TIPS BUAT JAPANESE COTTON CHEESE CAKE

Assalamualaikum.


Nak share tips untuk buat Japanese Cotton Cheese Cake. Jupe masa gugel kat fb. Tips ni telah dikongsi oleh sis Rozy Mohd Saleh. Kredit untuk tuan punya tips. insyaAllah jadi. Mulakan dengan bismillah tau. Lepas tu selawat banyak-banyak. Terima kasih. Saya abadikan dalam ni ye.

Ni tips untuk buat Japanese Cotton Cheese Cake. Resipi ada sekali tu. Kalau first time tak jadi, sila buat lagi 😁 Rugi tak cuba sebab kek ni sedap sangat. Dan sama seperti kek coklat, kalau dah sehari dua baru sedap. Tak tau sebab apa, mungkin rasa dah sebati elok.


🔘 Telur gred A, fresh dan suhu bilik. Kalau telur kotor, cuci bersih dan lap kering. Tak mau ada air. Nanti meringue tak jadi.

🔘 Guna loyang bulat 8 inci, pelapik bawah boleh buka. Lapik dengan parchment @ baking paper. Loyang balut dengan aluminium foil untuk elak air masuk dalam loyang masa bakar.

🔘 Mixer whisk kena rendam dengan air panas. Ni untuk buang saki-baki minyak @ butter sebelum ni. Mangkuk nak buat meringue pun kena bilas dengan air panas. Lap kering. Jangan guna mangkuk plastik.

🔘 Timbang @ sukat bahan-bahan terlebih dahulu.

🔘 Panaskan oven, dan prepare air panas siap-siap untuk water bath. Suhu oven bergantung kepada saiz oven. Kalau kapasiti kecil, kurangkan sikit suhu.

🔘 Oven saya kapasiti 55 liter. 30 minit pertama saya guna suhu 160°C, kemudian suhu turun ke 150°C.
Merekah sebab suhu tinggi. Maklum setting lepas bako roti lupe nak ubah. Konpiden je lepas panaskan oben terus masuk adunan kek.

🔘 Meringue:
- Pukul telur sehingga berbuih, dan masukkan cream of tartar.
- Pukul lagi sehingga berbuih halus dan masukkan gula sikit demi sedikit. Pukul meringue sehingga bertanduk.

🔘 Selepas sejam 10 minit, sebelum off kan oven, tepuk sikit bahagian atas kek dengan spatula.. akan ada bunyi 'tap'. Makna kata kek masak elok.

🔘 Selepas kek masak, biarkan dalam oven selama 5 minit, kemudian baru keluarkan dan letak atas redai. Keluarkan kek dari loyang. Biarkan betul-betul sejuk, baru potong.

🔘 Kalau nak sedap, jangan lokek guna bahan berkualiti.

-tips akan diupdate lagi kalau teringat 😂

No comments:

Post a Comment

hanizarujhanfamily blog