OPEN ORDER

Assalamualaikum.

Memandangkan peperiksaan UPSR dah berlalu. Kita open semula oder untuk kulit tart, cheese tart dan creampuff kastard.









Yang berminat
Yang berhajat
Yang mengidam

Tekanlah wasap πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

0137711702
Untuk menempah

DIY : Apam Puteri Ayu

Assalamualaikum.
Baru nak update kat sini buat dah lama.
Kadang ada yang tu takde yang ni. Ada yang ni takde yang tu. Makanya tersangkut je bila nak buat. Bile cek bahan semua cukup lengkap laju je buat. Tak perlubebel pnjang-panjang. Kite tepek je resepi.

Sumber : fb sis Norwati Nor
Dicuba : Haniza Homemade

Ada peminat kuih ni  x

Apam puteri ayu

Ni resepinye
Bahan2:

2 biji telur
1 cwn gula xnk mnis kurangkn
2 sdu kfc  ovallate
2 cwn tpung gandum
1 sdu kfc baking powder
1 cwn santan
Perasa pandan dn pewarna hijau


Cara2:

Putar telur, gula dn ovallate smpi kmbang putih.

Masuk santan putar lg. Masuk perisa pandan dn pewarna putar sebati.

Masuk tepung yg dh diayak dgn baking powder.  Sebatikan.

Sapu acuan dgn sedikit minyak. Masuk kelapa yg dh dicampur sedikit garam dan tepung ubi.

 Tekan2 sikit biar padat.

Tuang adunan hampir penuh acuan.

Kukus bila air kukusan btl2 mendidih.

Balut penutup kukusan dgn kain bersih.

Kukus selama 7 minit api sederhana.

Selamat mencuba....😘😘😘

DIY: KUIH GETAS-GETAS

Assalamualaikum.

Hujan pulak petang ni lebat sangat. Yang ada dalam rumah ni da macam cacing kepanasan. Mana taknya dorang tak dapatler main basikal. Biase petang-petang gohet basikal depn umah. Lepas tu asyik keluo masuk dapo tanya bile nak makan. Takde pemakan ke.

Tengok bahan ade meh godek kejap la pemakan untuk petang ni.


Bahan:
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan kelapa parut
Standby 1 cwn air
Sedikit garam

Campur semua bahan.
Masuk air sedikit sedikit uli sampai tak lekat tangan.
Bentuk ikut suka
Goreng sampai masak.

Untuk sira:
Gula pasir dalam 7 sudu besar
Sedikit air
Masak sampai berbuih dan masukkan adunan yang siap goreng.
Gaul sampai gula tadi meliputi getas sampai kering. 
Siap

SELAMAT MENCUBA

DIY : NASI DAGANG GULAI DARAT AYAM

Assalamualaikum.

Selamat Hari Malaysia.
Selamat bercuti semua. Arini konon buat suprise. Lepas solat subuh mengaji terus je masuk dapo. 
Malam tadi puas gugel skodeng sane sini. Pagi ni nekad je buat. Memandangkan ade je bahan tak lengkap takpelah rase hampir serupa.πŸ€—πŸ€—πŸ˜πŸ˜˜ Bangga siot reti gak buat setelah 8 tahun dok teganu.

Serupe tak bila anak johor buat masakan teganu. Lepas ni kite buat nasi ambeng pulak ye. Bungkus comei-comei.
Korang tau rasenya masak lebih dah tadi. Rupanya licin maka terpkasalah masak untuk kali kedua. Maknyenya sedapler dan laku dorang ni makan.. Eh sedap ke lapo. Waakkaaakakaa.🀣🀣 

NASI DAGANG STYLE SEMPOI

Resepi campak-campak je ni.

Untuk nasi :
4 cawan beras biasa
1 cawan beras pulut
 Cuci bersih 
Masuk dalam periuk nasi. Letak santan, daun pandan, garam, sedikit minyak dan air secukupnya.
Masak macam nasi je.
Dah hampir masak taburkan bawang merah hiris dan halba. Sepatutnya letak hirisan halia sekali.

GULAI DARAT AYAM

Bahagian gulai darat. Ingat-ingat lupa cara tokma masak. Kite cuba jayalah ye.

Blendkan cili kering, serai, bawang merah, bawang putih, kunyit, ketumbar. Sepatutnya blend sekali halia dan lengkuas ye. Tapi dah tak de jadi tak letak la dua ni. Kalau letak lagi umppph..Letak dalam periuk masuk santan pekat. Ayam secukupnya. Renehkan.
Masuk santan cair, gula nissan, garam dan kerisik. Masaklah sampai pecah minyak.
Sedia untuk dihidang.

ACAR:

Timun hiris manjang
Lobk merah hiris manjang
Bawang merah
Bawang putih
Cili
Garam
Gula
Cuka

Campur semua hirisan. Dan rasekan masam masin manisnya.
Siapppppp.

SELAMAT MENCUBA

DIY : KUIH KOCI

Assalamualaikum.
Salam Maal Hijrah. Tengah buat apa tu. Arini rajin sikit jadi menggentel kuih koci  resepi ambik kat wall kak Tahrunnisah. Terima kasih ye kak. Ade yang sempat ambik pic ade step yang tak ambik pic sebab tangan dah bersepuk dengan tepung🀭. Suka sangat kuih ni. Kalau baca memang renyah tapi enjoy cuma lagi sedap kalau guna santan pior. Dah nak masuk 40thn baru reti buat sendiri kuih koci. Kelakar..oh memang kelakar tapi itulah kenyataannya.
Upah lepas pomen basikal.

Versi moden  idea dr blogger http://zalinzalina.blogspot.com/2011/07/siaran-ulangan-tutorial-kuih-koci.html.. barakallahu fik ye kak...

Resepi asal : kak zalin zalina
Sumber : kak Tahrunnisah Jali
Dicuba : Haniza Homemade

resepinya
2 cawan tpg pulut
2 sudu beras pulut hitam dikisar halus dan di ayak...
sedikit garam
1 cawan air (jgn curah semuanya nanti lembek sangat..masukkan sikit2 shingga doh tak lekat tangan..baki air tu dlm 3 sudu besar)

caranya
tpg pulut dan beras pulut hitam serta garam di aduk sebati kemudian curah air sedikit demi sedikit..doh tak lekat kat tangan dah kira ok..doh tak keras n tak lembek sangat..mcm nak buat onde2 tu ..tutup sekejap dgn kain elakkan keras

(inti kelapa manis)
1 biji kelapa parut /kelapa segera/kelapa kering(guna sedikit air panas tuk lembapkannya)
1 biji gula melaka
3/4 cwn gula pasir
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air sahaja
daun pandan disimpul

caranya
masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir daun pandan dgn sedikit air..masak sehingga gula melaka hancur...kemudian tapis..

masukkan kelapa parut tadi..kalau takde kelapa parut guna kelapa kering(kelapa kering tambah sikit air panas tuk lembapkannya) masak sekejap atas dapur..agak2 dah kering masukkan bancuhan tpg gandum tadi..masak sehingga ia lembap2 ..kemudian sejukkan

bulat2kan inti tersebut

daun pisang dilayur atas api... saiz dia 5inci X 5 inci sebaik2nya daun muda la senang nak lipat

(kuah santan pekat)

2 sudu besar tpg beras
2cawan santan pekat
sedikit garam

campurkan tpg beras dlm santan pekat..kacau sebati dan masukkan garam...masak adunan ni sehingga pekat... ketepikan

caranya
masakkan air rebusan dalam satu periuk tuk masak kuih koci ni

ambil sedikit adunan tpg pulut tadi..sebesar onde2 tu... bulatkan kemudian leperkan diatas tangan..masukkan inti kelapa tadi...tutup dan bulatkan balik..buat sampai habis doh

air rebusan dah mendidih..masukkan doh2 kuih koci ni dlm air rebusan sehingga kuih koci ni terapung dan angkat...

masukkan pula kuih koci ni dlm adunan campuran santan dan tepung beras (lihat gambar)

guna sudu ambil doh koci sekali ngan adunan santan tadi letak atas daun pisang yang disapu minyak...bungkus mcm bantal atau nasi lemak pun boleh..

kemudian kukus la sekejap dlm 7 minit tuk bagi aroma daun pisang..siap...

 Selamat mencuba 🀩🀩😍

DIY : PAU GEBU

Assalamualaikum.
Memandangkan inti kelapa banyak lebih lepas tu ada antara kawan-kawan tadi suggest buatlah pau. Kali ni cuba resepi lain. Best jugak gebu je. Korang cubalah. Sesuai untuk keluarga kecil kalu nak banyak bole double triple kan adunan ye. Tadi guna BM. Perkhidmatan mak jemah diperlukan. Ahakss.
Cun tak?

Sumber : Resepi Citarasa Nita
Dicuba : Haniza Homemade

Resepi Pau Gebu :
2½ cawan tepung pau
1 sk yis
½ sk baking powder
3 sb gula castor
1 sb shortening/majerin
1 sk softener (tak bubuh x pa)
1 sb susu tepung
secubit garam
¾ sehingga 1 cawan air suam

1. campur sebati semua bahan kecuali air.
2.masukkan air sikit demi sikit.
3.uli doh sampai tidak lekat pada tangan dan lembut.
4.rehatkan 5mnit.
5.timbang doh 50g dan letak inti
6.perap sehingga naik 2x ganda.(10-15mnit)
7.kukus 7 minit.

Hasil dapat 12pcs :)

Husna dengan Zahirah je makan sorang 4 ketul. Yang lain dapatler rase seketul 2 sorang.πŸ˜πŸ˜πŸ˜ŽπŸ€—πŸ˜˜πŸ€©

SELAMAT MENCUBA


DIY : TEPUNG BUNGKUS

Assalamualaikum.
Kelakar betul arini. Berkobar semangat bangun pagi nak buat kuih koci. Siap dah buat inti. Sekali cek tepung pulut takde. Yang di belek tu rupenya tepung ubi. Sabau je la. Last dari kuih koci jadik tepung bungkus. Bolelah dari takde mende nak makan cuti-cuti ni kan.
Meh kita layan resepi. Terima kasih kak atas resepi sedap nih πŸ˜πŸ˜πŸ€—πŸ€©πŸ˜‰πŸ˜Š

Sumber : Kak Tahrunnisa Jali
Dibuat : Haniza Homemade

Tepung bungkus original resepi dari kampung saya.. mgkn belah pantai timur diorang hanya taruk inti kelapa sahaja tanpa ada balutan tpg pulut.. jadinya tepung bungkus versi saya ni nyaman sahaja masuk mulut ..lemak2 manis rasanya...rasa lemaknya dari tepung beras dan santan serta rasa manisnya dari inti kelapa ...  ok selamat mencuba

Resepi Tepung Bungkus (12-14 biji)

1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat 
1 sudu gula
1 sudu kecik garam -- kalau rasa tawar boleh tambah sikit lagi

caranya
Campur kesemuanya dan panaskan atas api sehingga likat dan berkilat .tutup api..

(inti kelapa manis)
1 biji kelapa parut 
1 biji gula melaka
3/4 cwn gula pasir
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air sahaja
daun pandan disimpul
Tadi pakai 3/4 suku keping kerek nissan 5 sudu kecik gula pasir sedikit air dan daun pandan

Kelapa parut setengah biji je ni. Masih banyak baki. Ligat otak memikirkan menu lainπŸ˜‰

caranya:
masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir daun pandan dgn sedikit air..masak sehingga gula melaka hancur...kemudian tapis..

masukkan kelapa parut tadi..kalau takde kelapa parut guna kelapa kering(kelapa kering tambah sikit air panas tuk lembapkannya) masak sekejap atas dapur..agak2 dah kering masukkan bancuhan tpg gandum tadi..masak sehingga ia lembap2 ..kemudian sejukkan

bulat2kan inti tersebut

daun pisang dilayur atas api... 

masukkan dlm anggaran 2 sudu besar atau lebih secara memanjang atas daun pisang masukkan inti kelapa tekan sikit ke dlm dan lipat
Jangan tanya nape rupe lain macam.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ€£
Belum pon sejuk dah berebut mintak. Ok jom makan.


kukus dlm 5-7 minit siap.


SELAMAT MENCUBA.

DIY : NASI LEMAK PARU DAUN PISANG

Assalamualaikum.
Hari ni nak update resepi sambal paru buat nasi lemak semalam. Nampak simple kan padahal banyak rujuk kat satu status akak Kamariatie macamana nak buat sambal paru. Meh layan resepi asal daripada akak ni ye.

Sumber : Kak Kamariatie Kamarudin
Dicuba : Haniza Homemade


Bahan dan cara-cara:

1/2kg paru lembu ( dipotong kecil, dicuci dan direbus hingga empuk dengan sedikit garam serta bbp keping asam keping untuk hilang hanyir . Selepas empuk potong nipis2.pisau harus tajam. Kemudian lumur dengan garam n kunyit.klu kunyit hidup lg wangi.perap dlm 10 minit then goreng dlm minyak yg panas. )

Utk sambal paru :
Cili kering (beli yg keringting n kedut2 sbb cili x pedas n x sakit perut). Rendam dlm 20 tangkai. then blend smpi halus.
Bawang merah 2 labu besar (hiris nipis2)
Bawang putih 2 ulas (ketuk n cincang halus2)
-tumis bawang merah sampi naik bau dan bertukar warna . Baru masukkn bawang putih.tumis sekejap then masukkan cili blend. Jgm masukkm semua dl.sy suka agak2. Agak2 colur dh cantik, kira ok sbb sambal sy x guna banyak cili.cuma banyak bawang. Tumis smpi garing n smpi pecah minyak. Nak tahu pecah minyak, ms tumis api jg besar, then tgk klu minyak timbul kt atas sambal means dh pecah minyak. Masukkn garam n gula. Kena manis sket tp jgn manis sgt. Pastu dh rs sambal best, masukkn paru goreng td.. then siap. Paru pulak klu nk tahu garing ke x, ms goreng jgn ltk over banyak n bl minyak dh x berbuih or buih dh kurang maknanya paru dh garing..
Gigih pi amik daun pisang. Yang ni untuk Hafiz tak letak sambal sekali. Nak buat video takde pembantu. Cara bungkus rujuk sini.https://www.facebook.com/376032809583301/videos/376875482832367/




Tak cukup yang bungkus cedok dalam piuk.

Dah siap. Jom makan. Siap Kopi O Peng. Rebut-rebut lagi best tau. Feeling die macam makan tepi sawah. πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜‰.
Selamat mencuba.


DIY : JAPANESE CHEESE CAKE

Japanese Cheese Cake 

Ingredients:

a) 160g Cream Cheese, 25g Butter, 120g Milk
b) 40g Flour, 30g Cornflour
c)  4 Egg yolks, pinch of salt

e)  4 Egg whites, few drop lemon juice,  50g Sugar

Method:

1. Double-boiled cream cheese, butter and milk till melted. 

2) Add sifted flour and cornflour

3) Add egg yolk and salt, mix till smooth batter (make sure the batter still warm when mixing with egg white)

4) Beat whites till frothy, then add lemon juice and sugar, continue to beat until soft peaks form. 

5) Add 1/3 meringue into the cheese mixture, FOLD gently. Then pour cheese batter into meringue and FOLD till well combined. 



6) Pour the mixture into a 8" round cake pan.(Line parchment paper at bottom and side).

4. Bake in preheated oven for 1 hours 10 minutes (water bath) or until set and golden brown at 150 degrees C (300 degrees F).





* Please adjust the temperature and timing according to your oven
* Add more sugar if you prefer sweeter

https://m.facebook.com/Sarap-Rasa-Pinas

TIPS BUAT JAPANESE COTTON CHEESE CAKE

Assalamualaikum.


Nak share tips untuk buat Japanese Cotton Cheese Cake. Jupe masa gugel kat fb. Tips ni telah dikongsi oleh sis Rozy Mohd Saleh. Kredit untuk tuan punya tips. insyaAllah jadi. Mulakan dengan bismillah tau. Lepas tu selawat banyak-banyak. Terima kasih. Saya abadikan dalam ni ye.

Ni tips untuk buat Japanese Cotton Cheese Cake. Resipi ada sekali tu. Kalau first time tak jadi, sila buat lagi 😁 Rugi tak cuba sebab kek ni sedap sangat. Dan sama seperti kek coklat, kalau dah sehari dua baru sedap. Tak tau sebab apa, mungkin rasa dah sebati elok.


πŸ”˜ Telur gred A, fresh dan suhu bilik. Kalau telur kotor, cuci bersih dan lap kering. Tak mau ada air. Nanti meringue tak jadi.

πŸ”˜ Guna loyang bulat 8 inci, pelapik bawah boleh buka. Lapik dengan parchment @ baking paper. Loyang balut dengan aluminium foil untuk elak air masuk dalam loyang masa bakar.

πŸ”˜ Mixer whisk kena rendam dengan air panas. Ni untuk buang saki-baki minyak @ butter sebelum ni. Mangkuk nak buat meringue pun kena bilas dengan air panas. Lap kering. Jangan guna mangkuk plastik.

πŸ”˜ Timbang @ sukat bahan-bahan terlebih dahulu.

πŸ”˜ Panaskan oven, dan prepare air panas siap-siap untuk water bath. Suhu oven bergantung kepada saiz oven. Kalau kapasiti kecil, kurangkan sikit suhu.

πŸ”˜ Oven saya kapasiti 55 liter. 30 minit pertama saya guna suhu 160°C, kemudian suhu turun ke 150°C.
Merekah sebab suhu tinggi. Maklum setting lepas bako roti lupe nak ubah. Konpiden je lepas panaskan oben terus masuk adunan kek.

πŸ”˜ Meringue:
- Pukul telur sehingga berbuih, dan masukkan cream of tartar.
- Pukul lagi sehingga berbuih halus dan masukkan gula sikit demi sedikit. Pukul meringue sehingga bertanduk.

πŸ”˜ Selepas sejam 10 minit, sebelum off kan oven, tepuk sikit bahagian atas kek dengan spatula.. akan ada bunyi 'tap'. Makna kata kek masak elok.

πŸ”˜ Selepas kek masak, biarkan dalam oven selama 5 minit, kemudian baru keluarkan dan letak atas redai. Keluarkan kek dari loyang. Biarkan betul-betul sejuk, baru potong.

πŸ”˜ Kalau nak sedap, jangan lokek guna bahan berkualiti.

-tips akan diupdate lagi kalau teringat πŸ˜‚

hanizarujhanfamily blog