DIY Kerutuk Daging menggunakan PCE

 Assalamualaikum.
Salam 4 ramadhan. Arini papa nak makan kerutuk. Kite tengok je la jadi kerutuk daging ke rendang daging. Gigih walau hanya tiru resepi di belakang peket rempah kerutuk je. Sedangkan tak pernah rase atau tengok orang buat. Redah je la.. rase kendian..yang penting tutorial camno nak masak guna PCE pressure cooker ewant. Ni khas untuk kakak kesayangan, sebab arini PCE die baru sampai.
Sebelum ni banyak rujuk kat page sis LAILATUL MUNIRAH. Lengkap siap resepi..kredit utk LM. Berjaya la jugak kite menggodek periuk moden ni. Boleh joget dalam dapor..hahaa

Bahan-bahan:

Bawang putih
Bawang merah 
Dikisar
Gaul dengan rempah kerutuk

Halia
Lengkuas
Dikisar
Tumis sekali dengan serai yang diketuk.
Tumis sehingga naik bau.

Masuk rempah kerutuk tadi..tumis sampai pecah minyak

Letak daging yang dipotong dalam periuk PCE
masuk bahan tumisan
Letak kerisik
Garam 
Gula nissei

Letak periuk tadi dan tutup rapat..pastikan VALVE dalam keadaan SEAL.

Tekan button MEAT.  Ia akan auto cook dalam masa 35 minit.
Biar je dia masak sepenuhnya.
Bila sampai masa PCE akakn menunjukkan "bb" dan berbunyi.
VALVE dipusingkan ke kedudukan EXHAUST dan biar wap keluar.
Buka penutup
Hati-hati ye..panas.

Masukkan santan.
Tekan button CANCEL.
Kemudian tekan button MEAT tadi dan tekan time setting..untuk masak lagi. Kacau supaya santan tak pecah minyak..kali ni PCE tidak perlu ditutup.

Tambah masa 5 minit kalau nak keringkan kuahnya..kalau nak berkuah 2 atau 3 minit dah cukup.
Siap.
Hidangkan untuk berbuka.
Ni request anak dara. Puding koktel. Resepi next entry.

Selamat mencuba
Selamat berpuasa.

DIY Karipap @ Epok-epok

Assalamualaikum.
Lama pulak tak singgah sini. Sibuk sikit minggu ni. Awal minggu bawa anak check up di klinik. Lepas tu sibuk dengan siapkan hadiah untuk cikgu anak-anak. So arini baru free, baru bole update resepi. Kali ni resepi karipap rangup, nak tau rangup macam mane kene cuba buat ye. Sebab nak bagitau pon licin dah panas tadi. ;) 



Inti kentang dan bilis je. 



Ade kecik ade besor, time nak guna acuannya mesti tak jumpe.



Da siap goreng. 



Karipap tanpa oksigen. Buat sendiri sumbat je inti banyak-banyak.. ngeee

Ok kite layan resepi.
Resepi online. Kredit tuan punye resepi.
Dicuba : Haniza Homemade

Bahan:
2 cawan tepung gandum
2  sdb tepung beras
2 sdb tepung ubi
1 sdb gula
1/2 sdk garam
1 sdb butter
1/4 cawan minyak masak dipanaskan
Air sejuk secukupnya

Cara-cara:
Satukan tepung, garam dan butter.
Masukkan minyak yang dah dipanaskan.
Gaul dengan senduk dahulu. Bila sejuk sikit baru uli dengan tangan.
Masukkan air sedikit-sedikit. Uli sampai tak lekat tangan.
Biarkan sebentar.
Bahagikan doh dan canaikan. Masukkan inti dan kelim tepinya..buat sehingga habis.
Goreng dengan api sederhana sampai masak.
Siap untuk dihidang.
Ngaplah ape lagi. :)

SELAMAT MENCUBA

Sempena hari guru lepas mama watkan kek indulge untuk papa. Takde hadiah nak bagi jadi bagi kek sebijik.
Puas ati walau kekalutan dapat gak siapkan.. Alhamdulillah.




Ni choc homemade bentuk kerang dan love
                               
   Bentuk kerang

Beg ade tapewer berisi kukis dan choc homemade untuk cikgu-cikgu anak-anak


DIY Kuih Serimuka Pandan

Assalamualaikum,
Selamat petang dan selamat berhujung minggu.
Petang ni rajin sikit. Biasa ujung minggu vitamin M terlebih-lebih.



Resepi ni dapat daripada blog kak nina mahdah..
Sedap. :)

Resepi asal : kak nina mahdar
Dicuba : haniza homemade

Jom layan resepi

Lapisan bawah:
500gm beras pulut
1tsp garam
100ml santan
400ml air
2sdb minyak masak

Rendam beras pulut lebih kurang 30minit.
Toskan beras pulut dan masukkan dalam loyang.
Tuang santan, air dan garam,sebatikan.
Guna loyang 10"x10"
Kukus lebih kurang 30 minit atau sampai masak.
Tekankan pulut padat-padat

Lapisan atas
1cawan tepung gandum
2sdb tepung beras
2sdb tepung jagung
200ml santan
500ml air pandan
3 biji telur

Masukkan dalam periuk dan panaskan sampai naik wap.
Curahkan ke atas lapisan pulut tadi.
Tutup dengan aluminium foil.
Kukus lagi setengah jam.
Sejukkan dulu dan potong dengan menggunakan pisau plastik.

DIY Roti Sandwich

Assalamualaikum,
Selamat malam..sementara tunggu usop mentor perfom masuk resepi roti. Panas lagi ni..baru keluo dari perut mak jemah.
Ni gara-gara silap tekan setting amik kau. Berejam dalam tu, mak jemah pi uli banyak kali. Rajin nau nau.






Resepi simple dari pembelian mak jemah.

Bahan:

270 ml air
20gm gula
10gm susu tepung
420 tepung
1 sdk yis
1 1/2 sdk marjerin
1 sdk garam

Cara-cara:
Guna bread maker nama manja mak jemah
Masuk bahan cecair dulu, masuk bahan kering,baru yis.
Setting sandwich
Medium colour.
Start..
3jam
Siap..
Selamat mencuba

DIY KiwiBlueberi Sandwich Cake

Assalamualaikum.
Salam dhuha.. salam menjemput rezeki.
Hari ni nak update satu lagi resepi yang paling mama suka.
Simple je, tapi kalau tak jadik meleleh air mata tepi pengukus..hahaha


Korang trylah. Kalau nak buat banyak gandakan tau resepinya.

Resepi asal: Mama Adamsufi Mazri
Dicuba: Haniza Homemade

Kiwi Sandwich Cake

Bahan-bahan:

1/2 sb ovalette
2 biji telur A ( 3biji B, C= 4 biji , D= 5biji)
30g air
100gm gula castor
100g tepung gandum
20gm susu tepung
30gm minyak
1st choc emulco
1sk baking powder

Cara-cara:

Satukan telur, gula, ovalette dan air.
Beat sampai berkrim dan pekat - 5 minit high speed.
Tambah tepung sikit-sikit sampai habis.
Masuk minyak kacau rata masa ni guna spatula sahaja.

Ambil dua sudu adunan letak choc emulco untuk letak lorek atas kek. Atau bole guna 1 sudu besar serbuk koko tambah sikit air panas untuk jadikan pes pekat

Masuk adunan dalam loyang yg dah sapu gris dan alas kertas baking. Lorekkan atas permukaan kek.

Kukus 20 minit atau sampai masak dengan api sederhana.
Potong dua lapisan dan lapiskan dengan jem atau filling kesukaan. Macam mama letak filling blueberry.

Selamat mencuba.

DIY Sambal Belacan

Assalamualaikum
Selamat petang. Entri arini pasal sambal belacan je.
Alah kacang je kan..tapi ni version haniza homemade. Tau tak dulu buat ni pakai lesung batu. Mujur umah kampung, jauh dari orang. Bising pon tak de la bergegar umah jiran. Ade tips tak mau bagi umah riuh masa tumbuk sambal. Lesung batu tu alaslah dengan akain tebal-tebal. Nak tumbuk malam-malam buta pon takpe.hahahaa.
Sekarang da moden aka kemalasan semua nak pantas. Masuk blender tekan suiz siap. Rase ade tapi tak se ori pakai lesung.. so pilihan masing-masing.
Kat sini nak share lah terajin amik gambo satu-satu. Tengok je la bahan-bahan. Ni kire basic je. Sambal belacan turun temurun.



Bahan-bahan:
Lada cili secukupnya
Bawang besar sebiji
Bawang kecil sebiji
Belacan
Air asam jawa/ jus limau kasturi
Bahan ikut suka tiada sukatan



Gorengkan semua bahan tadi kecuali air asam jawa

Bila buat lebih guna blender.


Masuk sekali air asam jawa.
Kalau rajin tumbuk guna lesung batu.



Dah siap. Makan dengan ulam-ulaman, nasi panas...pergghhh...alhamdulillah.

hanizarujhanfamily blog