajatnya nak buat doh sejuk. Gi buat kerja lain sementara menunggu tu la. Masa keluarkan dari fridge tu tekan jugak, memang tak perasan lagi. Masuk semula dalam bm dan tinggal. KONPIDEN ok. Rupanya sambil buat kerja baru perasan haaa kau tak letak YIS. apeda elemen paling penting tu lupe taruk. 
Sukat yis dan masukkan semula dalam bm dan biar die buat keja.
Adoiyaiii..ini hanya guna resepi bun manis ye.
Takpelah sambil tu kite buat patty. Hajat memang nak buat mini burger. Berani berani takut je masuk dada ayam dalam blender. Maklum umah takde food processor. Bantai je blender.. Tawakal. Berharap sangat menjadi. Horeyyyyy..misi berjaya bila blender berjaya berputar dengan lancar

Naik jugak akhirnya

Goreng dengan minyak sedikit

Bahan patty:

Dada ayam yang dikisar
Bawang cincang
Telur
Serbuk roti (xletak)
Lada hitam atau lada sulah
Garam dan perasa
Herba kering

Cara buat:

Gaul semua sekali
Sudukan di atas pan panas
Masak sehingga warna sekata
Belah roti
Letakkan patty

Paipkan sos dan mayonis sedia untuk dihidang

Jadilah mini burger

Percubaan pertama membuahkan hasil. Ada jugak yang merajuk sebab dapat makan sebiji je. Adunan patty tadi dapat 9 keping je. Terima kasih pada idea kak lìs dan kak amida.

SELAMAT MENCUBA

DIY : Donut Pandan

Assalamualaikum
Salam kekayaan dan kejayaan buat semua.
Suka betul dengan donut sebab anak-anak memang makanan favourite dorang. Kali ni guna resepi Chef Irfan. Syiok oo sebab die suke sharing video tutorial roti dan donut.
Bawah ni cara saya buat donut. Takde la otai ke ape. Cuma suka ambik gambar letak dalam blog. Kredit kat tuan punya resepi sebab dapat buat orang teruja nak buat donut. Terpanggil-panggil nak buat.
So buatlah dan hafiz pon berjaya makan berketul. Sukanya. Ok kite tengok resepi.


Sumber : Chef Irfan
Dicuba : Haniza Homemade

Bahan-bahan:

500gm tepung roti
70gm gula kastor
1 tbs yis
1 tsp garam
1 biji kuning telur
50gm marjerin
10gm pelembut roti
1/2 tbs perisa pandan
Sedikit pewarna hijau
100gm santan
180gm air sejuk atau jus pandan


Cara-cara:

Masuk bahan cecair dulu dalam Bread Maker (BM)
Masukkan bahan kering
Tekan nombor 8 untuk dough (BM TESCO)
Tunggu sampai siap
Soft je kaler, wangi bau paduan santan dan pandan

Timbang doh 40gm
Rajin timbang, tak rajin cetak je guna acuan

Roundingkan doh tadi
Bulat..bulat..bulat..bulat

Ĺetak atas tray yang ditabur dengan tepung


Tunggu naik sebentar, leperkan dan tebuk.

Letak sikit tepung dekat jari dan tekan sikit

Tebuk guna nozel je..kalau xde pakai tutup botol

Tunggu ringan sementara tu panaskan minyak
Goreng dengan api perlahan tapi panas (harap pahamlah ye)
Orang kata kalau donat ade ring tu gebu.

Jangan masuk banyak donut dalam kuali
Tak perlu balik-balikkan hanya goreng sampai masak sekata kedua belah
Angkat dan biarkan sejuk baru di golekkan atas gula

Siap

SELAMAT MENCUBA



DIY : Kuih Bom

Assalamualaikum.
Sekejap je dah masuk hari khamis.
Konon petang-petang nak berkarya sensorang dalam dapo. Alih-alih kene serbu dengan anak-anak. Soalan utama yang diajukan kita punya ke orang punya.?
Bila mama jawap je kita punye, masing-masing laju je cuci tangan keringkan dan bersedia kat meja makan. Tau dah dorang memang akan mintak doh nak jugak menggentel. 
Oklah bagi sorang beberapa ketul dan asingkan daripada mama punya. Jadi yang dorang buat sendiri dorang akan makan lepas mama gorengkan.
Belum citer lagikan mama buat kuih apa petang ni. Semalam adalah orang tu tunjuk-tunjuk kuih bom siap gambar, resepi video sekali okey.
Takpelah buatkan je..sedap kita buat lagi. Resepi ni ambik yang paling simple dan berderet komen.keh3 demand. Bukan apa kalau tak jadi sayang bahan kan. 



Kita tengok resepi mudah tu ye.. terima kasih pada empunya resepi. Akak memang ohsem


Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air ( tambah sikit je lagi tadi sebab peroi je adunannya)
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara-cara:

Satukan semua bahan
Masuk air sikit-sikit 
Uli sampai tak lekat tangan
Rehatkan kejap
Gentelkan dan isi inti
Golekkan atas bijan
Biar sebentar
Goreng dengan api perlahan
Siap

Hasilnya. Belum goreng
Hasil kerja anak-anak. Yang dah siap goreng tak sempat snap. Dorang ni laju betul makan. Panas-panas pon licin.
Apa lagi makanlah
Jemput-jemput

Mabeles sekali. Sedap tau..lembut je. 
SELAMAT MENCUBA

DIY : Pau

Assalamualaikum
Salam kekayaan, kejayaan dan kebahagiaan semua.
Semalam una merengek nak pau sebab dia tengok inti kacang merah ada dalam peti sejuk.
Punyalah tak larat jadi bertangguh semua keŕja. Malam tadi pon awal-awal da mengantuk masa tidokan hafiz hafizah. Memandangkan makan mee goreng je awal pagi dah sedor dan cuba buat pau resepi lain. Risau tak sempat di tambah kekalutan menyiapkan anak-anak siap jugak paunya. Cuma keadaan batch pertama memang out. Kerepot, versi warga emas, kedut-kedut. Dalam resepi tok guru dah kabo 8 minit je kukus. Rupanya terlebih waktu. Gtu pon setel jugak. Tak sempat nak snap. Korang kalau buat jangan gatal gi buat kerja lain karang terlupa kedutler pau tu.
Belum kukus lagi
Batch kedua. Yang pertama tadi dah abis.
Ni bekpes untuk papa. Kopi pekat dengan pau ploles.

Resepi pau. Kredit untuk tuan punya resepi. Berbaloi mencuba. Boleh uli lagi. Tadi cuba ikut resepi, jadi cuma dapat 16 biji. 100% guna tepung gandum cap bakers choice. 

PAU
Resepi:
250g tepung gandum
3g@ 3/4sudu teh yis kering
2g@ 1/2 sudu teh baking powder
50g @4sudu mkn gula kastor
20g@ 1 sudu mkn lemak
sayuran@shortening,tp sy( ganti minyak)
1 sudu mkn susu tepung (ni sy tambah dr resepi asal)
1 sudu kecik garam (ni pun tambah dr resepi asal)
2g @ 1sudu teh -bread softener
1/2 cawan air suam (sy guna air sejuk peti, tp kena tambah air sikit2 msa uli tu sbb klu ikut resepi tu, bm xleh nak putar)

Lps bm dh siap uli,  terus bahagikan n rounding, letak inti... Rehatkan dlm pengukus 45minit.
Panaskan kukusan, dah betul-betul panas bru kita letak kukus yg ada pau td,
Kukus 8 minit
Dah ckup 8 minit,  angkat pengukus tu skali ngn tudung dia tu, tunggu skejap, baru bukak tudung cepat-cepat supaya air tak menitik.

Selamat mencuba.


Tempahan rakan sekelas anak-anak
Choco bubble rice

hanizarujhanfamily blog