Assalamualaikum.
Teragak nak makan karipap, asalnya malas nak buat tapi tengok kentang ade.. Dengan pantas cari resepi berkenan. Kali ni kite cuba satu resepi pastry rapuh ye..
Jom tengok resepinya.. Kredit untuk tuan punya resepi . Kite letak sini.. Senang nanti nak ulang siar..
Sumber : fb kak adamsufimazri
Dicuba : Haniza Homemade
Untuk Pastry Rapuh
Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak ( di panaskan )
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk
Garam
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 - 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis 2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar ( OPTIONAL)
Garam/gula secukup rasa
2 biji bawang kecil dan daun kari (dikisar )
Cara :
PREPARE KULIT KARIPAPNYA DAHULU YA:
Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti.
Marjerin dan tepung
Air sejuk
Satukan marjerin dan tepung.. Gaul macam serbuk roti
Masukkan minyak yang dipanaskan.. Gaul guna senduk
Nanti akan jadi macam ni.
Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai doh cantik
Dah siap uli
Sedia letak dalam peti sejuk 1 jam
Bahagikan adunan.. Buat bola kecik. Canaikan dan letak inti. Kelim cantik2.. Hahahaaa.. Yang atas tu macam-macam rupa ade.
Goreng buat sarap
Dah senyum ke pagi ni.
Ni kes kelim sikit sangat.. Hahahaaa.. Belum bole jadik makcik karipaplah... 🤣 🤣
Potong dadu keledek dan rendam dalam air,
blend udang kering dan ikan bilis hingga hancur
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering add daun sup ( optional), tutup api dan sejukkan.
Resepi keledek kite ganti dengan kentang.. Lain2 bahan sama sukatan agak2 je.. Daun sup pon tak letak.. 😊😊😍.
Cubalah.. Sedap tau.. Yang penting buat dengan penuh kasih sayang.. 👍👍😚😘😍
No comments:
Post a Comment