Lama tak update blog sibuk dengan urusan harian. Semalam sampai satu bungkusan rupanya papa order waffle maker. Cun jugak. Order hari isnin, selasa dah sampai. Memang wow.. Teruja terus cari resepi waffle.
Dah siap. Ni bole letak buah-buahan dan taburan snow powder.
Petang tadi buat lagi guna resepi youtube. Lupe dah video sape. Ni pon atas desakan anak sulung. Suruh die salin resepi, sedia bahan. . Bahagian meringue tu die yang buat.. Menjadik 👏👏👍.. Seronok die.. Dah sebati tinggal bakar pon die yang perabih buat melayan adik-adik.. Hahaha..
Kite tengok resepi kat bawah ye. Kredit kat tuan punya. 😍
Bahan-bahan :
2 cawan tepung
1 sdb baking powder
1/2 sdk garam
Semua ni di ayak dulu ye.
2 sdb gula
2 biji telur asingkan.
2 cawan susu segar
1/3 cawan minyak
Cara-cara:
Bahan ayak di letak dalam bekas.
Masukkan kuning telur.
Masukkan gula. Gaul sebati.
Masukkan susu segar dan kacau sampai rata.
Masuk pula minyak dan kacau lagi.
Meringue dah sedia untuk disatukan.
Campurkan dan kaup balik.
Dah sebati. Sedia untuk dibakar.
Pukul putih telur sampai bertanduk.
Masukkan putih telur ke dalam adunan tadi.
Kaup balik dan sedia untuk di bakar.
Lengserkan pembakar dengan marjerin.
Letakkan sampai penuh ruang dan tutup. Biarkan masak nak garing atau tak.
Angkat dan bole dihidang dengan buahan atau madu lebah. 😍
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment