Selamat petang khamis.. Buat ape tu.. Arini rajin sikit nak cuba lemon buttercake.. Sebelum ni kek oren..
Meh tengok resepi..
Sumber : https://iposedessert.blogspot.com/2016/09/lemon-buttercake.html?m=1
Dicuba : Haniza Homemade
LEMON BUTTERCAKE
Bahan2nya:
A
250g mentega
100g gula kaster
B
5 biji kuning telur
C
35g susu cair
1 sb jus lemon
3 biji parutan kulit lemon
D
230g tepung naik sendiri
E
5 biji putih telur
100g gula kaster
F
Cip coklat secukupnya
Cara membuatnya:
Krimkan butter dengan gula.
Setelah kembang.. Masukkan kuning telur satu persatu.
Masukkan susu
Jus lemon
Perutan kulit lemon.. Ni sebiji je tau
Masukkan tepung dan gaul sebati
Dah sebati.. Ketepikan kejap
Putar putih telur
Dah berbuih.. Masukkan gula.. Putar
Habiskan baki dan putar sampai bertanduk
Dah bertanduk
Masukkan dalam adunan tepung.. Buat sampai habis
Letakkan dalam loyang yang dah digris dan alas dengan baking paper
Taburkan cip coklat dan bakar sehingga masak.. Ikut oven anda ye
Dah siap bakar
Potong jugak walau belum sejuk
Kene tinggalkan 1 tupperware
Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang bersaiz 8 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul sebati.
3. Kemudian, masukkan bahan C & pukul sebati. Masukkan pula bahan D, gaul rata. Ketepikan.
4. Dalam mangkuk yang lain, pukul bahan E hingga kembang. Satukan dengan adunan kuning telur (langkah 3) tadi. Gaul hingga sebati.
5. Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Taburkan bahan F atasnya. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau hingga kek masak. Sejukkan baru dipotong.
Kredit untuk kak evelyn gemina.. Sedap resepinya..terima kasih resepinya.. Abadikan kat sini senang nak rujuk.. Alhamdulillah.. Kami dah cuba.. Korang cubalah buat.. Lembut.. 😍😍😊😊.. Hafiz pon berketul makan abis..
No comments:
Post a Comment