Selamat petang. Cuti sekolah dah bermula. Maka tangan pon tak pernah kering. Arini terajin sikit. Simpan lama dah resepi ni tapi baru tergerak ati nak buat. Itu pon sebab check bahan ade je kat dapo.
Biasenya kalau beli memang berebut dapat rasa sipi2 je. Hehee. Resepi asal resepi amik dekat wall kak Taharunnisa Jali. Suka tengok hasil kerja akak ni. Kemas dan siap step by step. Semoga rezeki kak mencurah-curah sebab berkongsi resepi. Saya abadikan dalam blog ni ye. Kot anak-anak dah besor nak masak nanti boleh refer sini.
Resepi asam gupal (10-14biji)
Bahan A (inti )
1 cwn kacang hijau
1 keping gula Melaka
3/4 cawan gula
Air secukupnya
Masak bahan2 diatas sehingga empuk dan kering. Sejukkan dan bulat2kan
Bahan B
1 1/2 cawan biji sagu
1 cawan air panas
Bersihkan sagu dan toskan hingga kering.. Masukkan air panas ke dalam biji sagu dan kacau sebati sehingga biji sagu agak kental dan boleh dikepal. Isi air sedikit demi sedikit ye... Dah ok stop isi air lagi takut nanti terlembik nanti susah nak kepal..
1 1/2cawan sagu eh. Bersihakan dulu lepas tu toskan
Toskan sebelum letak air panas
Kepal kepalkan biji sagu dan masukkan inti dan tutup dengan kemas.
Alas plastik ye tak lekat kat tangan
Da siap tinggal kukus
Kukus adunan ni selama 15-20 mnt
Bahan C
1 cawan Santan pekat
1 cawan air
1sudu kecil halba
3 biji bawang merah kecik (mayang)
Sedikit garam
Sedikit gula
1/2 inci halia (dipotong nipis memanjang)
Masak bahan2 C hingga mendidih ...sentiasa kacau supaya santan tak berketul... Kemudian letak asam gupal dalam kuah santan
Siap tuk di makan
No comments:
Post a Comment