DIY : Kuih Manja

Assalamualaikum.
Selamat petang sahabat. Dah lunch ke.. Arini kitorang lunch ni je dulu. Makan berat tunggu yang lain-lain balik sekolah. ๐Ÿ˜‰
Pernah tengok tak? Selalu ade jual kat paso malam kan. ☺️

Pukul kembang telur dengan gula

Masukkan susu

Habiskan tau susu ni

Masukkan air

Masukkan tepung naik sendiri

Sebatikan ye

Guna senduk letak atas pan

Letak kastad atas tu

Kepitkan di tengah

Sedap oiiiiiiiiiii.. Nyaman. Lembut. 
Memang best rr resepi ni.. Kredit utk empunya resepi

Kuih Manja

Sumber : Chef Khairi Mansor
Dicuba oleh : Haniza Homemade

BAHAN-BAHAN UTK KULIT
1 cawan tepung naik sendiri
1 bj telur
1/4 cawan gula
1/2 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan air
1 sudu besar marjerin cair
Secubit garam

Cara:
-pukul telur dan gula hingga kembang.
-kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati.

BAHAN UNTUK INTI:
1/2 cawan tpg gandum
1 sudu besar kastard
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 sudu teh pewarnacara
Sedikit esen vanilla
cara:

-satukan semua bahan tapis...
- masak sehingga likat dan berkilat.( untuk filling boleh juga gunakan vanilla cream @ cream custard)

-Kemudian, buat bulatan kira kira 4 inci lebar di atas kuali leper, apabila kering, lekatkan inti di bahagian tengah & lipat, picit dan angkat.

Kalau guna tepung gandum :

1 cawan tepung gandum
1 s/t baking powder


SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

hanizarujhanfamily blog