DIY: Buah Melaka


Assalamualaikum. 
Untuk iftar hari ni hanya buat sup tulang sambal belacan kuih lopes dan kuih buah melaka. 

Kite banyak kali dah guna resepi buah melaka ni. Cuma tak ingat sapa empunye. Apa pon kredit untuk tuan resepi. Halalkan ye.. Saya letak dalam blog ni. 

Sumber, : grup alam maya
Dicuba : Haniza Homemade

3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
+- 2 cawan air pandan
Sedikit pewarna hijau

Campurkan semua.. Air dimasukkan sedikit demi sedikit. 
Gaul sebati sampai tak lekat tepung tadi di tepi besen. 
Bulat-bulatkan, leperkan sedikit letak gula dan tutup.
Masukkan dalam air rebusan. Masakkan kuih sehingga timbul. 
Angkat dan gaulkan dengan kelapa yang telah dikukus tadi. 

Gula melaka secukupnya untuk isi dalam kuih. 

Dikukus tau. 
Kelapa secukupnya
Sedikit garam
Sedikit gula


Siap untuk dihidangkan.. Sejukkan dalam fridge. Bukak puasa nanti bole makan. 😍😍😊
SELAMAT MENCUBA

DIY : NONA MANIS YANG LEMAK MANIS

Assalamualaikum

Lama tak bersiaran. Sibuk sikitlah sejak dua menjak ni. Semalam teringin sangat nak buat kuih ni. Kalau nak gi bazar memang tak sempatlah sebab asal petang je memang tanda-tanda ujan turun tu ada je.


Sumber : kak Azlita Aziz
Dicuba : hanizahomemade

Lainkali buat kene letak banyak bahagian putih ni. Yummeh


Resepi: Kuih Nona Manis Sedap dan Lemak

ade sape-sape kat sini suka makan kuih nona manis tak? mohh lerr kite wat.. senang je ni.. bahan pon simple je..

Bahan A:

1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan (boleh guna santan KARA ~ campur air sikit jadikan 1 cawan)
1 cawan tepung gandum

Cara-cara:

- Pukul telur hingga kembang. ( boleh masukkan telur dalam blender sahaja dan putar)
- Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
- Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
- Bila dah siap ketepikan

Bahan B:

1/2 cawan santan pekat ~ ( guna KARA pon boleh)
1/2 cawan air pandan (ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis )
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple
sedikit emulco pandan (optional)
Kacau sampai hilang buih

cara-cara:

- Ambil  5 helai daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
- Satukan air pandan dan santan
- Kemudan campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan ( optional ) dan sedikit pewarna hijau apple jika warna hijau pandan kurang menyerlah.
- Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil
- Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat

* Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih

Bahan C:

1 cawan santan pekat  (boleh guna 1 kotak santan KARA campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula (tak letak pun takpe.. ikut citarasa)
1/2 sudu teh garam
Kacau atas api ye. 

Masuk terus dalam piping bag

cara-cara:

- Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat
- Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag
- Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
- Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
- Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
- Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
- Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
- Susun dalam kukusan
- Kukus selama 7 ~ 10 minit
- Angkat dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan
- Sedia dihidangkan untuk minum petang anda.



sumber: norazlitaaziz


Baru tau sedap rupanya kuih ni. Tapi memang sado sape yang buat berjual kuih ni.
Nak cuba?  Resepi dah ade. Trylah.. Nak join pjj umido bakery pon ade gak sis. 😍

hanizarujhanfamily blog