NAK BUAT ROTI BANTAL/ ROTI BENGGALI TAPI TIADA LOYANG LOAF

NAK BUAT ROTI BENGGALI TAPI TIADA LOYANG LOAF.

Punyelah nak xpress suh naik. Ni gara-gara last minit uli. Uli pukul 3 dan target dalam pukul 5 lebih mesti dah boleh makan. Maka beginilah kaedahnya.


Kite takde loyang loaf (maaf ye sifu-sifu roti #jangankecamhakak), bantai jek loyang 7x7x3.

Masukkan dalam oben yang OFF.

Letak air panas kat sebelah loyang.

Tutup pintu oben rapat-rapat.

Biarkan sampai naik.
Ni letak atas oben yang tengah dipanaskan. Kembang naik membesar bagai juara.
Ukuran untuk roti ni satu doh tu dalam 345gm je. Dapat 2 bantal peluk.


Lepas ni spray air..banyak mana spray  makin teballah crust roti tu. Lepas tu kite bako.

Dengan syarat oben tu mesti dipanaskan dulu 🤗🤗🤗

(tips amik kat gugel)
Banyakkan membaca banyakler dapat tips berguna. Jom kite baca lagi.

#hanizahomemade

DIY : MUSHROOM SOUP

Assalmualaikum.
Hari ni nak share resepi mushroom soup. Resepi campak-campak je selepas refer beberapa resepi dalam gugel dalam fb.

Ni pon guna bahan yang kebetulan ada dalam dapo. Bau tumisan tu harum sangat. Bila dah masuk semua bahan lagi rr mesti dah sedia sudu. Ada yang nangis tau dekat tepi dapo semata nak rase mushroom soup ni. Heheee...
Nampak tak ketidaksabarannya di situ.
Jom bismillah

Apalagi dah siap set ni. Kite santaplah di taman astakona.😋😍😂


BAHAN-BAHAN

😉shitake mushroom
😉bawang besar dihiris
😉bawang putih diketuk
😉sedikit isi ayam
😉kiub pati ayam
😉susu tepung
😉sedikit tepung gandum
😉air secukupnya
😉lada hitam ditumbuk halus
😉secubit garam

CARA-CARA

😊tumis bawang-bawang sampai naik bau
😊masukkan isi ayam
😊masukkan cendawan shitake
😊masukkan tepung gandum. Sebatikan
😊masukkan air
😊masukkan kiub ayam dan garam. Jangan lupa lada hitam yang ditumbuk halus.
😊masak sampai semua siap dan masukkan dalam blender.
😊kisar jangan sampai lumat.
😊panaskan dan pekatkan sedikit.
😊siap untuk dihidangkan bersama garlic bread.

Selamat mencuba.

DIY : ROTI BANTAL ROTI BENGGALI

Assalamualaikum.
Lama jugak tak bersiaran. Line tak berapa clear tu yang lama tak update blog. Buat kuih macam-macam bila part nak masuk gambar kat blog je lemau. Last terkubur terus.
Sebenarnya dari semalam lagi nak buat mushroom soup dengan garlic bread. Western ko. Hahhaa. Bukan ape sebab gi Mydin beli sepek mushroom buat Yee Mee Sizzling. Tapi bukan nak cerita pasal Yee Mee. Ni pasal projek arini.
Biaselah nama pon cuti memang masing-masing kerja keluo masuk dapo. Bukak tutup peti. Gitulah aktiviti kalau time cuti papa kene kerja. Pagi dah makan separuh roti hajatnye biarlah petang nanti tinggal bako je lepas tu buat mushroom soup. Alih-alih lepas lunch dorang pi bantai licin tinggal plastik je. Siap sapu butter tabur gula. Bako dlam air fryer. Tengok jam baru pukul 3. Gugel resepi cek bahan semua ade. Kite sukat-sukat masuk bm terus. Sambil tunggu mak jemah uli roti kite pon proses soup.


ROTI POTONG/ROTI BANTAL/ ROTI BENGGALI..
resepi dri pencarian di gugel ...dapat satu resepi tgk bahan semua . Alhamdulillah kejadian yg sgt memuaskan hati....pasni dh tkyah beli buat sendri je.. Boleh potong tebal2 sikit...pakai tepung roti. Lembut betul


Sumber : Yaya Azura
Dibuat : Haniza Homemadd

BAHAN-BAHAN
==============

➡3 cawan white bread flour
➡1 1/4  sdu teh yis (letak 1 sdu besar)
➡2 1/2 sdu besar susu tepung
➡2 1/2 sdu besar minyak sunflower (guna minyak masak
➡2 1/4 sdu teh gula
➡1 1/8 cawan air (mula-mula letak secawan lepas tu dh uli baru masukkan baki)
➡ 1 sdu teh breadsoftener (yg ni iza tambah) resepi asal tkde
➡1 1/4 sdu teh garam


CARA
➡Masukkan semua bahan dlm mangkuk bm
➡Adun hingga sebati
➡Masukkan baki air dan uli lagi hingga terbentuk doh
➡Masukkan garam dn uli lgi hingga doh elastik
➡terus bentukkn je..
➡Oleh kerana tiada loyang loaf maka tadi letak dlm loyang size 7*7*3


➡Gris dlu loyang
Bahagi 2 doh tadi sama berat,canai dan gulungkan doh.
➡Masukkan doh dan biarkan kembang 2 kli ganda. Masa ni guna kaedah ekspress masukkan air panas dalam oben dan letak doh tadi supaya cepat mengembang.

Sebelum bakar spray air dan terus masuk oben sampai masak.
➡Panaskan oven dlu bru masukkan loyang roti
➡Suhu 170' bakar dalam 20-30 minit. Lepas siap sapu marjerin.



Dah siap potong sapu campuran butter+garlic+parsley kering
Bakar atas pan. Sedia dihidang bersama mushroom soup. Ni entry sebelah ye.

Klau ada yg nk cuba silakan..

DIY : Mini Burger

Assalamualaikum.
Selamat sejahtera semua.
Semalam kejadian uli roti paling tragis.
Mana taknya punyalah semangat. Lepas uli, masuk dalam fridge hajatnya nak buat doh sejuk. Gi buat kerja lain sementara menunggu tu la. Masa keluarkan dari fridge tu tekan jugak, memang tak perasan lagi. Masuk semula dalam bm dan tinggal. KONPIDEN ok. Rupanya sambil buat kerja baru perasan haaa kau tak letak YIS. apeda elemen paling penting tu lupe taruk. 
Sukat yis dan masukkan semula dalam bm dan biar die buat keja.
Adoiyaiii..ini hanya guna resepi bun manis ye.
Takpelah sambil tu kite buat patty. Hajat memang nak buat mini burger. Berani berani takut je masuk dada ayam dalam blender. Maklum umah takde food processor. Bantai je blender.. Tawakal. Berharap sangat menjadi. Horeyyyyy..misi berjaya bila blender berjaya berputar dengan lancar

Naik jugak akhirnya

Goreng dengan minyak sedikit

Bahan patty:

Dada ayam yang dikisar
Bawang cincang
Telur
Serbuk roti (xletak)
Lada hitam atau lada sulah
Garam dan perasa
Herba kering

Cara buat:

Gaul semua sekali
Sudukan di atas pan panas
Masak sehingga warna sekata
Belah roti
Letakkan patty

Paipkan sos dan mayonis sedia untuk dihidang

Jadilah mini burger

Percubaan pertama membuahkan hasil. Ada jugak yang merajuk sebab dapat makan sebiji je. Adunan patty tadi dapat 9 keping je. Terima kasih pada idea kak lìs dan kak amida.

SELAMAT MENCUBA

DIY : Donut Pandan

Assalamualaikum
Salam kekayaan dan kejayaan buat semua.
Suka betul dengan donut sebab anak-anak memang makanan favourite dorang. Kali ni guna resepi Chef Irfan. Syiok oo sebab die suke sharing video tutorial roti dan donut.
Bawah ni cara saya buat donut. Takde la otai ke ape. Cuma suka ambik gambar letak dalam blog. Kredit kat tuan punya resepi sebab dapat buat orang teruja nak buat donut. Terpanggil-panggil nak buat.
So buatlah dan hafiz pon berjaya makan berketul. Sukanya. Ok kite tengok resepi.


Sumber : Chef Irfan
Dicuba : Haniza Homemade

Bahan-bahan:

500gm tepung roti
70gm gula kastor
1 tbs yis
1 tsp garam
1 biji kuning telur
50gm marjerin
10gm pelembut roti
1/2 tbs perisa pandan
Sedikit pewarna hijau
100gm santan
180gm air sejuk atau jus pandan


Cara-cara:

Masuk bahan cecair dulu dalam Bread Maker (BM)
Masukkan bahan kering
Tekan nombor 8 untuk dough (BM TESCO)
Tunggu sampai siap
Soft je kaler, wangi bau paduan santan dan pandan

Timbang doh 40gm
Rajin timbang, tak rajin cetak je guna acuan

Roundingkan doh tadi
Bulat..bulat..bulat..bulat

Ĺetak atas tray yang ditabur dengan tepung


Tunggu naik sebentar, leperkan dan tebuk.

Letak sikit tepung dekat jari dan tekan sikit

Tebuk guna nozel je..kalau xde pakai tutup botol

Tunggu ringan sementara tu panaskan minyak
Goreng dengan api perlahan tapi panas (harap pahamlah ye)
Orang kata kalau donat ade ring tu gebu.

Jangan masuk banyak donut dalam kuali
Tak perlu balik-balikkan hanya goreng sampai masak sekata kedua belah
Angkat dan biarkan sejuk baru di golekkan atas gula

Siap

SELAMAT MENCUBA



DIY : Kuih Bom

Assalamualaikum.
Sekejap je dah masuk hari khamis.
Konon petang-petang nak berkarya sensorang dalam dapo. Alih-alih kene serbu dengan anak-anak. Soalan utama yang diajukan kita punya ke orang punya.?
Bila mama jawap je kita punye, masing-masing laju je cuci tangan keringkan dan bersedia kat meja makan. Tau dah dorang memang akan mintak doh nak jugak menggentel. 
Oklah bagi sorang beberapa ketul dan asingkan daripada mama punya. Jadi yang dorang buat sendiri dorang akan makan lepas mama gorengkan.
Belum citer lagikan mama buat kuih apa petang ni. Semalam adalah orang tu tunjuk-tunjuk kuih bom siap gambar, resepi video sekali okey.
Takpelah buatkan je..sedap kita buat lagi. Resepi ni ambik yang paling simple dan berderet komen.keh3 demand. Bukan apa kalau tak jadi sayang bahan kan. 



Kita tengok resepi mudah tu ye.. terima kasih pada empunya resepi. Akak memang ohsem


Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air ( tambah sikit je lagi tadi sebab peroi je adunannya)
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara-cara:

Satukan semua bahan
Masuk air sikit-sikit 
Uli sampai tak lekat tangan
Rehatkan kejap
Gentelkan dan isi inti
Golekkan atas bijan
Biar sebentar
Goreng dengan api perlahan
Siap

Hasilnya. Belum goreng
Hasil kerja anak-anak. Yang dah siap goreng tak sempat snap. Dorang ni laju betul makan. Panas-panas pon licin.
Apa lagi makanlah
Jemput-jemput

Mabeles sekali. Sedap tau..lembut je. 
SELAMAT MENCUBA

DIY : Pau

Assalamualaikum
Salam kekayaan, kejayaan dan kebahagiaan semua.
Semalam una merengek nak pau sebab dia tengok inti kacang merah ada dalam peti sejuk.
Punyalah tak larat jadi bertangguh semua keŕja. Malam tadi pon awal-awal da mengantuk masa tidokan hafiz hafizah. Memandangkan makan mee goreng je awal pagi dah sedor dan cuba buat pau resepi lain. Risau tak sempat di tambah kekalutan menyiapkan anak-anak siap jugak paunya. Cuma keadaan batch pertama memang out. Kerepot, versi warga emas, kedut-kedut. Dalam resepi tok guru dah kabo 8 minit je kukus. Rupanya terlebih waktu. Gtu pon setel jugak. Tak sempat nak snap. Korang kalau buat jangan gatal gi buat kerja lain karang terlupa kedutler pau tu.
Belum kukus lagi
Batch kedua. Yang pertama tadi dah abis.
Ni bekpes untuk papa. Kopi pekat dengan pau ploles.

Resepi pau. Kredit untuk tuan punya resepi. Berbaloi mencuba. Boleh uli lagi. Tadi cuba ikut resepi, jadi cuma dapat 16 biji. 100% guna tepung gandum cap bakers choice. 

PAU
Resepi:
250g tepung gandum
3g@ 3/4sudu teh yis kering
2g@ 1/2 sudu teh baking powder
50g @4sudu mkn gula kastor
20g@ 1 sudu mkn lemak
sayuran@shortening,tp sy( ganti minyak)
1 sudu mkn susu tepung (ni sy tambah dr resepi asal)
1 sudu kecik garam (ni pun tambah dr resepi asal)
2g @ 1sudu teh -bread softener
1/2 cawan air suam (sy guna air sejuk peti, tp kena tambah air sikit2 msa uli tu sbb klu ikut resepi tu, bm xleh nak putar)

Lps bm dh siap uli,  terus bahagikan n rounding, letak inti... Rehatkan dlm pengukus 45minit.
Panaskan kukusan, dah betul-betul panas bru kita letak kukus yg ada pau td,
Kukus 8 minit
Dah ckup 8 minit,  angkat pengukus tu skali ngn tudung dia tu, tunggu skejap, baru bukak tudung cepat-cepat supaya air tak menitik.

Selamat mencuba.


Tempahan rakan sekelas anak-anak
Choco bubble rice

hanizarujhanfamily blog