DIY Roti Sosej

Assalamualaikum,
Sejak ada mak jemah tolong uli ni, kalau boleh tiap hari nak meroti. Best tau nak-nak bila rounding doh. Menguji tahap kesabaran okeh. Dulu pernah kene sound roti keras rupa pon tak ade. Tapi masa tu gelojoh giler tau tak bila dapat buat roti, padahal rupa kelaut eh. Sekarang tak lagi, kita tak masuk kelas formal pon. Puas tanya dekat grup masak kita tanyalah acik gugel. Semua hujung jari je kan. Dek kerana anak-anak suka makan roti jadi jatuh cinta buat roti, pizza, donut, pau. Bangga dia tahap kembang idung tau bila hasil tangan licin je tiap kali buat. Komen membunuh tetap dapat jugak semua tu penting kalau tak nanti lupa diri.

 Kali ni cuba buat dengan resepi lain. resepi ni dah banyak kali kat dinding muka buku. Lembut, gebu bukan takat roti sosej je guna resepi ni siap jadi pau goreng dengan donut sekali. Kita pelbagaikan la ek. jangan marah na chef. Silap-silap esok uli lagi. Meh layan resepi mabeles. Kredit kat tuan punya resepi. Terima kasih ye saya abadikan dekat blog ni.



Sumber : Chef Irfan
Dicuba : Haniza Homemade

Resepi doh
***********
500gm bread flour
70gm gula kastor
1 tbsp yeast
1 tbsp susu tepung
1 biji kuning telur
1 tsp garam
50gm margerin
10gm pelembut roti
280 ke 300gm air sejuk

- gabungkan kesemua bahan dan mix hingga elastik dan licin

pau ini kacang merah
biarkan dia berenang di dalam minyak panas
panjang kali ni
bila naik kembang ni memang seronok giler.
teruja bila tengok menjadi.
korang terliur tak? apa lagi..gi uli..
nanti jangan lupa share link ni. (^.*)


SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

hanizarujhanfamily blog