DIY : Pau

Assalamualaikum.
Sihatke semua. Dari pukul 3 pagi hujan tak berhenti. Kejap lebat kejap tak. Kalau masa kerja dulu time ni lah paling sibuk sebab kene hantar report.
Semalam saje gatal pi tengok youtube. Kan terjebak dah. Asalnya nak tengok je die rounding pau kelim atas pau. Sekali cek bahan die takde letak pelembut roti ke pemutih.

Pau kukus
Sumber : Chef Michael Lim
Dicuba : Haniza Homemade

Bahan:

560gm tepung serbaguna
11gm yis
1/2 tsp garam
1 tsp baking powder
30gm gula
320gm whole milk
30gm minyak sayur

Cara:
1.Masukkan semua bahan dalam mixer.
2. Guna paling rendah dulu dalam 1 minit biar sebati.
3. Naikkan kelajuan dan putar sehingga 6 minit.
4. Uli sebentar dan rehatkan sehingga naik 2x ganda.
5. Leperkan dan bahagi 50gm setiap satu.
6. Canaikan, letak inti tutupkan dan biar 30 minit. Buat sehingga habis.
7. Kukus 8-10minit.
8. Angkat, biarkan sebentat baru buka penutup.
9. Sedia untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba


No comments:

Post a Comment

hanizarujhanfamily blog