Selamat pagi semua.
Mesti pening kan bila nak buat kek atau kuih tapi menggunakan bahan yang kehabisan stok.. Contohnya tepung kek. Nak pergi kedai jauh pulak. Nak keluar makan masa.
Jom kite cuba buat sendiri tepung kek di rumah dengan hanya menggunakan 2 bahan.
Sukat 125gm tepung gandum
Keluarkan 2 sudu besar tepung gandum
Tambahkan 2 sudu besar tepung jagung
Ayak kedua-dua tepung tadi 3-5 kali
Inilah hasilnya.
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment