DIY: CARA BUAT TEPUNG KEK SENDIRI

Assalamualaikum
Selamat pagi semua.
Mesti pening kan bila nak buat kek atau kuih tapi menggunakan bahan yang kehabisan stok.. Contohnya tepung kek. Nak pergi kedai jauh pulak. Nak keluar makan masa.

Jom kite cuba buat sendiri tepung kek di rumah dengan hanya menggunakan 2 bahan.


Sukat 125gm tepung gandum

Keluarkan 2 sudu besar tepung gandum

Tambahkan 2 sudu besar tepung jagung

Ayak kedua-dua tepung tadi 3-5 kali

Inilah hasilnya. 

SELAMAT MENCUBA

DIY : Jajan @ homemade Twisties

Assalamulaikum.
Selamat petang.

Harini cuma nak kongsi 1 resepi superb mudah lagi ringkas. Orang panggil twisties tapi kami panggil jajan.. Hahahaaaa..

Kredit kat tuan punya.. Terima kasih tau.. Cuma rujuk kat fbnya tapi bahan sadur letak apa yang ada kat rumah.. 😚😚😍😘.

Sumber : Fb Sis Sha Ramson Abdullah
Dicuba : Haniza Homemade

Homemade TWISTIES


BAHAN-BAHAN :

Laksa Beras (kering)
Serbuk Kari Daging
Gula aising
Garam bukit
Susu tepung



CARA-CARA :
Ni belum goreng tau

Dah goreng dengan minyak panas

Panaskan minyak. Nak goreng Laksa Kering kena betul-betul minyak panas baru rangup! Tak perlu direndam Laksa Beras (kering). Terus digoreng dalam minyak panas.
Serbuk kari, susu tepung, garam, gula aising dicampur sebati. 

Siap goreng Laksa Kering, biarkan seketika. Bila dah tak panas, gaul dengan Serbuk Kari, sedikit garam, gula aising dan susu tepung.

Tuang serbuk yang telah dicampur ke atas laksa kering yang digoreng. 


Masuk laksa kering yang dah sedia tadi dalam bekas. Letak bahan yang dicampur sebati. Tutup penutup bekas dan shake sampai semua bersalut sekata dengan serbuk campuran.


Siap.. Dah bole kruk krakkkk depan tv.

SELAMAT MENCUBA

DIY : Apam Nasi

Assalamualaikum.
Selamat malam. Menu petang tadi simple je. Memandangkan ade lebihan nasi terus teringat kat apam nasi.
Buat 3 kaler je tadi.. Nak resepi ke..
Meh tengok ade kat bawah.

Sumber: sis Suraya Yanti, Pinterest
Dicuba: Haniza Homemade


APAM NASI YANG MUDAH

2 cawan Nasi
2 1/2 cawan Air
1 1/2 cawan Gula
2 cawan Tepung Beras
2 cawan Tepung Gandum
1 peket kecil mauripan @ Ragi instant.. (yis)
Adunan dah diperap hampir 2 jam

Sudukan dalam acuan. Pastikan acuan dh sapu minyak tau

Kukus pon nak pakai baju

Dh siap

Semua bahan masuk dalam blender jer...Kemudian perap 1 - 2jam..saya biasanya perap 2 jam sebab lebih gebu...lepas tu dh boleh kukus.. acuan kecik2 10 - 15 minit.. Jangan lupa sapu minyak kat acuan apam tau...kalau tak memang menangis nak keluarkan apam...InsyaAllah jadi...
SELAMAT MENCUBA

DIY : Chicken pandan @ Ayam Pandan

Assalamualaikum. 
Dah lunch ke semua. Kite baru je perap ayam. Petang nanti baru makan. 
Pagi ni tengok rancangan Chef Anis Nabilah. 1,2 Bakar dekat tv3 dan artis undangan die Aprena. Sambil tidokan mira pijah tertarik dengan resepi ayam pandan die.. So simple adelah bahan yang takde kat dapo kite gantikan dengan yang lebih kurang sama je la ek. 

Sumber : Chef Anis Nabilah
Dicuba : Haniza Homemade

Ayam
Serbuk ketumbar
Serbuk cili
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Lada putih
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Madu lebah
Minyak bijan
Garam secukup rasa
Daun pandan

Blend bawang, bawang putih, serai.. 
Campur semua sekali. 
Perapkan ayam yang dipotong tadi. 
Perap ayam dan biarkan.. Lagi lama lagi sedap

Sedia dah daun untuk bungkus ayam

Sape terer buat ketupat palas.. Mesti kacang je buat step ni. 

Dah siap.. Nak goreng boleh nak bakar boleh. 
Goreng  Je tadi.. Wangi je bau pandan dan rempah ratus tu

Dah siap

Lebihan tu kite panaskan sampai masak bole buat sos die.. Best ooooo... 

SEDAP TAU.. 
SELAMAT MENCUBA

hanizarujhanfamily blog