Kelakar betul arini. Berkobar semangat bangun pagi nak buat kuih koci. Siap dah buat inti. Sekali cek tepung pulut takde. Yang di belek tu rupenya tepung ubi. Sabau je la. Last dari kuih koci jadik tepung bungkus. Bolelah dari takde mende nak makan cuti-cuti ni kan.
Meh kita layan resepi. Terima kasih kak atas resepi sedap nih πππ€π€©ππ
Sumber : Kak Tahrunnisa Jali
Dibuat : Haniza Homemade
Tepung bungkus original resepi dari kampung saya.. mgkn belah pantai timur diorang hanya taruk inti kelapa sahaja tanpa ada balutan tpg pulut.. jadinya tepung bungkus versi saya ni nyaman sahaja masuk mulut ..lemak2 manis rasanya...rasa lemaknya dari tepung beras dan santan serta rasa manisnya dari inti kelapa ... ok selamat mencuba
Resepi Tepung Bungkus (12-14 biji)
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 sudu gula
1 sudu kecik garam -- kalau rasa tawar boleh tambah sikit lagi
caranya
Campur kesemuanya dan panaskan atas api sehingga likat dan berkilat .tutup api..
(inti kelapa manis)
1 biji kelapa parut
1 biji gula melaka
3/4 cwn gula pasir
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air sahaja
daun pandan disimpul
Tadi pakai 3/4 suku keping kerek nissan 5 sudu kecik gula pasir sedikit air dan daun pandan
Kelapa parut setengah biji je ni. Masih banyak baki. Ligat otak memikirkan menu lainπ
caranya:
masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir daun pandan dgn sedikit air..masak sehingga gula melaka hancur...kemudian tapis..
masukkan kelapa parut tadi..kalau takde kelapa parut guna kelapa kering(kelapa kering tambah sikit air panas tuk lembapkannya) masak sekejap atas dapur..agak2 dah kering masukkan bancuhan tpg gandum tadi..masak sehingga ia lembap2 ..kemudian sejukkan
bulat2kan inti tersebut
daun pisang dilayur atas api...
masukkan dlm anggaran 2 sudu besar atau lebih secara memanjang atas daun pisang masukkan inti kelapa tekan sikit ke dlm dan lipat
Jangan tanya nape rupe lain macam.πππ€£
Belum pon sejuk dah berebut mintak. Ok jom makan.
kukus dlm 5-7 minit siap.
SELAMAT MENCUBA.
No comments:
Post a Comment