DIY : NASI LEMAK PARU DAUN PISANG

Assalamualaikum.
Hari ni nak update resepi sambal paru buat nasi lemak semalam. Nampak simple kan padahal banyak rujuk kat satu status akak Kamariatie macamana nak buat sambal paru. Meh layan resepi asal daripada akak ni ye.

Sumber : Kak Kamariatie Kamarudin
Dicuba : Haniza Homemade


Bahan dan cara-cara:

1/2kg paru lembu ( dipotong kecil, dicuci dan direbus hingga empuk dengan sedikit garam serta bbp keping asam keping untuk hilang hanyir . Selepas empuk potong nipis2.pisau harus tajam. Kemudian lumur dengan garam n kunyit.klu kunyit hidup lg wangi.perap dlm 10 minit then goreng dlm minyak yg panas. )

Utk sambal paru :
Cili kering (beli yg keringting n kedut2 sbb cili x pedas n x sakit perut). Rendam dlm 20 tangkai. then blend smpi halus.
Bawang merah 2 labu besar (hiris nipis2)
Bawang putih 2 ulas (ketuk n cincang halus2)
-tumis bawang merah sampi naik bau dan bertukar warna . Baru masukkn bawang putih.tumis sekejap then masukkan cili blend. Jgm masukkm semua dl.sy suka agak2. Agak2 colur dh cantik, kira ok sbb sambal sy x guna banyak cili.cuma banyak bawang. Tumis smpi garing n smpi pecah minyak. Nak tahu pecah minyak, ms tumis api jg besar, then tgk klu minyak timbul kt atas sambal means dh pecah minyak. Masukkn garam n gula. Kena manis sket tp jgn manis sgt. Pastu dh rs sambal best, masukkn paru goreng td.. then siap. Paru pulak klu nk tahu garing ke x, ms goreng jgn ltk over banyak n bl minyak dh x berbuih or buih dh kurang maknanya paru dh garing..
Gigih pi amik daun pisang. Yang ni untuk Hafiz tak letak sambal sekali. Nak buat video takde pembantu. Cara bungkus rujuk sini.https://www.facebook.com/376032809583301/videos/376875482832367/




Tak cukup yang bungkus cedok dalam piuk.

Dah siap. Jom makan. Siap Kopi O Peng. Rebut-rebut lagi best tau. Feeling die macam makan tepi sawah. 😊😊😉.
Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment

hanizarujhanfamily blog