DIY : Begedil Kentang Sempoi

Assalamualaikum..
Minggu2 dekat nak last cuti sekolah.. Aktiviti memang tak lari dari dapo.
Jadi harini memang tak berapa nak masak nasi.. Tengahari tadi rebus ketupat je.. Lepas tu buatkan sambal kacang.. Itu pon pakai badam cincang.. Hahahaa.. Janji rasa ade.. Bolehlaaaa..
Petang masih berbaki ketupat tu.. Haaa ape ye yang nak dilawankan. Jadinya buat begedil kentang.. Sup daging.  Sambal kicap.. Jadilah soto sempoi tanpa suun goreng dan kacang goreng.
Kuih bakar pon siap.. Bole makan sekali malam nanti.


Jom tengok resepinya..
Sumber : video.. Tak ingat pulak namanya
Dicuba : Haniza Homemade

BEGEDIL KENTANG SEMPOI

Kentang 4 5 biji
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 2 biji
Daun sup
Secukup rasa
Lada itam
Telur sebijik

Kentang potong dadu.. Rendam dengan air garam.. Gorengkan.. Angkat dan tos... Tumbuk lumat.



Bawang putih dan merah dihiris.. Gorengkan.. Dan tumbuk.

Daun sup diracik.

Satukan daun sup, kentang yang dah ditumbuk, secukup rasa, lada itam yang ditumbuk dan bawang yang ditumbuk.

Kepalkan dan leperkan.

Celup telur.. Goreng sampai kekuningan.

Siap.. Dah boleh makan dengan soto.

Sedap tau.. Trylah buat...


No comments:

Post a Comment

hanizarujhanfamily blog