Selamat petang.
Harini cuma nak kongsi 1 resepi superb mudah lagi ringkas. Orang panggil twisties tapi kami panggil jajan.. Hahahaaaa..
Kredit kat tuan punya.. Terima kasih tau.. Cuma rujuk kat fbnya tapi bahan sadur letak apa yang ada kat rumah.. 😚😚😍😘.
Sumber : Fb Sis Sha Ramson Abdullah
Dicuba : Haniza Homemade
Homemade TWISTIES
BAHAN-BAHAN :
Laksa Beras (kering)
Serbuk Kari Daging
Gula aising
Garam bukit
Susu tepung
CARA-CARA :
Ni belum goreng tau
Dah goreng dengan minyak panas
Panaskan minyak. Nak goreng Laksa Kering kena betul-betul minyak panas baru rangup! Tak perlu direndam Laksa Beras (kering). Terus digoreng dalam minyak panas.
Serbuk kari, susu tepung, garam, gula aising dicampur sebati.
Siap goreng Laksa Kering, biarkan seketika. Bila dah tak panas, gaul dengan Serbuk Kari, sedikit garam, gula aising dan susu tepung.
Tuang serbuk yang telah dicampur ke atas laksa kering yang digoreng.
Masuk laksa kering yang dah sedia tadi dalam bekas. Letak bahan yang dicampur sebati. Tutup penutup bekas dan shake sampai semua bersalut sekata dengan serbuk campuran.
Siap.. Dah bole kruk krakkkk depan tv.
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment